Tuesday, November 20, 2007

Cerita muzik keroncong

Saya sudah jatuh cinta dengan irama keroncong (tempo doeloe-doeloe). Setiap kali menziarahi rumah pakcik saya di Kluang, beliau akan membiarkan radio memainkan lagu lagu keroncong sehingga pagi. Mungkin kerana itu agaknya minat terhadap muzik ini mula bercambah.
Semasa ke Medan awal tahun ini, saya sempat membeli CD keroncong di sebuah toko muzik di sana. Malam-malam kebelakangan ini, saya selalu khayal dengan lagu-lagu seperti, Sapulidi,Bengawan Solo,Bunga Anggrek dan Keroncong Moresko. Menariknya lagu-lagu ini kebanyakannya dicipta sekitar tahun 1940an. Malah, lagu Bunga Anggrek dicipta oleh Ismail Marzuki pada tahun 1910!
Namun belum sempat meneroka lebih jauh ke alam keroncong, saya dikejutkan dengan berita sedih apabila saudara Zulkifli memberitahu saya tentang Dr Ariff Ahmad pengkaji keroncong ulung di Malaysia (yang diulas bukunya oleh saudara Jiwarasa baru baru ini) telah meninggal dunia Rabu lepas. Hilanglah sebutir bintang di dalam dunia keroncong di tanahair.
Malam ini, jemput dengar alunan muzik kumpulan Dewangga Sakti pada pukul 8 malam di No 6 Jalan Aman(belakang Empire Tower Jalan Tun Razak), iaitu di Galeri Lukisan milik Raja Ahmad Aminullah. Saya kalau boleh nak suruh mereka main 1-2 buah lagu keroncong (hehe..kalau depa 'terror'lah!)
Telinga saya barangkali sudah penat dihanyak dengan irama Sean Kingston yang sedang berkumandang dimana mana!

8 comments:

Dewangga Sakti said...

Pameran 'Tabah dalam Derita Pelukis Palestin dan Malaysia' dibawakan oleh RA Fine Arts dan MSRI.Perasmian pada malam ini di Galeri RA Fine Arts,No 6 Jalan Aman Off Jln Tun Razak,KL.
Pameran sehingga 24 November 2007.
(03-2161 7341-RA Fine Arts)

Dewangga Sakti said...

Enche Is,
jika mahu main keronchong sila tunggu dulu.Tapi kamu boleh sahaja suruh pemain biola kami memainkan beberapa lagu sambil kamu melayan Fasha Sanda makan dan minum di situ.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

thanks for the detailed info bang.
Isshhh jangan sebut kuat-kuat Fasha ikut sekali...SYYYYYY!!!!!

Dewangga Sakti said...

is,
Lambaian pohon kelapa (swaying Malayan Palm)adalah Cd yang kami dapat daripada Amcorp Mall flea market yg telah disalinpindah daripada piring hitam.
Wow! Rare and fantastic!
nyanyian Jasni dan Asiah!
10 jari tangan untuk kedua-dua bangsa angkasa ini!
Tunggu saya reviu di blog

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

reviu bang please.saya dah copy CD keroncong tempo doeloe..malam ni bawak ke sana nanti.

Anonymous said...

mau keroncong?
carilah cd2 kartina dahari-ratu keroncong malaysia...

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

wahyun: saya akan cari CD Kartina Dahari di amcorp mall ahad ini!

Jamilah Abu Bakar said...

Kepada peminat-peminat lagu keroncong silalah berkunjung ke Laman Seni Putrajaya (bersebelahan Masjid Putrajaya) pada setiap hari Sabtu hujung bulan. Anda akan dihiburkan dengan persembahan oleh Orkes Keroncong Putarajaya pimpinan Sdr Abdul Rahim Anuar, anak murid Pak Gesang. Persembahan bermula pada jam 9 malam. Anda akan dihiburkan dengan nyanyian oleh Jamilah, Mardiana, Amir,Azmi, Roy, Nas Adila dll