Saturday, February 28, 2009

Kuih Keria Antarabangsa,Chiangmai,Thailand


Kredit Foto: Eating Asia

Saya amat berterima kasih kepada Robyn dari Eatingasia kerana memperkenalkan kuih keria antarabangsa di Kg Limbungan, Melaka.

Hujung minggu lepas, adik saya dan kaum keluarganya dari Masjid Tanah telah menamatkan riwayat 20 biji kuih keria. 10 biji telah meninggal kelemasan serta merta di gerai berkenaan.Manakala 10 biji lagi 'mati' dalam perjalanan pulang ke Masjid Tanah.

Sekali lagi, teruja dengan entri terbaru di blognya yang tersenarai di dalam "The Times London's 50 of the world's best food blogs", saya sedang menyimpan niat untuk meneruskan pencarian kuih keria tersedap di dunia ke Chiang Mai kelak untuk menamatkan riwayat kuih keria yang dibuat daripada tepung pulut hitam dan disira dengan air gula seperti yang diceritakan oleh Robyn di dalam blognya.

Ada sesiapa nak ikut?

3 comments:

Mem Aluya said...

Kirim boleh tak, dokte?

Syamsulfaiz said...

aduss ...meleleh-leleh air liur ku mengenangkan kematian kuih-kuih keria itu. mesti meletup2 sedapnya.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Mem Aluya: Boleh.kirim salam!;)

Syamsulfaiz:Hehehe..