Wednesday, November 18, 2009

Nasihat




Ketika berkelana ke Terengganu dan Kelantan pada hujung minggu lalu, saya menerima nasihat-nasihat yang berguna untuk dijadikan panduan hidup.

Seorang usahawan yang telah berjaya setelah mengalami jatuh-bangun di dalam dunia perniagaan menasihati,

"Jika meminjam wang kepada kawan-kawan,halalkanlah.Hati tuan akan lebih tenang apabila berbuat demikian."

Seorang tua menasihati saya,

"Jangan tinggalkan solat berjemaah."


Apakah nasihat tuan-tuan yang ingin berikan kepada saya pada hari ini*?

Mohon bantuan tuan-tuan untuk berkongsi nasihat di dalam ruang komen di bawah agar bukan sahaja saya, malah orang lain akan turut beroleh manfaatnya.


*Nota: Terima kasih kepada Tuan Shamsuddin Kadir di atas cetusan ideanya.


4 comments:

The Tea Drinker said...

Bila memberi, ingatlah bukan kita yang memberi. Urusan kita dengan Allah sebenarnya (kerana Dia adalah yang memberi rezeki) dan berharaplah Allah menerima amalan kita ketika itu dan menukarkan rekod2 buruk kita menjadi rekod2 yang elok.


semoga tuan sentiasa dalam rahmat Allah.

Anonymous said...

Jangan tinggal solat Duha. Moga rezekimu murah.

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Dear Dr. Bubbles,

Setiap kali selesai majlis, bagi mendapatkan keberkatan, kita menutupinya dengan membaca Surah Al Asr..

manusia itu rugi, kecuali mereka yang beriman dan beramal salleh, yang nasihat menasihati dengan kebenaran, nasihat menasihati dengan kesabaran (mahu berbuat kebaikan atau mencegah kemungkaran perlu kepada nasihat....)

Bukankah juga Nabi (selawat dan salam ke atasnya serta keluarganya) telah berpesan?

Ad Deenu Nasihah...(Agama itu adalah nasihat...)

Wallahualam...

PS. Bila agaknya mahu terbitkan buku? Nanti ada, jangan lupa beritahu saya, ya?

Zamri Mohamad said...

Nasihat saya, "Nasihatilah saya jika saya tersasar, ingatkan saya jika saya terlupa, doakan saya agar jiwa saya sejahtera dan jadikan saya sahabat yang baik di dunia dan bertemu kita di syurga Allah sebagai jiran."

Prof Dr Umi, saya sudah cadangkan ditulis buku berjudul Dunia Dr Bubbles! Ala-ala Parlindungan Marpaung.