Foto terbaru Sekolah 'Antarabangsa', Likas, Sabah. |
Beliau menulis,
Assalamualaikum,
Saya tergamam!
Terima kasih yang tidak terhingga kerana menemukan saya dengan sekolah ini. Hanya baru semalam saya berpeluang untuk melawat dan melihat sendiri dengan mata kasar saya keadaan sekolah ini.
The moment I entered the building, suddenly I lost my will to speak, I was speechless, so pity!
Sengaja saya mengelak daripada melihat wajah pelajar-pelajarnya, takut saya tidak dapat mengawal emosi saya. Terus saja saya bertanyakan soalan kepada guru-guru mereka, menunggu sehingga pelajar-pelajarnya pulang. Justeru gambar-gambar yang saya ambil hanyalah ketika pada waktu kelasnya kosong, tanpa kehadiran pelajar.
Menurut guru-gurunya, bangunan ini adalah bekas surau. Ia dijadikan sebagai kelas mungkin sejak seawal tahun 2004 lagi sehingga sekarang tahun 2011. Perkampungan air di Likas ini sudah tiada, semuanya sudah dirobohkan kecuali bangunan sekolah ini yang hanya menunggu gilirannya sahaja.
Dua papan hijau, dua kelas berlangsung serentak! Di dalam kelas ini terdapat dua papan hijau, satu papan hijau untuk satu darjah. Maksudnya, setiap sesi pembelajaran dijalankan serentak bagi dua darjah. Sebagai contoh, Darjah 5 mungkin di sebelah kanan kelas, dan sesi pembelajaran Darjah 4 di sebelah kiri kelas.
Ada lapan meja dan bangku panjang di kiri kanan kelas dan dua meja di tengah-tengah, jumlah semua 18 meja panjang.
Tiada kipas angin tiada di dalam kelas itu. Bekalan air di tandas pula hanyalah menggunakan air tadahan hujan.
Jumlah pelajar terkini adalah lebih kurang 394 orang dengan 4 orang guru.
Murid-murid Tadika terdiri daripada 140 orang, murid Darjah 1 seramai 91 orang, Darjah 2 pula seramai 68 orang, Darjah 3 seramai 57 orang, Darjah 4 seramai 31orang, dan Darjah 5 seramai 11orang. Manakala, tiada kelas bagi Darjah 6 diwujudkan di sekolah itu.
Dalam sehari terdapat 3 sesi pembelajaran : 8.00-10.30 pagi (Darjah 1 & Darjah 2), 10.30 pagi-1.30 tengah hari (Darjah 1 & tadika) dan 1.30-4.30 petang (Darjah 3 – Darjah 5).
Para pelajarnya rata-rata berumur antara 6 hingga 15 tahun.
Terdapat 5 subjek yang diajar di sekolah itu sekarang: Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Pendidikan Islam. Dalam sehari, setiap darjah akan belajar 2 subjek.
Insya Allah, saya akan sambung lagi cerita mengenai sekolah ini.
Berita baik! Pihak penerbitan PTS telah sudi menyumbang zakat sebanyak RM1000 sebulan bagi menampung gaji seorang guru tambahan, dan perbelanjaan lain bagi sekolah ini. Saya berdoa kepada Allah semoga melimpahkan rezeki yang mencurah-curah kepada para karyawan dan petugas PTS. Amin.
5 comments:
Salam Dr. Bubbles...
sebanyak 2 kotak telah selamat berangkat ke Malaysia minggu lepas. Harap Dr. dapat memberikan no telefon Dr. agar senang saya/kawan hubungi Dr. apabila tiba kelak.
Please email me myhazlina@gmail.com
Hi Dr. Bubbles, how you doin'? I like that house, toilet outside. No joke get walloped by skeeters when do business at night, ha ha.
You have a nice day. Best regards.
Lee.
Terima kasih kerana berkongsi rasa dan pengalaman dalam blog ini :)
Puan Hazlina: Saya sudah emelkan nombor telefon saya tempoh hari. :-)
Uncle Lee: Hehehe! Why nowadays people no more wanting to use outside toilet? I used to have toilet outside our home when I was young. Kinda scary when sakit perut at night. Tahan sampai pagi, Uncle Lee..Hehehe!
You too, Uncle Lee, have a nice day!
Acabond: Sama-sama.
Hi nice reading your bllog
Post a Comment