Bukan salah anak-anak yatim itu yang digelar 'bermasalah' dan 'memberontak' tetapi kesalahan itu harus dipertanggungjawabkan kepada pengurusan asrama yang gagal mentadbir asrama tersebut dengan baik.
Kami nyaris membatalkan projek perpustakaan di situ kalaulah kami hanya mendengar cerita satu pihak sahaja (pengurusan asrama) . Alhamdulillah, setelah mengamati kelakuan dan melalui sesi 'ramah mesra' dengan 9 penghuni asrama anak yatim berkenaan (bukan 30 orang seperti yang dimaklumkan sebelum ini), lain pula ceritanya dan kami mengambil keputusan agar projek perpustakaan diteruskan juga.
Namun, sebelum itu, kami terpaksa menjadi 'bidan terjun' membersihkan persekitaran dan bilik-bilik asrama berkenaan yang begitu 'daif' keadaannya.
Hanya pada sebelah malamnya kami bawa turun buku-buku dari kereta dan menyiapkan perpustakaan di bilik asrama mereka. Saya amat terharu sebenarnya apabila buku-buku yang belum pun sempat disusun di rak buku,sudah dicapai oleh anak-anak itu. Mereka membaca dengan tekun.
Buku Trilogi Komik Tin Tin berbahasa Inggeris yang saya sengaja beli hanya tinggal 1 di dalam rak.2 lagi buku 'hilang'. Sudah pasti ia berada di tangan salah seorang daripada mereka.
Kami memberi hampir kesemua buku yang dibawa.Malam itu, saya dan rakan-rakan serta anak anak yatim itu memilih buku-buku yang mereka sukai. Cuma sejumlah kecil buku-buku yang mungkin sesuai untuk bacaan dewasa di bawa pulang ke Kuala Lumpur. Hajat saya untuk perkenal mereka dengan karya-karya sasterawan negara terpaksa 'ditangguhkan' dahulu. Namun saya teruja apabila salah seorang daripada mereka mencapai 68 Soneta Pohon Gingko oleh A.Samad Said untuk disimpan di perpustakaan berkenaan.
Alhamdulillah semua dana yang terkumpul sebanyak RM6790 dibelanjakan untuk membeli buku dan rak. Saya akan 'scan' resit-resit pembelian dan siarkan dalam entri seterusnya.
4 comments:
Hm, bersegmen nampaknya laporan Che Is! Puas dinanti muncul juga! Belum buleh bagi gred lagi.... nak tunggu segmen dua!
Hm, boleh "burn" untuk saya gambar dari Kak Ryzah?
Oh ya, baki dari derma para penerbit saya itu, ada sekitar RM700. Kita guna untuk projek seterusnya!
fusarium solani,
Nanti I abiskan upload gambar kat fotopages ye, so that you boleh download terus from there.
Sekarang ni busy sket with work, weekend ni nak ke K. Kinabalu pulak..
muzzy,
hehehe..internet kat rumah problem dah seminggu lebih.nak update bebanyak tak boleh kat opis...kerjaaa banyak...
ok we go for next project.
hazyr:selamat berkinabalu!
salam drbubbles, terharu dan tersentuh...asrama bakti tu hanya 1/2 kilo dari rumah saya... setiap kali pulang ke kampung saya sentiasa berhasrat untuk singgah tetapi selalu tertangguh kerana urusan-urusan peribadi..., insya Allah kali ini bila pulanng hujung tahun nanti saya akan berziarah dan melihat sendiri keadaan di sana... kudat,sabah.
Post a Comment