Saturday, November 07, 2009

Kadir Nelson

Ketika melawat Bangkok dua tahun lepas,saya sempat menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Bangkok di Queen Sirikit Convention Centre.

Membelek-belek buku di rak pesta, saya terpandang buku ini,




Buku ini rupa-rupanya ditulis oleh aktor Will Smith yang terkenal dengan filem seperti In Pursuit of Happyness, Hitch dan Men in Black.Buku itu menceritakan tentang kasih sayang seorang bapa kepada anaknya. buku itu ditulis khas oleh Will Smith untuk anaknya sendiri.

Namun apa yang menarik perhatian saya ialah ilustrasi di dalam buku itu.

Cantik sekali!

Saya suka ilustrasi yang dilukiskan oleh Kadir Nelson, seorang pelukis buku kanak-kanak yang sering melukiskan ilustrasi buku kanak-kanak yang berkisar tentang perjuangan hak asasi dan kebebasan orang kulit hitam di Amerika.

Baru-baru ini juga saya ternampak buku ini di Kinokinuya KLCC yang turut mendapat sentuhan beliau:



Buku ini menceritakan tentang kisah benar bagaimana seorang hamba kulit hitam di Amerika melarikan diri dari perhambaan di Selatan pada kurun ke-19. Kadir Nelson melukiskan dengan cantik sekali ilustrasi di dalam buku itu. Melalui ilustrasinya yang kemas dan berwarna-warni, saya dapat merasakan betapa sukarnya perjalanan Henry untuk mengecap kebebasan.

Lukisan beliau mengingatkan saya kepada seorang lagi pelukis Amerika yang terkenal yang sering menggunakan subjek kehidupan rakyat Amerika sehari-harian, Norman Rockwell.

Untuk melihat karya-karya lukisan Kadir Nelson yang lain, ia boleh dicapai di sini.

3 comments:

Solah Syahadah said...

Asalamualaikum
Saya Muhammad Solahuddin. Jikalau tuan masih ingat kita pernah berjumpa semasa bengkel Puan Ainon.Saya yang dipanggil oleh Puan Ainon sebagai 'professor kecil'. Blog tuan sungguh menarik. Saya mahu bertanya adakah Kadir Nelson seorang kulit hitam yang beragama Islam. Sebab, Kadir bukankah nama yang kebiasaannya digunakan oleh orang Islam.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Alaikumussalam tuan,

Terima kasih kerana melawat blog saya.

Saya tidak pasti sama ada tuan Kadir Nelson ini beragama Islam atau tidak.

Saya sudah cuba mencari maklumat berkenaan di atas tetapi tidak berjumpa rujukan yang mengatakan beliau Islam.

Mungkin namanya sahaja seperti nama orang Islam kerana di Amerika ramai orang berkulit hitam bernama seperti orang Islam tetapi tidak.

Ken Okamoto said...

Great reading your blogg