Girl in Uttarkhand, India reads in her classroom library (Dana Smillie/Room to Read) |
Foto ini mengingatkan saya kepada kenangan semasa zaman kanak-kanak saya.
Sambil menunjukkan wajah yang belas kasihan, saya merayu kepada kerani sekolah, "Pakcik Zaaba, mohon pinjam kunci 'library', boleh?"
Beliau yang sudah masak atau mungkin sahaja bosan dengan telatah si anak kecil berusia 6-7 tahun ini, datang ke pejabatnya meminta kunci perpustakaan sekolah setiap hari, segera menghulurkan segugus kunci tanpa banyak soal.
Apabila berjaya mendapatkan kunci daripada beliau, si anak kecil ini lantas berlari dalam keriangan, dan dengan tergopoh-gapah memasukkan kunci ke dalam lubang tombol, tidak sabar-sabar lagi mahu membuka pintu perpustakaan.
Membuka pintu perpustakaan itu suatu pengalaman yang mengujakan. Ia seolah-olah membuka pintu ke bilik yang dipenuhi harta karun. Sukar digambarkan perasaan itu.
Apabila pintu itu berjaya dibuka, si anak kecil ini pantas memasuki, dan menghirup aroma buku yang sungguh harum di hatinya. Biarpun pada hakikatnya bau-bauan itu sebenarnya datang daripada buku-buku yang lusuh dan usang.
Di dalam ruang ini, beliau bebas sebebasnya meneroka alam, mengembara jauh ke seluruh pelusuk dunia.
Foto ini juga mengingatkan juga saya kepada kisah sekumpulan kanak-kanak lelaki di Rajashtan, India yang berjaya memujuk seorang pustakawan bernama Gajanand supaya menubuhkan perpustakaan di sekolah mereka. (Kisah mereka itu boleh dibaca dalam buku Leaving Microsoft to Change the World, oleh John Wood). Keghairahan mereka mahu membaca seberapa banyak buku di dalam perpustakaan itu benar-benar membuatkan saya terharu.
Benarlah ungkapan yang tertera di sebuah poster di dalam sebuah blog,
"Membaca buku, Membuka dunia".
Atas inspirasi-inspirasi itu, saya kini sedang berusaha bagi menubuhkan perpustakaan di Teratak Rahmat.
Update terkini: Dana terkumpul sehingga kini adalah sebanyak RM12,000.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank: 1621 8801 6529 (Iskandar Syah Ismail)
4 comments:
Tulisan ini mengingatkan makcik akan seorang anak yang bersembunyi bawah katil untuk membaca ...bungkusan rempah cabai pun dibaca sebelum dibuang....itulah saya .Hobi yang ditanam mekar hingga ke hari ini...tapi upgrade sedikit dgn internet.
Puan, saya terharu mendengar kisah hidup puan. Terima kasih kerana sudi berkongsi. :-)
Udah sememangnya menjadi adat manusia yang ingin ketahui akan maklumat mengenai sesuatu. Itulah fitrah manusia di alam Allah ini.
Library dan saya tak dapat dipisahkan. Saya bergelumang dengan dunia maklumat dan buku serta teknologi library.
Memang indah dan power dunia maklumat nie...
Tuan SNSA,
Saya mengutip kembali kata-kata John Wood, pengasas Room to Read,
"“This love of reading, learning, and exploring new worlds so predominates my memory of youth that I simply could not imagine a childhood without books.”
Post a Comment