Wednesday, July 22, 2009

Cerita kemanusiaan sepotong aiskrim V

Saya diberitahu tadi oleh rakan saya yang beliau sudah membeli peti sejuk untuk Hazim.

Hal sewa rumah yang tertunggak juga sudah diajukan kepada MBPJ dan khabarnya atas dasar kemanusiaan, tuntutan sewa yang tertunggak itu kini di bawah perhatian dan budibicara Datuk Bandar.Terima kasih kepada Tuan Mohd Shah kerana bersusah payah membantu menguruskan hal ini.

Hazim kini di rumah.Bergantung sepenuhnya dengan morfin kerana ubat yang biasa digunakannya terpaksa dihentikan kerana ada kesan sampingan.

Marilah kita berdoa untuk Hazim.

Wednesday, July 15, 2009

Travelog Kanchanaburi (1)










Saya mencari 'sesuatu' di Kanchanaburi, Thailand.

Walaupun saya tidak menjumpainya saya masih puas. Puas kerana akhirnya saya dapat menjejakkan kaki di Kanchanaburi yang terkenal dengan kisah Keretapi Maut yang saya baca semasa kanak-kanak.

Saya bertolak seawal jam 6.30 pagi dari Bangkok dengan menaiki bas ekspres dari Terminal Bas Selatan (Sathaani Sai Tai) Bangkok yang terletak di kawasan Thonburi. Kedudukan Thonburi agak jauh dari pusat bandar Bangkok. Untuk ke sana, saya terpaksa menaiki teksi dengan tambang sebanyak 100 Bhat (RM10) dari hotel murah tempat saya bermalam di Soi Kasemsan 1 berhampiran dengan Rumah Jim Thompson di tepi Sungai Chao Phraya.

Agak sukar untuk menggunakan pengangkutan awam sekiranya kita tidak fasih berbahasa Thai. Jarang-jarang dapat bertemu dengan orang Thai yang fasih berbahasa Inggeris.Sengaja saya berikan tip lebih kepada pemandu teksi yang ramah benar bercerita tentang durian Siam yang mahal walaupun saya hanya faham sebutir dua apa yang diterangkan beliau.

Perjalanan ke Kanchanaburi agak selesa di sebelah pagi kerana matahari belum lagi naik tinggi. Dalam perjalanan, ketika menghampiri Kanchanaburi, saya ternampak Stesen minyak PETRONAS. Kalau di sini kedai runcit di stesen PETRONAS dipanggil Kedai Mesra, di sana ia dipanggil Suria. Selang beberapa minit, saya ternampak pula Masjid Jamek Kanchanaburi yang terletak beberapa kilometer dari tempat yang saya tujui.

Setiba di stesen bas Kanchanaburi, saya menaiki pula Songtheaw, bas mini yang popular di Thailand dengan tambang 8 Bhat dengan harapan ia akan membawa saya ke tempat yang saya ingin tujui. Nasib baik ada penumpang wanita rakyat tempatan yang baik hati dan pandai berbahasa Inggeris memberikan sedikit maklumat berguna kepada saya.Beliaulah yang mencadangkan saya agar berhenti di Don Rak War Cemetery dan memulakan lawatan saya di situ.

Tuesday, July 14, 2009

Cerita kemanusiaan sepotong aiskrim IV


(Gambar disalin dari sini)

Syukur!

Dana untuk membayar bil elektrik dan sewa rumah Hazim sudah mencukupi.

Rakan sukarelawan saya dan sahabat saya, Encik Mohd Shah Awaluddin, (juga seorang bapa yang mempunyai anak yang melawan kanser), sekarang sedang berusaha menguruskan rayuan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk mendapatkan diskaun amal jariah bagi menjelaskan tuntutan sewa yang tertunggak itu.

Jika berjaya, lebihan dana itu bolehlah digunakan untuk membeli peti sejuk. Moga-moga usaha kecil ini dipermudahkanNya.

Terima kasih di atas bantuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Saturday, July 11, 2009

Gula Kabung II

Saya pernah menulis tentang gula kabung di sini.

Hari ini saya amat bertuah kerana berpeluang melihat sendiri bagaimana gula kabung diproses di Kampung Peruang di mukim Benta,Lipis,Pahang.



Nira kabung yang baru sahaja diambil daripada pokok kabung. Baru saya tahu nira kabung dan nira nipah tidak sama.Nira nipah diambil di pangkal perdu pokok nipah.Manakala nira kabung diambil di bahagian atas pokok.



Getah manggis muda dimasukkan di dalam botol untuk mengelakkan nira kabung yang terkumpul menjadi masam.



Parang penyadap kabung. Sentiasa diasah agar tajam dan dibasuh bersih agar apabila ia digunakan untuk menyadap - air nira kabung yang keluar tidak tercemar dengan kotoran.



Memasak air nira kabung



Gula kabung yang sudah siap berbalut. Harga di pasaran kini mencecah RM6.00.Jika dibeli borong di tempat membuatnya, harganya sekitar RM5.00 sekeping (10 keping).



Gula kabung sesuai digunakan sebagai pemanis masakan seperti onde-onde Buah Melaka,kuih Koci dan aneka bubur (kecuali bubur lambuk!).

Apabila jagung dari Kampung Binjai,Kuala Lipis bertemu buku dan ruas dengan gula kabung dari Kampung Peruang, Benta seperti gambar di atas - saya pasti kalau ibu mertua atau bapa mertua lalu di hadapan pun memang takkan nampak!

Friday, July 10, 2009

Cerita Kemanusiaan sepotong aiskrim III


Saya fikir cerita ini sudah tamat.

Petang tadi sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung,saya menerima panggilan telefon daripada rakan sukarelawan saya itu.

Beliau mengkhabarkan bahawa sewa rumah keluarga Hazim tertunggak sebanyak RM2480.

Minggu depan mereka terpaksa keluar dari rumah itu.Hazim baru sahaja pulang ke rumah dan akan kembali ke hospital pada 13hb Julai sehingga 15hb Julai ini.

Saya segera menghantar SMS kepada rakan-rakan terdekat.Jumlah itu sudah berkurangan sebanyak RM200.Tinggal lagi RM2280 untuk diselesaikan.

Sebagai langkah kecemasan,Dana yang dikumpul untuk membayar bil elektrik yang tertunggak itu terpaksa didahulukan untuk menjelaskan sebahagian daripada sewa rumah yang juga tertunggak itu.Hazim terpaksa melupakan dahulu aiskrim kegemarannya.

aiskrim,peti sejuk dan bil elektrik yang perlu dibayar tidak memberi apa-apa makna bagi Hazim,jika tempat mereka berteduh sudah tiada.

Sekali saya dengan rendah hati mengalu-alukan bantuan tuan-tuan dan puan-puan untuk membantu Hazim.

Saya boleh dihubungi melalui emel: adabi99@yahoo.com atau telefon: 019-2665157.

Undilah untuk bina lebih banyak Perpustakaan Rumah Anak Yatim!

Undian anda memberikan RM50,000 untuk Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim!

Hanya tinggal sepuluh hari lagi, penyertaan Tuan Zamri Mohamad dalam Freedom2Talk telah diterima. Mohon undian rakan-rakan di FaceBook bagi membolehkan RM50,000 disumbangkan kepada rumah-rumah anak yatim agar mempunyai perpustakaan sendiri.

Setiap satu undi Tuan dan Puan memberi hadiah kegembiraan kepada mereka. Kini peranan kita pula menghadiahkan sebuah buku untuk setiap anak yatim. Sebuah buku dapat mencorak masa depan mereka.

Bagaimana caranya?

1. Layari Freedom to Talk. Klik di sini.
2. Klik pada vote, daftar dan login
3. Selepas login klik pada Candidate
4. Pilih ZAMRI MOHAMAD. Terdapat video dan web saya sertakan.
5. Klik pada vote.
6. Ajak rakan-rakan lagi untuk sama-sama mengundi.




Langkah satu layari www.freedom2talk.org klik pada vote (petak biru di bawah)



Selesai mendaftar, login dan klik pada Candidates, juga di bawah web. Kemudian klik nama ZAMRI MOHAMAD.



Klik Vote for Me di bawah foto beliau dalam Candidate Profile

(Disalin dari blog Tuan Zamri Mohamad: motivasimindamu.blogspot.com)

Wednesday, July 08, 2009

Cerita kemanusiaan sepotong aiskrim (II)


Alhamdulillah,dalam masa sehari semalam dana untuk membayar bil elektrik rumah keluarga Hazim telah berjaya dikumpulkan.Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan dan para dermawan yang prihatin.Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Jika ada yang masih mahu membantu,dipersilakan.Moga dana tambahan ini kelak dapat membantu menyelesaikan sewa rumah mereka yang masih tertunggak.Buat masa ini Hazim boleh menikmati ais krim sepuas-puasnya.

Tuesday, July 07, 2009

Cerita kemanusiaan sepotong aiskrim



Nama anak itu Hazim. Usianya empat belas tahun. Anak sulung daripada empat adik-beradik. Sudah lama dia tidak ke sekolah.

Hazim suka makan aiskrim. Ais krim membuat badannya terasa sejuk. Badannya menjadi ‘panas’ kerana sudah terlalu banyak ubat ‘chemo’ ditelan dan disuntik ke dalam badannya.

Hazim menghidap Non-Hodgkin Lymphoma. Peringkat empat. Ini peringkat terakhir bagi pesakit-pesakit kanser seperti Hazim. Ubat-ubatan sekuat morfin digunakan untuk meredakan kesakitannya.

Ais krim dan Hazim bagaikan lirik lagu P.Ramlee; seperti irama dan lagu,sukar dipisahkan. Setiap kali petugas hospis berkunjung ke rumah membawa ais krim untuknya, dia akan menikmati ais krim itu cepat-cepat.Takut ianya cair.Oh,rumah mereka tiada peti sejuk.

Bil elektrik dan sewa rumah pula sudah tertunggak berbulan-bulan sejak Hazim dimasukkan ke hospital.Ibunya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Hazim di hospital. Bapanya pula bekerja di pasar malam membantu rakannya berniaga. Bapanya juga tidak begitu baik kesihatannya.Beliau menghidap penyakit jantung.Tidak boleh bekerja kuat.

Keluarga Hazim juga bukan yang suka meminta-minta.Mereka rendah hati. Tidak diceritakan kesusahan mereka kepada orang luar. Tinggi pekerti keluarga ini.

Ada berita gembira untuk Hazim dan keluarganya. Seorang dermawan telah sudi mendermakan sebuah peti sejuk.

Jika ada peti sejuk, Hazim boleh menyimpan ais krim di dalamnya.Ais krim tidak akan cair lagi.

Tetapi kalau ada peti sejuk mestilah harus ada bekalan kuasa elektrik. Sepatutnya tiada kerana sudah dipotong bekalannya.Ada tetapi haram.Bapa Hazim pandai mendawai elektrik. Maka disambungnya bekalan elektrik ke rumah mereka secara ‘haram’. Dan membahayakan.

Seorang anak yang menunggu hari-hari ‘terakhirnya’, aiskrim kesukaannya, sebuah peti sejuk, bil-bil elektrik yang tertunggak berbulan-bulan dan bekalan elektrik yang haram dan berbahaya.

Ini persoalan ‘matematik’ yang mudah diselesaikan.

Hanya bil elektrik yang perlu dibayar bagi menyelesaikan masalah keluarga ini. Tidak perlu lagi bapa Hazim membahayakan diri membuat penyambungan dawai haram. Hazim juga boleh menyimpan aiskrim kesukaannya di dalam peti sejuk.

Berapa bilnya?

RM1060.00 - tertunggak berbulan-bulan lamanya.

Jika bil sebanyak ini boleh dibantu kita semua untuk menyelesaikannya, Hazim boleh menikmati ais krim sepuas-puasnya mungkin di hari-hari terakhirnya yang indah.

Hazim kini merosot kesihatannya dan terkini beliau sedang dirawat di hospital.

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin membantu, hubungi saya.

e-mail: adabi99@yahoo.com atau telefon 019-2665157.

Sunday, July 05, 2009

Projek Perpustakaan Darul Hikmah, Gopeng: Sukses!

Ini gambar bilik di Darul Hikmah sebelum ia dijadikan perpustakaan.




Alhamdulillah beberapa bulan selepas itu, perpustakaan di Darul Hikmah telah berjaya ditubuhkan pada 27 Jun lepas.Ikuti cerita bergambar penubuhan perpustakaan Darul Hikmah pada hari tersebut.


Shafuan dan Izwan,kakitangan IRM sedang melabel buku.


Nationwide telah sudi untuk menghantar buku-buku dan rak buku secara percuma.


Lori Nationwide yang dibawa oleh Tuan Syed selamat sampai di Darul Hikmah.


Sukarelawan IRM bekerjasama memunggah keluar kotak-kotak buku dan rak daripada lori.


Rak buku yang kukuh dan tidak begitu tinggi (5 meter)akan memudahkan anak-anak itu mencapai buku.



Mutiara kata yang dipamerkan di dinding perpustakaan.


Sukarelawan IRM sedang melakukan aktiviti kumpulan bersama anak-anak yatim Darul Hikmah.


Sukarelawan IRM, Pn. Nani Menon sedang menarik perhatian anak-anak itu sebelum mengajar mereka cara membaca buku dengan betul.


Sebahagian daripada sukarelawan IRM yang ikut sama ke Darul Hikmah.


Bergambar kenang-kenangan bersama pengasas Darul Hikmah,Hajah Embun.Perpustakaan itu dinamakan sebagai Perpustakaan Assaadah yang memberi maksud - Perpustakaan Kebahagiaan.

Nama itu juga signifikan untuk mengenang Allahyarhamah Puan Saadah Din,ahli lembaga Darul Hikmah yang meninggal dunia sebelum sempat melihat tertubuhnya perpustakaan yang diimpikan beliau untuk manfaat anak-anak Darul Hikmah.


Anak-anak Darul Hikmah mula menikmati perpustakaan mereka yang baru.


Sengaja dibiarkan ruang membaca kosong tanpa meja.Yang ada, bantal dan tikar agar mereka boleh berbaring santai sambil membaca.




Buku terbitan PTS seperti ini cukup popular dengan anak-anak Darul Hikmah


Dengan rasminya Perpustaakan Assaadah dibuka!

Friday, July 03, 2009

"The Best Advice I Ever Got"


(Photo: Time.com)

All you really own are ideas and the confidence to write them down.

"I've spent the last 18 years soliciting advice from people outside the movie business. Before that, I sought advice from people in the entertainment industry. So I've collected advice from close to 1,000 people over 30 years. Every month I create a new list of people to call. I call it my 'interesting people list.' I call, on average, five people a week--I'll personally call Eliot Spitzer or Isaac Asimov--and may end up meeting with one every two weeks. Ideally I like to meet these people in my office. And I ask them to tell me about their world. I meet these people to learn ultimately how to be a more efficient filmmaker.

"My whole career has been built on one piece of advice that came from two people: (MCA founder) Jules Stein and (former MCA chairman) Lew Wasserman. In 1975 I was a law clerk at Warner Bros. I'd spent about a year trying to get a meeting with these two men. Finally they let me in to see them.They both said, separately, 'In order for you to be in the entertainment business, you have to have leverage. Since you have none--no money, no pedigree, no valuable relationships--you must have creative leverage. That exists only in your mind. So you need to write--put what's in your mind on paper. Then you'll own a piece of paper. That's leverage.'

"With that advice, I wrote the story that became Splash, which was a fantasy that I had about meeting a mermaid. For years, I sent registered letters to myself--movie concepts and other ideas--so that I had my ideas officially on paper. I have about 1,000 letters in a vault.

To this day, I feel that my real power is only that--ideas and the confidence to write them down."

Brian Grazer, 53
Academy Award--winning movie and TV producer, Imagine Entertainment

Wednesday, July 01, 2009

Theodore kata....


Topinya semasa beliau mengetuai pasukan "Rough Riders" disimpan dengan baik di Museum of Natural History, New York City.

Kata-katanya ini memberi seribu makna kepada saya hari ini.

"It is not the critic who counts; not the man who points out how the strong man stumbles, or where the doer of deeds could have done them better. The credit belongs to the man who is actually in the arena, whose face is marred by dust and sweat and blood, who strives valiantly; who errs and comes short again and again; because there is not effort without error and shortcomings; but who does actually strive to do the deed; who knows the great enthusiasm, the great devotion, who spends himself in a worthy cause, who at the best knows in the end the triumph of high achievement and who at the worst, if he fails, at least he fails while daring greatly. So that his place shall never be with those cold and timid souls who know neither victory nor defeat."-- Theodore Roosevelt

Kenang-kenangan di Hebden Bridge


(Foto disalin dari sini)

Duduk di kerusi itu sambil memberi makan itik-itik di Sungai Hebden benar-benar memberi ketenangan bagi seorang anak muda yang hilang semangat untuk menamatkan pengajian ijazahnya.