Monday, July 07, 2008

Langkawi, Hay-on-Wye, Wigtown










(Kg. Buku Langkawi dalam kenangan)

Ini entri tentang 3 tempat berbeza tetapi mempunyai persamaan.Masing-masing terkenal dengan gelaran Kampung atau Pekan Buku (Book Town) yang dipelopori oleh jutawan "eccentric" bernama Richard Booth dari Wales. Langkawi di Kedah.Hay-on-Wye di Wales dan Wigtown di Scotland.

Kampung Buku Langkawi saya pertama kali bertandang semasa saya menuntut A-Level di PPP/ITM Shah Alam.Saya berkenalan dan berbual panjang dengan Pengurus Kampung Buku Langkawi waktu itu, Hj Ismail, bekas Pegawai Pendidikan Langkawi. Melalui beliaulah saya mengetahui tentang sejarah kewujudan pekan-pekan buku seperti di Hay-on-Wye, Redu dan di Amerika. Sejak itu, saya memasang niat untuk ke setiap pekan buku yang ada di seluruh dunia. Sayangnya Kampung Buku Langkawi di Lubuk Semilang itu telah berkubur sejak beberapa tahun yang lalu.Entahlah idea bagus tetapi perlaksanaannya mungkin tidak segigih pelopor agaknya.

Apabila saya melanjutkan pelajaran ke UK, saya mengidam-idam untuk mengunjungi Hay-on-Wye dan Wigtown. Hay-on-Wye dapat saya kunjungi semasa cuti musim panas tahun 1998. Saya dan rakan-rakan dari Bradford ketika itu sedang melawat Stratford-upon-Avon yang tidak payah diperkenalkan lagi sebagai kota kelahiran Shakespeare, Bandaraya Cardiff dan bandar tepi laut Aberystwyth di Wales. Oleh kerana Hay-on-Wye terletak tidak jauh dari Stratford-upon-Avon, saya tidak melepaskan peluang keemasan untuk memangkah nama Hay-on-Wye di dalam senarai tempat-tempat di dunia yang saya harus lawati sebelum saya mati.

(bersambung....)

No comments: