(Angela de Castro)
Pagi-pagi ini, apabila membuka emel, saya benar-benar teruja.
Emel tersebut datang daripada sebuah sekolah ‘theatre clowning’, The Why Not Institute di London, United Kingdom yang mengumumkan pengasas The Why Not Institute, Angela de Castro, akan mengadakan kursus ‘How To Be A Stupid or The Clown’s Intelligence’ sempena The London International Mime & and Physical Theatre Festival, di London daripada 18 Januari sehingga 29 Januari 2010.
Saya teruja kerana sudah lama saya menunggu peluang untuk belajar dengan salah seorang badut wanita yang terkenal di seluruh dunia ini.
Di dalam dunia ‘theatre clowning’, sama seperti belajar ukiran tradisional melayu, ia bukan berteraskan institusi seperti universiti tetapi lebih kepada siapakah gurunya. Ia bukan untuk mendapatkan segulung ijazah tetapi lebih kepada mendapatkan pengalaman dan ‘wisdom’ guru yang mengajar seni itu.
Kerana itu, jika di Barat, ramai penggiat seni akan berlumba-lumba mencari guru terbaik untuk menambah ilmu di dada. Saya bertuah kerana telah dimurahkan rezeki oleh Allah dan diberi peluang untuk belajar seni ‘theatre clowning’ dari Avner Eisenberg dan Julie Goell di The Celebration Barn Theatre, Maine, USA empat tahun yang lalu.
Peluang untuk belajar dari Angela de Castro adalah satu peluang keemasan yang tidak dapat dilepaskan begitu sahaja! Sudah beberapa kali rancangan saya untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang seni teater yang unik ini tergendala dek kekangan kewangan dan masa. Dan kali ini, saya bertekad dalam masa sebulan yang singkat ini untuk mencari dana yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan kelana menimba ilmu yang amat berharga ini.
Saya serta-merta mencongak secara kasar perbelanjaan yang diperlukan untuk ke sana. Saya memerlukan sekitar £1800.00 atau RM10,500.00 bagi menampung kos tiket kapal terbang, yuran kursus selama dua minggu itu, penginapan yang termurah di London, pas Underground Travelcard dan belanja makan dan minum sehari-harian.
Mengapa saya bersusah payah selama ini untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya di dalam bidang ‘theatre clowning’ ini?
Saya berharap segala apa yang dipelajari dalam bidang ‘theatre clowning’ ini, saya dapat gunakan untuk mencapai impian saya untuk menubuhkan program ‘clown doctors’ yang pertama di Malaysia.
Semalam ketika membelek-belek majalah LIFE edisi Ogos 1990, saya terpempan apabila terjumpa sebuah artikel yang saya cari-cari selama ini tentang bagaimana pengasas Big Apple Circus Clown Care Unit, Micheal Christensen mengubah hidup Carmillo, seorang pesakit remaja yang kecil tubuhnya akibat penderitaan yang dialami sejak kecil melalui program ‘clown doctors’nya itu.
Ia seolah-olah memberi petunjuk kepada saya betapa tempoh ‘latihan’ yang saya lalui beberapa tahun ini sudah cukup untuk memberi pengalaman kepada saya untuk ‘kembali’ menggapai cita-cita saya itu.
Hari ini merupakan hari permulaan bagi saya. Soal gagal atau berjaya tidak di dalam usaha untuk mencapai impian saya untuk terus belajar daripada yang terbaik ini saya padamkan ‘lampu mentol’nya.
Apa yang penting ialah saya berusaha untuk mencari dana tersebut. Saya masih ingat kata-kata Jack Canfield,
“Jika kita tidak bertanya, jawapannya pasti tidak!” ( If you don’t ask, the answer is always be No!)
Saya pernah ‘bertanya’ dan mendapat berpuluh-puluh jawapan “Tidak” selama dua tahun semasa berusaha untuk belajar kursus ‘caring clowning’ di La Crosse, Wisconsin. Namun saya tetap ‘bertanya’ sehingga saya mendapatkan jawapan “Ya”.
Saya juga pernah ‘bertanya’ dan dijawab “Tidak” semasa ingin belajar dengan Avner Eisenberg di Maine dahulu. Namun saya tetap ‘bertanya’ dan ‘bertanya’ sehingga tercapai niat saya itu.
Maka, dengan pengalaman-pengalaman sebelum ini, ia menguatkan tekad saya untuk terus bertanya!

5 comments:
teruskan perjuangan, semoga berjaya...insyaallah
you can do it abg IS. keep on asking.. for that 'YES'
aaaaah, Is nak mai London? Kak teh boleh sponsor teh tarik dan beberapa pinggan nasi, di selit dengan sardine rolls.
Saya tidak mahir dunia clown yang professional sifatnya. Tetapi jika ke arah clown doctors, tempat kecil yang tidak seberapa itu yang bernama Learning Station di Wangsa Melawati sedia dijadikan tempat untuk latihan. Apa yang dapat saya bantu ke arah itu insya Allah saya usahakan. Ini adalah impian besar dan penting untuk semua.
Ya Allah, permudahkan dan lapangkan usaha mulia ini.
Cendera kirana: terima kasih di atas ucapan.
Nadya: Thanks Nad.
Kakteh: Yup. Plannya 16 Jan until 31 Jan. I will email you shortly.Need your help too.:-)
Tuan Zamri: Terima kasih di atas sokongan dan doa. Insya Allah, saya akan hubungi tuan untuk tujuan itu.
Post a Comment