Friday, January 28, 2011

Doktor badut yang cilik



Karier saya sebagai doktor badut bermula sejak kecil.

Namun saya tidak menyedarinya.

Membelek-belek koleksi foto zaman tori, saya terjumpa foto ini.

Ia menyegarkan semula kenangan semasa kecil dahulu.

Saya sedang beraksi sebagai doktor yang sedang memeriksa pesakit dalam satu drama pendek sempena majlis penyampaian hadiah tahunan semasa saya belajar di Tadika KEMAS Kg. Penjom, Kuala Lipis.

"Sudah berapa hari encik tidak sakit?"

Kesilapan menyebut skrip menyebabkan para hadirin ketawa berdekah-dekah. Saya hanya mampu tersengih kemalu-maluan.

Selama berhari-hari selepas insiden itu, saya akan disapa oleh orang kampung dengan kata-kata itu,

"Sudah berapa hari encik tidak sakit?"

Saya hanya membalasnya dengan senyuman.

Apakah itu suatu petunjuk pada suatu hari nanti, kanak-kanak yang menggembirakan penduduk kampung itu akan menggembirakan pula pesakit kanak-kanak di hospital?

Saya yakin, Allah sudah melorongkan jalan yang seluas-luasnya kepada beliau untuk menggalas tanggungjawab itu.

Apa pun, jangan pedulikanlah gelagat seorang kanak-kanak lelaki, di suatu sudut foto, yang sedang cuba mengezipkan seluarnya itu.

7 comments:

nadya.s said...

hahaahah! now that u mention it out loud... ada org tgh zip seluar,adoyaaii.

abg is., u make one funny doktor badut.

kecik2 dulu, nad nak jadi ahli kaji purba. akan termakbulkah impian itu?

TOGE said...
This comment has been removed by the author.
TOGE said...

Abang Is @ The Malaysian Clown Doctor.

Saya nak join sekali boleh?

Fadhil said...

Hehe... the talent you have is semulajadi lah Pak Bubbles.

Dah berapa hari tak sakit? Haha... I'm letting my son (whose studying to become a doctor) know of this tagline..

elisataufik said...

*lol*

This is too funny.

And I wouldn't have noticed the budak lelaki yang tengah zip seluar tu, if you didnt point it out.

Azrul Khairi Muhamad said...

Cikgu Rohana yang sentiasa dalam ingatan (baju hijau). Cikgu saya juga di Tadika Penjom (bangunan berwarna hijau di tepi kubur)-Sekarang bangunan itu, sudah tiada.

Saya masuk tadika awal ketika berumur 4 tahun (tahun 1984). Banyak yang saya belajar ketika di tadika ini. Rupa-rupanya ia permulaan yang sangat penting untuk kehidupan berpuluh-puluh tahun selepas itu.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Nad,

It is not too late for you to venture into archeology.

With your superb skills in photography, you can easily helped out the local excavation teams.

Go and volunteer yourself for a start. :-)

Tuan Manpe: Boleh.

Tuan Oldstock: I guess our childhood dreams plays great role in shaping our lives.

Madam Elisa: Hehehe! Glad you noticed that boy in the corner. I hope he will be a clown too.

Tuan Azrul Khairi: Saya juga belajar di tadika di bangunan hijau itu pada tahun 1981-1982. Tahun 1983 saya sudah memasuki Darjah 1 di SK Penjom.

Ya, Cikgu Rohana dan Ustazah Rogayah (isteri Cikgu Hamdan), masih saya ingati jasa mereka itu.