Friday, April 17, 2009

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009




Maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog sepanjang minggu ini.Sibuk.

Namun, saya tidak sabar untuk menikmati hujung minggu yang pasti menggembirakan bagi semua kaki buku.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 kembali lagi!

Tahun lepas semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 saya sibuk merayau mencari buku untuk projek perpustakaan rumah anak yatim di Machang,Kelantan.

Tahun ini, saya akan sibuk mencari buku untuk projek perpustakaan di Rumah Amal Limpahan Kasih,Puchong.

Inilah masa terbaik untuk mencari buku dengan harga diskaun hebat dan juga mengambil peluang untuk bertemu dengan penulis-penulis kesohor tanahair.

Saya pastinya akan singgah di gerai PTS dan Utusan Publications untuk berkongsi dengan para pendokong utama projek ini mengenai perkembangan terkini projek perpustakaan di rumah anak yatim.

Selain itu, saya juga akan ambil peluang ini untuk berkenalan dengan penerbit-penerbit buku yang lain untuk mendapatkan senarai buku terbaru dan mungkin juga cuba mengajak sama mereka membantu projek perpustakaan rumah anak yatim Islamic Relief Malaysia dengan memberikan diskaun untuk pembelian buku terbitan mereka.

Jumpa di sana!

2 comments:

umiazuddin said...

Selamat berpesta kepada semua kaki buku di Lembah Klang dan di kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Jelesnya teman!

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Tak berpesta pun.Orang ramai sangat.Sesak!