Sunday, April 05, 2009

Projek Perpustakaan Kembali lagi!

"It was the best of times, it was the worst of times...”

—Opening line of A Tale of Two Cities - Charles Dickens-

Saya tertarik dengan ayat pembukaan novel A Tale of Two Cities itu dan signifikannya dengan projek perpustakaan rumah anak yatim Islamic Relief Malaysia ini.

Satu persoalan yang sering saya tanya pada diri saya, apakah di dalam keadaan kemelesetan ekonomi yang meruncing ketika ini,masih adakah insan-insan yang ingin mengubah kehidupan orang lain dengan menderma wangnya untuk menubuhkan perpustakaan di rumah-rumah anak yatim?

Namun sangkaan saya meleset.

"It is still the best of times!"

Buktinya, sebuah yayasan, Yayasan Joseph William Eu telah bersetuju baru-baru ini untuk membiayai projek perpustakaan rumah anak yatim Islamic Relief Malaysia di Rumah Amal Limpahan Kasih,Puchong dengan dana sebanyak RM20,000. Alhamdulillah!

Insya Allah,kalau tiada aral melintang proses penubuhan perpustakaan berkenaan akan disempurnakan dalam masa beberapa minggu lagi.

4 comments:

Naziehah said...

Congratulations and way to go Is! :)

Anonymous said...

Nak ikut!

p/s: kalau dpt teka jugak, mmg handal

Akmal said...

wah, saya ada kenangan manis kat RALK Puchong :)

drbubbles said...

Naziehah: The work has just begin! :)

Anon: No comment.Phobia nak jawab anonymous comment ni.

Akmal: Kenangan manis apa bro Akmal? :)