Saturday, June 24, 2006

Siapa cakap keluarga Siti datang rumah mak Dr Bubbles?

Jerantut - 24 Jun Sabtu
DR Bubbles hari ini menafikan laporan media yang mengatakan Siti datang berkunjung ke rumah ibubapanya di Jerantut,Pahang. Menurut jiran yang tidak mahu di sebut nama tapi kalau tulis dalam paper OK aje, Makcik Minah yang duduk belakang rumah keluarga DR Bubbles memberitahu,

" Entah, saya adalah nampak 2-3 kereta parking kat depan rumah tu pagi tadi. Tengah syok saya mengintai tetiba kerusi yang saya panjat pasal nak tengok dengan mata kepala saya kalau kot-kot Siti ada tetiba patah! Ya Allah! terjerembab saya ke tanah!".

Manakala, jiran sebelah rumah DR Bubbles yang hanya mahu dikenali sebagai Makcik Peah Tukang Andam mengatakan,

"Huh, saya dah hantar quotation pelamin kat mak DR Bubbles tapi haram sampai sekarang tak ada contact!"

tambah beliau lagi, " Tapi kalau ada sesapa nak upah saya sebagai mak andam silalah telefon..." (perbualan ini terpaksa dipendekkan wartawan bertugas).

Dalam pada itu, DR Bubbles ketika ditemui memberitahu,

" Ish mana ada...orang-orang itu datang rumah nak buat loan dengan mak saya". "Mak saya kan bisnes buat loan koperasi Moccis, memang ramai orang datang buat pinjaman bila tengah bulan ni"

Apabila ditanya samada betul gosip berkenaan Siti dgn beliau, DR Bubbles dengan nada selamba menjawab,


" Ala, kalau betul, kenapa nak cover cover lagi?"

Karam Singh Walia yang secara kebetulan berada disebelah rumah mak DR Bubbles untuk menyiasat kes kumbahan busuk rumah Makcik Bedah janda berhias sempat pulak menambah,

"Oiii.....Bangkai gajah takkan dapat ditutup dengan nyiru!

7 comments:

ManaL said...

ko tak cukup misai la jitut...

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

rishi kapoor dalam bobby tu pun takde misai jugak!

ManaL said...

tu pasal siti tak moh...i think she has this "tomselleck" effect laa....or saddam's famous misai...

Nazrah Leopolis said...

kita tunggu dan lihat sapa yang naik pelamin ya?

untuk encik karam singh: mulut tempayan boleh ditutup, mulut apa tak tutup?

...mulut tenganga. kih kih kih...

*gelak ah, walaupun tak lawak*

Bustaman said...

Pokku senyum aje. Nak ketawa tak berani kerana gigi takde.

Anonymous said...

wehhh... cukup hebat pukulan khabar angin ni. wa cakap lu, hingga ke Texas wa ada dengar!! tapi wa punya source ada ciakap, itu Siti sikalang manyak jatuh CINTA sama itu tuan (dokter). apa macam ?? wa sudah mau tempah itu cheongsam mau pakai nanti itu wedding. kasi confirm itu tarikh, jgn kasi solok-solok. wa mau beli tiket kapalterbang !!!!

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

manal: tgh lumur bibir dgn minyak zaitun..kot kot tumbuh lebat semalaman!

nazrah: err.. your sis available ker? ehem ehem..hehe.kalau available..i dtg minang dulu!

pok ku: tq for dropping by pokku..senyum takde gigi mahal tu!

klmuk: nanti nanti wa bagi tau talikh dan masee..heheh