Thursday, March 27, 2008

Tomyam Tersedap di Dunia & Pesta Buku Antarabangsa Bangkok

Saya sudah 2 hari berada di Bangkok. Sebelum itu, saya sudah "melepaskan rasa rindu dendam' di Vientiane, Laos.
Saya seronok berada di Bangkok kali ini kerana 2 sebab.
Sebab yang pertama, saya dapat rasa tomyam paling sedap di dunia! Tomyam itu hanya boleh didapati di gerai "Muslim Seafood" yang terletak lorong kecil di tepi Stesen Keretapi Hualamphong.
Sebab yang kedua, saya dapat menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Bangkok untuk kali yang kedua selepas 6 tahun! Termujur, hari ini saya membeli akhbar Bangkok Post dan terbaca tentang pesta buku yang dirasmikan oleh puteri Raja Thailand semalam.
Komen saya, tahun ini agak kurang meriah dibandingkan 6 tahun dahulu. Saya terserempak dengan Pak Muhammad Haji Salleh dan Khadijah Hashim, 2 pemenang Anugerah SEA Writers Award dari Malaysia ketikaberlangsungnya Pesta Buku Atarabangsa Bangkok dalam tahun 2002.
Kali ini, hanya 2 penyertaan terbesar dari penerbit buku antarabangsa, Jerman dan Taiwan. Malaysia? "Malaysia Bolehlah" , sekadar berkongsi rak buku dengan peserta dari ASEAN di ruang pameran Antarabangsa yang boleh dikira jumlah orang yang melawatnya.
Yang nampak di rak buku Malaysia, ialah buku-buku terbitan dari PTS dan Pelanduk Publications. Mana DBP? Saya tak tahu. Saya senyum simpul melihat buku Travelog Haji tulisan Prof Muhd Kamil Ibrahim ada di situ. Dan mahu sahaja saya 'culik' buku "Anatomy of The Jakarta Coup: October 1,1965" tulisan Victor M. Fic.
Lusa, saya bercadang untuk melawat Kanchanaburi. Namun, saya lebih bernafsu untuk 'bertapa' di toko buku Asia Books. Tengoklah nanti bagaimana.

4 comments:

Hazyr said...

Tapau tomyam 2 bungkus! ;)

Dewangga Sakti said...

Is,
Selamat bergembira dan mengembara.
Jangan tak balik ke Malaysia!

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Ryzah:Fair & Lovely or Tomyam?hehehe

Zoy: tengah apply citizenship Thai.marka depa lawoooo..hahaha

CKLeong said...

Hey bro!!

Sampai jugak aku ke blog kau ye?!! Hehehe...

On the same day lepas i sayonara wth you at Lotus Nongkhai, i makan tomyam at Vientiane with my friend... teringat you...

Anyway, bila you nak mai ke Laos lagi? Just give me a call ok? Try to get more days so boleh le kita pi Luang Prabang, or Pakse and Savannakhet.

Salam untuk Faq and do keep in touch...

~ CK, Vientiane, Laos