Tuesday, December 08, 2009

Mencari dana

Alhamdulillah, sehingga kini usaha 'menggali' dana untuk menghadiri kursus "How to be a Stupid or The Clown's Intelligence" di London pada 18 - 29 Januari 2010 sedang giat dilakukan.

Sehingga kini, saya sudah mengumpul dana sebanyak RM1400.00 yang disumbangkan oleh rakan-rakan.

Saya sudah menghantar surat rayuan kepada YB Menteri Kebudayaan, Datuk Dr.Rais Yatim pada suatu pagi ketika saya dalam perjalanan bertolak ke Phnom Penh beberapa hari sebelum Hari Raya Qurban. Surat itu dihantar dengan tangan ke kediaman beliau yang terletak tidak jauh dari rumah saya.

Selain itu saya juga sudah menulis surat kepada Pengarah Urusan MAS untuk meminta penajaan tiket kapal terbang ke London.

Pengalaman mencari dana kali ini mengingatkan saya kepada kenangan duduk berjam-jam di internet cafe di Vientiane, Laos pada tahun 2002 menulis beratus-ratus emel untuk mencari dana untuk belajar kursus 'caring clowning' semasa Clown Camp di La Crosse, Wisconsin.

Teringat juga bagaimana pada suatu ketika, seorang rakan sejawat dari Malaysia yang bertugas di Vientiane mengatakan,

"I don't think you will be able to get U.S Visa at this point of time and you have to go back to Malaysia to apply for it."

Saya tidak mahu mempercayai kata-katanya dan berusaha. Alhamdulillah,visa yang sememangnya sukar diluluskan dari kerajaan Amerika terutama selepas peristiwa '11 September' berjaya diperolehi melalui bantuan sahabat-sahabat di Kedutaan Malaysia di Vientiane yang telah menghubungi kedutaan Amerika di Vientiane untuk membantu.

Dalam masa sehari sahaja visa itu diluluskan dan saya tidak perlu bersusah payah untuk pulang ke Malaysia untuk memohon visa di Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

Semoga usaha ini dipermudahkan Allah. Amin.

6 comments:

Anonymous said...

Salam,

Semoga usaha kamu dipermudahkan oleh Allah SWT.

Kak Teh said...

Insyaallah Is, Kak teh menunggu di sini.

nadya.s said...

abg Is, ALL THE BEST! my do'a with you bro!!

Umi Azuddin said...

Salaam doc,

Semoga dipermudahkan segala usaha tuan. Amin.
InsyaAllah tanjah!

VpeaceV

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Anon,Kakteh,Nad,Puan Umi: Alaikumussalam. Terima kasih kerana mendoakan usaha saya ini.Amin!

fahmifoto said...

Salam, semoga berjaya mendapatkan dana tu