Monday, May 04, 2009

24 Tahun Dahulu



24 tahun dulu, saya pernah dimasukkan di hospital ini selama 11 hari.Tiada siapa yang menjaga saya pada masa itu kerana ibu saya masih 'didalam pantang' ketika itu.Hanya bapa saya menjenguk di sebelah pagi dan petang semasa waktu melawat.Suatu pengalaman yang benar-benar mematangkan seorang kanak-kanak yang berusia 9 tahun itu!



24 tahun dulu, saya pernah bersekolah di sini selama setahun. Di sinilah saya belajar bahawa anak yang hanya bersekolah kampung juga boleh bersaing dengan anak-anak yang bersekolah di bandar. Saya selalu mendapat nombor 2 atau 3 di dalam kelas.


24 tahun dulu, di sinilah saya tinggal.Rumah sewa kami kosong.Tiada perabot dan katil.Seorang jiran Cina pernah menjenguk ke dalam dan berkata,
"Ini rumah orang miskin!".


Nota gambar:
Gambar 1: Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru (sumber: monash university malaysia)
Gambar 2: SK Kompleks UDA, Bandar Baru UDA, Johor Bahru.
Gambar 3: 30, Jalan F (kini dinamakan Jalan Jagung), Bandar Baru UDA, Johor Bahru.

9 comments:

Kak Teh said...

Is, pernah seorang hamba Allah datang ke rumah. Dia tengok tak ada peti TV, dia kata kami mesti miskin sebab tak ada tv. Dalam hati kak teh, mungkin miskin tak ada Tv tapi kami dapat juga berbual dengan anak beranak semasa makan semeja. kalau sebuah rumah empat Tv - masing2 makan dalam bilik sendiri sambil menonton favourite program sendiri.

umiazuddin said...

Sakit apa Doc? Sampai duduk di hospital selama 11 hari?

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Kakteh: Betul!Kami dulu jarang sekali tonton TV.Banyak masa dihabiskan dengan melipat baju beramai-ramai.

Kalau 'blackout',lagi seronok.Kakak saya akan menjadi tukang cerita sambil disuluh dengan lampu picit!

Puan Umi: Oh.Telinga saya bernanah (bisul).Disumbatnya doktor dengan kain.Tiap-tiap pagi,kena ke klinik ENT untuk sedut dengan vakum kliner..hehe...Sakit!

Tapi bila malam pula seronok di wad sebab doktor yang baik-baik akan buka peti sejuk dan jamu kami dengan ais krim!

nadya.s said...

touchey!

nad pun dah 2 kali duk sepital sorang2.
ist time kes bisul jugak. masa tu semua keluarga di kelantan utk majlis bertandang cousin nad. kali kedua pulak IBS - ulser perut.. mama nak dtg, ckp takyah susah2, masuk hari ke dua - total 4 hari.. dok mati kering layan blues sesorang. sib baik ada laptop & wi fi di starbuck bawah spital.

miskin kaya, bukan dinilai dari harta, tapi budi perkerti dan ilmu dalam diri kita.

psst.. : rindulah sama paklong husim

apalah khabar dia 2 beranak eh?

Kama At-Tarawis said...

Is, a very good post indeed; in just a few words and 3 photographs you managed to capture an entire childhood. what a creative soul you have!

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Nad: kaki lepak hospital jugak ya!Pak Long Hussim OK.sihat.Baru ni ada jenguk Pak Manap-dia pulak yang sakit and hospitalised.

Puan Puteri: Had so many sweet kenangan in JB.:)

Fadhil said...

Salam drbubbles,

Next time you come down to JB, drop me a line. We can have teh tarik together.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Pak Oldstock: Insya Allah, kalau saya ke JB saya akan hubungi tuan.

Roti Kacang Merah said...

...humbling. *humbled*