Wednesday, July 09, 2008

Kedai buku

Sejak kecil lagi saya suka merayau-rayau di dalam kedai buku.

Tabiat yang terbawa-bawa sehingga kini.

Semasa kecil, Kedai Buku Dian Enterprise di hadapan Balai Polis Jerantut menjadi sasaran.

Semasa alam sekolah menengah pula, kedai buku Novel Hut di Yik Foong pula tempat saya melepak.Minat kepada Reader's Digest mula bercambah di sini.

Ketika menuntut di Bradford,UK, kedai-kedai buku seperti Waterstone's dan Dillon's di Kirkgate, memberi saya ketenangan semasa 3 tahun "menderita" menghabiskan pengajian di universiti.

Saya sanggup ponteng kuliah (selalu ponteng pun!) dan berlari-lari menuruni bukit sepanjang Richmond Road semata-mata hanya mahu 'lemas dalam aroma kopi di Waterstone's dan bersila selesa dicelah-celah rak buku sambil melayan antologi puisi Pablo Neruda.

Kadang-kadang menyelinap ke Haworth dan leka di antara rak buku di kedai buku di pekan kecil itu.

Semasa saya bertugas di Vientiane, saya gelisah kerana tiada kedai buku yang agak baik di kota itu. Ada 1-2 kedai buku, tetapi buku-bukunya mahal dan judul-judulnya terhad kepada novel-novel Inggeris.

Sama juga di Thailand. Banyak kedai buku tetapi kebanyakan buku dijual di dalam Bahasa Thai. Cuma semasa singgah di Bangkok saya dapat melepaskan kerinduan dengan mengunjungi Kedai Buku Asia Society berhampiran Stesen MRT Nana.

Apabila pulang ke Malaysia, Kedai Buku Kinokinuya di KLCC pula menjadi tumpuan. Sekali-sekala sempat juga menjenguk timbunan buku di Pasar Chowrasta,Penang.

Bila berpeluang ke New York City tidak berapa lama dahulu, Barnes and Noble di Washington Square menjadi tempat persinggahan.

Dalam banyak-banyak kedai buku yang saya sudah lawati, kedai buku kecil di hujung pekan Wigtown, Scotland menjadi pilihan utama saya untuk kembali semula menjenguknya.Anda harus ke sana sendiri untuk mengetahui sebabnya!

13 comments:

fusarium solani said...

Agaknya ada tak nanti seorang clown yang buka kedai buku?

Kalau ada Aliff akan jadi insan pertama duduk kat situ sepanjang hari.

Sebab kedai buku clown tue mesti penuh tawa dan ilmu hasil dari luasnya pengalaman hidupnya

Cuma Aliff wonder clown tu tahan ke tengok muka Aliff sepanjang hari kat situ he!he!he!

Kak Teh said...

Saya ada bukti bergambar yang menunjukkan betapa asyik ma'syuknya saudara dengan kedai buku. Banyak cctv yang ada footage saudara berkeliaran di celah-celah book shelves di Kino, MPH dan Times. Banyak juga yang sempat merakamkan gelagat saudara mengubah buku dari satu shelf ke satu shelf. Saya rasa di samping senarai top ten bestsellers di kedai2 buku, mereka juga harus menyenaraikan nama-nama orang yang serimg berkeliaran di kedai buku. Saya juga kenal seorang di rumah saya yang bertabiat begitu.

Abang Long said...

Minat kita sama. Saya bukan sahaja minat membaca, malah menjual novel.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Fusarium solani: Fat chance!Queue nak masuk kedai buku dah panjang by the time you sampai. Almaklumlah kedai buku celebrity..Sila ambil nombor di kaunter. No 1 dah ada orang reserved.Hahaha!

Nak duduk kat kedai buku tu sampai tutup pun no problem.Nanti taukenya akan suruh lady of the house bagi makan + minum to loyal patron like you.Hahaha!

kakteh: Syyyyy! jangan cakap kuat-kuat bab alih alih buku itu!

abang long: kita dikategorikan dalam orang orang yang bibliofilik!

Anonymous said...

Beb .. citer pasal buku nie, gue teringat masa gue training kat Jepun tahun 1993 dulu, kat tempat aku ada satu kedai buku besar gilerdah cam shopping complex gamaknya, macam2 citer ada dr citer fiksyen, citer hantu, citer siasatan alaa macam2 lah, gue lupa lak nama kedainya tapi yg gue ingat awekz kat counternya cun gileeee .. kira kat area Tochigi tempat gue tinggal, nielah kedai yg paling best, satu hari dok dalam tuu x habis nak tukar2 buku shelf ke shelfpun x sempat rasanya, no wonder penduduk Jepun nie suka membaca, klu dlm train tuu setiap sorang mesti ada magazine or atleast senaskah paper .. tapi beb jgn x percaya, setiap magazine tuu mestia ada terselit semuka dua kekadang 3 4 muka gambar2/citer2 yg boleh buat kita x tutup mata, kalau kenyit barang sesaat rugi rasanya …. hee hee nak tahun amendenya .. lu orang pikirlah sendiri hua hua hua … lets gone …

jeanslusuh

Anonymous said...

Old time - Hamid Bros & Kedai buku Men Men

Last 5 years - Kino, Borders, MPH, Times

Recently - Oil price hiked up. Used books seems reasonable. Hihi... Sherlock Holmes for RM4, sape nak kasik?

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Anon; Saya masih ingat Hamid Bros.Tempat saya cari art papers buat handicraft masa tunggu temuduga biasiswa.

There's only one Hamid Bros in Malaysia.

Unknown said...

haha. Yaaa, I know that 'disease' :)

ManaL said...

I pulak lain kisah....kalau i pi library and saw lotta books i like, i will try to grab all of them even though its not like i will read or use them instantly. Sifat tamak haloba memamg la ada kan!

ennumaellish said...

Dian bookstore.. tu je la kedai buku kat Jerantut, dari dulu lagi hehehe.. balik kampung pun, saya masih kesitu gak...dulu ada ambil trengkas dan belajar menaip kat situ...lepas SPM.. hehehe...

lepas tu masa belajar, tempat beli buku saya ialah di pasar-pasar barang-barang antik (brocante,marche au puce).. buku-buku lama dan terbaru pun ada..

Caieja said...

I'm dying to visit Toko Buku in Jakarta because I need to get a few pieces of Pramoedya to complete my reading list.

p/s: word verification tuh untuk ape sebenarnye???

Anonymous said...

Salam Ramadhan docbubbles. Blog hopping dari blog tokasid hingga sampai ke sini. Sukanya jumpa orang yang ada minat serupa.

Saya kalau ke bandar pegi shopping mesti singgah kedai buku dulu sejam dua baru pegi beli barang lain.

Skrg saya dah ada kedai buku sendiri. Kecik je... tapi satu cita-cita sejak tingkatan 4 telah pun tercapai, nak buka kedai buku. Alhamdulillah.

Seronoklah baca blog doc ni. Sebelum ni ada juga baca berita pasal doc dlm paper.

Permisi.

Norhaizan Mustapha said...

salam..
nak mencelah juga, agaknya kat MPH melaka ni pun blh shoot sy yg berkeliaran je kt kedaiu buku..hehehe..dah puas buku anak, buku dewasa plak, pastu side majalah..last2 keluar beli gak buku, buku tulis jer..hehe..taklah..sy peminat buku, swebulan tak kurang 3-5buah buiku sy beli..
www.auladbistari.blogspot.com