Thursday, March 31, 2011

RM3000 & Durian Gugur!

Alhamdulillah. Dana bagi menubuhkan perpustakaan di Teratak Rahmat, Perlis sudah mencapai RM3000. Masih banyak lagi dana yang diperlukan namun saya yakin ia akan dapat dicapai kelak. Insya Allah. 

Siang tadi, Pak Manaf, pengasas Rumah Anak Yatim dan Miskin Nurhidayah di Kg.Cheh menelefon saya. Orang tua itu saya kenali rapat sejak saya dan kawan-kawan bertandang ke sana bagi menubuhkan perpustakaan di rumah itu pada tahun 2008. (lihat foto-foto di dalam entri ini).

Tiap-tiap tahun selepas itu, saya sering ke sana sama ada atas tugas rasmi atau sekadar melawat beliau dan keluarganya.

Rupa-rupanya beliau menelefon semata-mata kerana mahu mengundang saya dan kawan-kawan kembali ke sana bagi menikmati durian yang sedang meluruh di kawasan Bukit Gantang.

"Tidur sahaja di rumah saya nanti," katanya.

"Sekarang, baru sedikit durian gugur. Minggu depan banyak lagi durian akan gugur."

"Baiklah, nanti saya khabarkan kepada kawan-kawan."

Hmm... undangan yang sangat-sangat menarik bagi penggemar durian!


Blogger pencinta buku, Tuan Jiwarasa dan Pak Manaf
 ketika kami menubuhkan perpustakaan di Rumah Nurhidayah
pada tahun 2008.


Cuba 'menjual' buku Travelog Haji kepada sahabat saya,
saudara Nasrun.


Anak-anak di Rumah Nurhidayah sedang khusyuk membaca.

Puas! Pada tahun 2010,
saya kembali ke sana dengan lebih banyak buku!


Bagi tuan dan puan yang ingin menyumbang dana bagi menjayakan projek perpustakaan di Teratak Rahmat, Perlis, tuan dan puan boleh menyalurkan sumbangan dana kepada akaun Maybank di bawah ini.

MBB: 162188016529 - Iskandar Syah Ismail.
(Slip bank-in boleh dikirimkan kepada saya melalui emel: adabi99@gmail.com)

Terima kasih!


DR Bubbles
drbubbles.blogspot.com











No comments: