Monday, April 05, 2010

Projek Perpustakaan di Kompleks Kebajikan Rukaiyah, Bangi

Sebenarnya projek untuk menubuhkan perpustakaan di Kompleks Kebajikan Rukaiyah (KKR), Bangi ini sudah dimulakan sejak beberapa minggu yang lalu.

Sebelum itu, harus saya terangkan bahawa projek ini usaha peribadi saya dan rakan-rakan blogger dan juga rakan-rakan pencinta buku di Facebook.(Usaha ini juga tiada kena mengena dengan Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim yang dikelolakan oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) di mana saya bertugas).


Sehingga kini, dengan bantuan tuan Zamri Mohamad, Kedai Buku BookXcess di Amcorp Mall telah sudi mendermakan tujuh buah rak buku untuk usaha kecil ini. Empat buah disalurkan ke Rumah Anak Yatim Rukaiyah di Bangi dan tiga lagi disalurkan ke Pusat Komuniti Sungai Ramal Luar.

(Rak buku sumbangan BookXcess yang masih kosong..)

Alhamdulillah, setelah menguar-uarkan tentang projek ini di dalam Facebook dan juga melalui SMS, sejumlah dana telah berjaya dikumpulkan melalui usaha rakan-rakan.

Sehingga kini jumlah kasar sumbangan dana ialah sebanyak RM3500.00. Sebanyak RM1000 sudah dimanfaatkan dengan membeli buku-buku terbitan PTS Publications dan Karnadya semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 baru-baru ini.


(Buku-buku yang dibeli di PBAKL 2010)

Saya menjangkakan perpustakaan ini dapat ditubuhkan pada pertengahan Mei 2010 untuk memberi masa kepada rakan-rakan Bloggers dan Facebook untuk menyumbang buku dan juga dana.

Untuk menyumbang buku-buku baru (Ya, saya perlukan buku-buku baru sahaja.:-)), tuan-tuan dan puan-puan boleh menghantarkan buku-buku tersebut melalui pos ke alamat berikut:

Iskandar Syah Ismail,
190A, Lorong Kempas 2,
Kg. Melayu Ampang Tambahan,
68000 Ampang,
Selangor.

Ini bagi memudahkan saya merekodkan buku-buku yang telah diterima.

Untuk mengelakkan pertindihan tajuk buku, saya memohon kerjasama tuan-tuan dan puan-puan hubungi saya dahulu melalui emel : adabi99@gmail.com.

Untuk menyumbang dana bagi membeli buku untuk projek ini,

Ini nombor akaun Maybank saya: 162188016529 (Iskandar Syah Ismail). Mohon juga kerjasama tuan-tuan dan puan-puan untuk memaklumkan kepada saya melalui emel di atas jumlah sumbangan tuan untuk tujuan rekod.

Oleh kerana ini adalah usaha peribadi, maka saya hanya boleh memberikan resit pembelian buku kepada tuan-tuan dan puan-puan sekiranya diperlukan.

No comments: