Thursday, June 04, 2009

Gula Kabung



Orang tua saya selalu mengingatkan,

"Kalau menziarahi orang bawa buah tangan yang manis-manis"

"Kalau bawa benda masam seperti tempoyak,pastikan ada jodohnya benda manis"


Saya ingat kata-katanya itu sehingga sekarang.

Benda manis mengingatkan saya kepada gula kabung.

Gula kabung sememangnya terkenal di daerah Lipis dan Jerantut.Kalau nak buat inti buah melaka,gula kabunglah yang paling sedap!

Ia boleh dibeli di pasar-pasar atau di kedai-kedai runcit.Dulu murah.Tapi sekarang,sebuku sahaja sudah cecah RM6.00!

Boleh jumpa yang murah,tapi kena pergi ke 'punca'nya di Kg.Budu dan Kg Peruang di kawasan Benta, Kuala Lipis,Pahang.

Di situ, boleh terus pergi ke rumah orang yang membuatnya.

Ada sesiapa nak ikut saya ke sana?

4 comments:

ubisetela said...

Roommate zaman matrik dulu orang kg budu.. tapi tak pernah pulak dia cerita pasal gula kabung.

Nak masak kueh ape?

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Cik Ubi: Your roomate tu patut kena buang daerah sebab tak promote local products.

Masak?Dapur dah tak berasap berbulan-bulan dah.Tengah mimpi ada orang tolong buatkan sago gula kabung.Mimpi ajelah!

Caieja said...

Ikut tak nak... tapi nak kirim bole???

hahaha...

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Syaja: boleh.Nak berapa buku?