Sunday, March 27, 2011

Projek Perpustakaan Teratak Rahmat: Ruang Kosong & Dana terkumpul

Ruang Kosong

Inilah ruang di dalam dewan pengajian Persatuan al-Islah yang dicadangkan untuk dijadikan ruang perpustakaan Teratak Rahmat. Luasnya 20 kaki persegi. Ia sangat sesuai.


Ruang ini mengingatkan saya kepada ruang kosong di rumah-rumah anak yatim yang pernah saya kunjungi dahulu bagi melihat keperluan perpustakaan di situ.

Berdasarkan pengalaman lalu, ruang kosong ini menggambarkan kesungguhan pengurusan rumah-rumah anak yatim yang mahu melihat anak-anak yatim bersahabat dengan buku.

Saya masih ingat kata-kata Hj. Jamal Din, pengurus rumah anak yatim Darul Hikmah di Gopeng,

"Kami memang sengaja membiarkan bilik yang luas ini kosong semata-semata kerana pada suatu hari nanti, ia akan dijadikan ruang perpustakaan."

Ustaz Yuzrim dari rumah anak yatim An-Nur Maisarah, Chemor pernah bercerita,

"Apabila anak-anak yatim di rumah ini mendapat tahu bahawa ada dermawan mahu menubuhkan perpustakaan di sini, mereka begitu teruja. Mereka beramai-ramai tanpa disuruh-suruh mengosongkan dan mengemas stor di tepi pejabat ini untuk dijadikan ruang perpustakaan."

AJK Biro Pendidikan Teratak Rahmat yang juga sahabat sekuliah kelas terjemahan di Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Tuan Hazman Hassan pula memberitahu,

"Jika tuan dan kawan-kawan membantu mencari dana bagi membeli buku, kami pula akan menyediakan bilik perpustakaan dengan mendirikan dinding ber'plywood' di ruang itu."

Menurut Tuan Hazman lagi di dalam dewan ini, terdapat sebuah bilik yang dijadikan sebagai stor menyimpan buku-buku agama dan ilmiah. buku-buku ini kebanyakannya buku-buku ilmiah dan agama kepunyaan peribadi beliau.

Justeru, walaupun kuantitinya banyak, namun buku-buku ini tidak sesuai untuk bacaan mereka. Meskipun begitu, anak-anak yatim gemar berlegar-legar di dalam ruang ini untuk membaca.


Seorang penghuni Teratak Rahmat tekun membaca buku. Kebanyakan buku di sini dalam genre ilmiah dan agama dan hanya sesuai untuk bacaan dewasa.

Buku-bukunya tebal, namun ia tidak sesuai untuk bacaan mereka.

anak-anak yatim perempuan di Teratak Rahmat.

Sebahagian daripada anak-anak yatim di Teratak Rahmat. Jumlah penghuni di sini ialah 32 orang. Ada 17 orang penghuni lelaki dan 15 perempuan.

Ruang kosong, dan anak-anak yang menyukai buku membuatkan saya benar-benar teruja!


Dana terkumpul

Alhamdulillah, sehingga kini dana terkumpul bagi menubuhkan perpustakaan di Teratak Rahmat sudah mencapai RM2200.

Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah menderma. Semoga Allah memurahkan rezeki tuan-tuan. Amin!

Bagi tuan-tuan mahu menyumbang dana bagi menjayakan projek ini, sumbangan dana boleh disalurkan kepada akaun Maybank saya:

MBB: 162188016529 - Iskandar Syah Ismail.

Slip bank-in boleh dikirimkan kepada saya melalui emel: adabi99@gmail.com.

Terima kasih!




DR Bubbles


No comments: