Wednesday, May 14, 2008

Thovuud & DR Bubbles yang suka kentut!

Siang tadi, Kapten Haznain menelefon saya memberitahu dia dan Pak Kassem wakil TV3 di Sabah berada di rumah Thovuud, anak kecil pesakit kanser.Pak Kassem sedang menyiapkan segmen khas perjalanan membawa Thovuud untuk memenuhi 'birthday wish'nya menjejakkan kaki di Tg.Simpang Mengayau.

Insya Allah, tontonilah Majalah 3 hujung minggu ini.Anda dapat lihat kemeriahan majlis hari jadi Thovuud di penghujung utara pulau Borneo itu.

Saya sempat berbual dengan Thovuud.Katanya,

"Dr Bubbles suka kentut!"
Rupanya dia masih mengingati saya walaupun sudah 3 minggu berlalu sejak berlangsungnya majlis hari jadinya di Tg.Simpang Mengayau. Nampaknya 'mesin kentut' saya sudah memberi kesan positif!

Namun, saya masih sebak setiap kali mengingati saat apabila abang Thovuud mendeklamasikan puisi mengenai kecekalan Thovuud semasa majlis tersebut.Ia benar-benar menusuk kalbu tetamu yang hadir sehinggakan majlis menjadi hening ketika itu.

Saya doakan agar hasrat Abang si Thovuud itu untuk menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran suatu hari nanti termakbul. Dia ingin menjadi pakar onkologi suatu hari nanti katanya.

Saya juga kagum dengan kesungguhan Kapten Haznain dan jawatankuasanya yang bertungkus-lumus menganjurkan majlis hari jadi untuk Thovuud.He really can makes things happened from A to Z! Syabas kepada beliau!

Satu perkara menarik yang saya lihat semasa persiapan majlis hari jadi Thovuud ini ialah betapa kebanyakan mereka yang bertungkus lumus siang malam membantu(selain daripada ahli keluarga Thovuud) majoritinya beragama Islam!

Barangkali semangat harmoni tanpa mengira perbezaan agama dan fahaman masih lagi kurang dan harus dipupuk di kalangan kita terutama bila membicarakan soal memperdulikan nasib mangsa Taufan Nargis atau pun mangsa gempa bumi di China ketika ini.

No comments: