Saya belajar sesuatu hari ini.
"Jangan sesekali menghalang rezeki orang lain "
Kembali kepada usaha saya untuk menuntut ilmu di New York City bulan depan. Baru sahaja menelefon Northwest Airlines. Tiket ke New York sekitar RM4000. Tiket penerbangan Singapore Airlines pula apabila ditanya kepada agen pelancongan pula mencecah hampir RM7000. Mahalnya!
Saya sebenarnya masih bimbang jikalau pinjaman bank saya tidak diluluskan. Hanya minggu depan kata putus dari bank baru dapat diperolehi. Kalau diluluskan terpaksa menunggu seminggu lagi untuk menunaikan cek itu. Memang "kerja gila" membuat pinjaman bank semata mata untuk ke New York City. Namun saya punyai alasan tersendiri mengapa berbuat demikian demi mencapai cita-cita dan impian saya. Saya percaya segala usaha dengan niat yang baik pasti akan dipermudahkan Allah.
Lewat malam tadi dikejutkan pula oleh deringan telefon bimbit. Rupa-rupanya Yusof, teman serumah yang sedang berehat di rumah orang tuanya di Putrajaya setelah menjalani pembedahan kecil memaklumkan bahawa teman sekerjanya di Tourism Malaysia New York telah menghubungi beliau berkenaan dengan hal penginapan di sana. Saya telah menulis beberapa hari yang lalu kepada pegawai Tourism Malaysia, Puan Norizah di New York City meminta bantuan untuk mencari rumah orang Malaysia untuk menumpang sewaktu di sana. Setelah berbincang dengan suaminya, beliau bermurah hati menawarkan bantuan untuk menumpangkan saya di rumahnya semasa saya di sana kelak.
Manakala pagi ini, Puan Blogreader pula menawarkan bantuan untuk menaja kos penginapan di asrama-asrama belia yang berdekatan dengan Brick Theatre, tempat berlangsungnya The New York Clown Festival itu nanti. Saya terharu sebenarnya dengan kemurahan hati teman teman yang baru saya kenali ini. Tanpa berfikir panjang terus menghulurkan bantuan kepada seorang asing dalam hidup mereka.
Saya fikir inilah mungkin pengajaran yang ibu bapa saya selalu tekankan kepada kami agar berbuat baik dengan orang lain kerana mungkin satu hari nanti budi baik kita dibalasi jua dengan cara yang tidak disangka-sangka.
Kerana itulah, kami tidak soalan panjang untuk membawa seorang mangsa kemalangan jalanraya berbangsa asing ke hospital biarpun tinggal nyawa-nyawa ikan. Dan tanpa ragu-ragu menumpang "backpackers" yang menunggu bas yang tak kunjung tiba di Jeti Kuala Tembeling ke Jerantut. Atau pun menjamu air kelapa sekumpulan pelajar-pelajar perubatan yang sedang mengikuti program penyemburan aedes di kawasan perumahan kami.
Oleh sebab itu lah saya masih tidak jemu menghulurkan bantuan kepada "strangers" tanpa banyak soal. Semoga dikala susah, ada sahaja orang orang yang baik hati tampil membantu saya pula.
(Nota: Adakah tulisan saya ini berbunyi kelakar di dalam Bahasa Malaysia?? Ala saya baru berusia 30 tahun. Hahahaha!)
7 comments:
Is, this is like "Pay It Forward" lah ... you do good now as a payment of the good someone will (definitely) do for you later. (Betul ke?).
Seems like you will have a fun time "clowning" around in NY ... all the best :-)
Bro, itulah yang di katakan rezeki dari Allah. The more you give, the more you'll get, inshallah.
qoth:yeap exactly. tap kadang-2 rezeki tu datang dalam cara lain...sihat tubuh badan pun rezeki juga..
ke sana nak dapatkan advice from pro on how to create solo perfomances...i want to create my own solo show..get money from it and no need to ask from people anymore....dulu agak idealistic.sekrang baru sedar we have to be realist and stand on our own feet.
klmuk: itulah...
this is where they say, kalau buat sesuatu dengan ikhlas, insya-allah, it will go the way we want it to be.
well, is, tak kelakar pon awak berbahasa malaysia, bodoh pon tidak. hanya sumbang ajer. hehehhehe...
jangan marah, saya baru 18thn ajer.
Says so in the quran:
(99:7): Then shall anyone who has done an atom's weight of good, see it!
Always your well-wisher.
bahasa awak dah cantik tu..
have fun di bandar epal besar!
psst..saya baru 13 tahun..hehe
kak nazrah: thank you so much for the compliment. haha...13 tahun...wake up kak long oiii! hehehe
Post a Comment