Friday, May 30, 2008

let go

I have to let go my wish to study theatrical clowning under Giovanni Fusetti this year. I can't even raise the deposit USD400 to hold my place for the workshop before the deadline tomorrow (31st May 2008) .

Perhaps, in the near future, I will meet you Mr.Fusetti.

(photo credit: http://lazerbrody.typepad.com/)

Wednesday, May 28, 2008

Pasca Projek Machang (2): Next Project?

Wah!Sudah ada orang bertanya saya bila pula 'next project' akan dijalankan?
Buku-buku berbaki masih ada lagi dalam simpanan.

Hmmm....

P.S.: Sila belek majalah ANIS (kolum Semaian Kasih, muka surat 82).Ada cerita tentang Projek Perpustakaan di Machang yang ditulis oleh Kak Anis (Prof.Amida Abdulhamid).Beliauada menghadiahkan 5 naskhah memoirnya yang bertajuk Kasih disemai Sayang dituai untuk projek perpustakaan ini.

Pasca Projek Perpustakaan Asrama Bakti Batu 25 Machang (1)

Inilah asrama anak yatim paling teruk saya pernah lihat dalam hidup saya.

Bukan salah anak-anak yatim itu yang digelar 'bermasalah' dan 'memberontak' tetapi kesalahan itu harus dipertanggungjawabkan kepada pengurusan asrama yang gagal mentadbir asrama tersebut dengan baik.

Kami nyaris membatalkan projek perpustakaan di situ kalaulah kami hanya mendengar cerita satu pihak sahaja (pengurusan asrama) . Alhamdulillah, setelah mengamati kelakuan dan melalui sesi 'ramah mesra' dengan 9 penghuni asrama anak yatim berkenaan (bukan 30 orang seperti yang dimaklumkan sebelum ini), lain pula ceritanya dan kami mengambil keputusan agar projek perpustakaan diteruskan juga.

Namun, sebelum itu, kami terpaksa menjadi 'bidan terjun' membersihkan persekitaran dan bilik-bilik asrama berkenaan yang begitu 'daif' keadaannya.

Hanya pada sebelah malamnya kami bawa turun buku-buku dari kereta dan menyiapkan perpustakaan di bilik asrama mereka. Saya amat terharu sebenarnya apabila buku-buku yang belum pun sempat disusun di rak buku,sudah dicapai oleh anak-anak itu. Mereka membaca dengan tekun.

Buku Trilogi Komik Tin Tin berbahasa Inggeris yang saya sengaja beli hanya tinggal 1 di dalam rak.2 lagi buku 'hilang'. Sudah pasti ia berada di tangan salah seorang daripada mereka.

Kami memberi hampir kesemua buku yang dibawa.Malam itu, saya dan rakan-rakan serta anak anak yatim itu memilih buku-buku yang mereka sukai. Cuma sejumlah kecil buku-buku yang mungkin sesuai untuk bacaan dewasa di bawa pulang ke Kuala Lumpur. Hajat saya untuk perkenal mereka dengan karya-karya sasterawan negara terpaksa 'ditangguhkan' dahulu. Namun saya teruja apabila salah seorang daripada mereka mencapai 68 Soneta Pohon Gingko oleh A.Samad Said untuk disimpan di perpustakaan berkenaan.

Alhamdulillah semua dana yang terkumpul sebanyak RM6790 dibelanjakan untuk membeli buku dan rak. Saya akan 'scan' resit-resit pembelian dan siarkan dalam entri seterusnya.


Tuesday, May 20, 2008

Projek Perpustakaan Machang Ahad lepas

Sila baca dulu blog ryzah dan aliff untuk laporan terkini.Mohon beri sedikit masa untuk saya siapkan laporan lengkap.

Saturday, May 17, 2008

Syazwan (3)

It was heartbreaking when this question popped out from a 5 year old boy,

"Kenapa doktor nak buang mata Baby?"

I brought along soft jellylike hairy slinky ball for him. He was quite awake just now but only his fingers playing and caressing the ball.




Machang Here We Come!!

Collection has reached RM6790.Some of us are leaving for Machangthis morning for Machang.I'll be leaving a little bit later with Ryzah,Aliff and Farouq.

Selamat Hari Guru

Guru oh Guru!
oleh Usman Awang

Berburu ke Padang Datar,
dapat rusa belang kaki,
berguru kepalang ajar,
ibarat bunga kembang tak jadi

Jika hari ini
Seorang perdana menteri berkuasa


Jika hari ini
Seorang raja menaiki takhta

Jika hari ini
Seorang Ulama' yang mulia

Jika hari ini
Seorang peguam menang bicara

Jika hari ini
Seorang penulis terkemuka

Jika hari ini
Siapa sahaja menjadi dewasa

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya

mengajar tulis baca .

Selamat Hari Guru to:

Cikgu Ismail Mat - a great teacher who never fails to believe in what I doing.Terima kasih abah!

Cikgu Marsijah of SRKJ - taught me how write karangan bahasa melayu the correct way.

Dr. Esther Sarojini Daniel of STAR Ipoh- for teaching biology with such great passion.

Cikgu Jalaluddin Othman of STAR Ipoh - for nurturing my interest in history.

Cikgu Siti Sarah Daimun of STAR Ipoh - an ex-TKCian who knows how to deal with the naughty boys from 5 Science T.

Ustaz Ariffine Daud of STAR Ipoh - Thanks for his famous 'slap on the back', I won't be what I am now.

Wan Fadhil of PPP/ITM - great buddy who believes in me.

Late Dr N.S Tavare of University of Bradford - who told me this, "Go and do what you love!"

Friday, May 16, 2008

Syazwan (2)

The father called me today. The operation went smoothly. I could sense from his voice, that they have accepted the fate.

"He was still sleeping", when I asked about him.

I am going to visit him tomorrow morning before leaving for Machang.

Frankly, I hope I am doing OK tomorrow.

Ah, I still miss the wonderful moments with him. I still remember these questions he always ask,

"Teksi itu warna apa?"

"Mana burung itu?"


I wonder how can I answer that questions again from that sweet little boy.

Thursday, May 15, 2008

Syazwan

Saya baru sahaja terima SMS dari bapa Syazwan.

Syazwan akan jalani pembedahan mata di Hospital Gleneagles, Ampang pada pukul 2.30 petang, esok.Doakanlah agar pembedahan itu berjalan dengan lancar.

Biarpun dia tidak akan dapat melihat lagi, semoga mata hatinya sentiasa terang!

Wednesday, May 14, 2008

Mooooooooo!!!

Saya tergelak besar apabila membaca ayat ini.
"345 cows was executed and distributed to the poor"

Saya dapat membayangkan betapa kecutnya perasaan lembu-lembu itu dihadapan skuad penembak tepat ketika menghadapi saat kematian mereka.

Ready, Aim, Fire!!.........

Nota: Ayat ini benar-benar berlaku dan memang ada kena mengena dengan yang hidup (yang menulis ayat tersebut) dan yang masih ketawa ketika menulis entri ini.






Thovuud & DR Bubbles yang suka kentut!

Siang tadi, Kapten Haznain menelefon saya memberitahu dia dan Pak Kassem wakil TV3 di Sabah berada di rumah Thovuud, anak kecil pesakit kanser.Pak Kassem sedang menyiapkan segmen khas perjalanan membawa Thovuud untuk memenuhi 'birthday wish'nya menjejakkan kaki di Tg.Simpang Mengayau.

Insya Allah, tontonilah Majalah 3 hujung minggu ini.Anda dapat lihat kemeriahan majlis hari jadi Thovuud di penghujung utara pulau Borneo itu.

Saya sempat berbual dengan Thovuud.Katanya,

"Dr Bubbles suka kentut!"
Rupanya dia masih mengingati saya walaupun sudah 3 minggu berlalu sejak berlangsungnya majlis hari jadinya di Tg.Simpang Mengayau. Nampaknya 'mesin kentut' saya sudah memberi kesan positif!

Namun, saya masih sebak setiap kali mengingati saat apabila abang Thovuud mendeklamasikan puisi mengenai kecekalan Thovuud semasa majlis tersebut.Ia benar-benar menusuk kalbu tetamu yang hadir sehinggakan majlis menjadi hening ketika itu.

Saya doakan agar hasrat Abang si Thovuud itu untuk menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran suatu hari nanti termakbul. Dia ingin menjadi pakar onkologi suatu hari nanti katanya.

Saya juga kagum dengan kesungguhan Kapten Haznain dan jawatankuasanya yang bertungkus-lumus menganjurkan majlis hari jadi untuk Thovuud.He really can makes things happened from A to Z! Syabas kepada beliau!

Satu perkara menarik yang saya lihat semasa persiapan majlis hari jadi Thovuud ini ialah betapa kebanyakan mereka yang bertungkus lumus siang malam membantu(selain daripada ahli keluarga Thovuud) majoritinya beragama Islam!

Barangkali semangat harmoni tanpa mengira perbezaan agama dan fahaman masih lagi kurang dan harus dipupuk di kalangan kita terutama bila membicarakan soal memperdulikan nasib mangsa Taufan Nargis atau pun mangsa gempa bumi di China ketika ini.

Sunday, May 11, 2008

Semalam beli buku di DBP

Saya sudah pening kepala tengok buku!






Koleksi Karya Agung Kesusasteraan Melayu yang dicari-cari oleh seseorang yang jauh nun di Dubai telah berjaya ditemui di sini. Ehem! Caj untuk kerja 'perisikan' sebegini mahal harganya tau!




Kutipan terkini sudah mencapai RM6590.

Saturday, May 10, 2008

RM6000!

Was informedllast night via SMS by a friend that someone has pledged to top up the library funds to RM6000!

Friday, May 09, 2008

Antara Perpustakaan & Mangsa Taufan Nargis

Saya mohon ampun banyak-banyak kerana projek perpustakaan tidak dapat dikemaskini dengan baik sejak beberapa hari lepas kerana saya agak sibuk dengan usaha-usaha mengumpul dana untuk Tabung Taufan Myanmar Islamic Relief.Sila layari laman web Islamic Relief Malaysia http://www.irm.org.my jika ingin membantu.

Semalam saya ke udara di Astro Awani menyebarkan sedikit maklumat kepada penonton tentang cara-cara untuk membantu mangsa taufan Nargis melalui usaha yang dilakukan oleh Islamic Relief. Apabila ditanya oleh pembaca berita,Amir Mahmood Razak tentang apa lagi yang boleh rakyat Malaysia lakukan untuk membantu mangsa taufan Nargis ini, antaranya saya menjawab,

"Beritahu kawan-kawan tentang nasib mangsa taufan melalui blog!"

Dengan keadaan yang tidak menentu di Myanmar terutama mengenai isu kesukaran para pekerja bantuan kemanusiaan dari Barat dan Amerika untuk mendapatkan visa memasuki Myanmar , silap-silap saya terpaksa tukar topi dari tukang canang untuk menderma wang kepada topi pekerja bantuan kemanusiaan ke Myanmar!

Oleh itu urusan pembelian buku-buku projek perpustakaan di Machang harus saya selesaikan hujung minggu ini kerana ada kemungkinan saya tidak akan berada di dalam negara dalam masa tempoh terdekat ini. Namun demikian, urusan penghantaran buku-buku berkenaan saya tidak risau kerana kawan-kawan yang akan ke Machang sudah mengesahkan kesediaan mereka untuk membantu.

Setakat ini, ada 17 orang yang mengesahkan untuk berkonvoi ke Machang, Sabtu depan. Kos petrol, makan-minum dan tempat tinggal akan dikongsi bersama. Dana yang dikutip selama ini akan digunakan sepenuhnya untuk membeli buku dan rak-rak buku.

Selesai sahaja projek di Machang, saya akan isytihar rekod pembelian buku di dalam blog ini.
Setakat ini kutipan masih tetap di jumlah RM5580.

Thursday, May 08, 2008

Projek Perpustakaan Asrama Bakti Batu 25 Machang

Sudah sampai takat RM5580!

Keluarga Daif (2)

Setakat ini sudah RM700 didermakan oleh dermawan yang prihatin tentang nasib keluarga daif yang saya tulis beberapa minggu lepas.Insya Allah, ada 2 penderma yang sudah 'pledge' untuk derma bulanan berjumlah sebanyak RM150.

Mak saya sedang uruskan buka akaun bank si ibu di bandar Jerantut.

Monday, May 05, 2008

Projek Perpustakaan Asrama Bakti Batu 25 Machang

Saya masih 'bergelut' dengan tugas di tempat baru. So many things,so little time. Tapi yang paling penting, tiada lagi karenah pengurusan yang menyesakkan jiwa seperti yang dialami ditempat kerja dahulu. Kerja dengan hati yang amat senang!


Seminggu dua ini saya asyik bertandang ke kedai-kedai buku dan sempat jenguk jualan penghabisan stok MPH di Kelana Jaya.Tiada apa yang saya dapat bawa balik dari jualan buku MPH kecuali buku Pengembaraan Ibnu Battuta yang dijual dengan harga diskaun paling hebat!


Hujung minggu ini saya nak 'serang DBP! Siapa nak ikut???


Kepada sesiapa yang nak ikut rombongan ke Machang pada 17 -19 Mei ini harap dapat 'confirm' melalui emel kepada saya : adabi99@yahoo.com. Perbelanjaan makan-minum ditanggung sendiri dan sama-samalah kita berkongsi duit petrol,penginapan semasa di sana.




P.S Baru sahaja saya terima sumbangan dari seorang rakan. Alhamdulillah kutipan sudah cecah RM5480!



Friday, May 02, 2008

Saya: Laporan Terkini!

Saya sudah kembali bekerja! :)

Keluarga Daif di Jerantut: Laporan Terkini

Sudah ada dermawan-dermawan menderma sebanyak RM400 untuk keluarga daif di Jerantut. Manakala seorang dermawan sudah 'pledge' untuk sumbangkan RM50 setiap bulan.
Ibu saya sedang usahakan untuk membuka akaun bank untuk keluarga berkenaan.

Projek Perpustakaan Asrama Bakti 25: Laporan Terkini

Alhamdulillah, kutipan setakat ini sudah cecah : RM4980!
Malam ini saya bersengkang mata mengkatalog buku-buku yang sudah dibeli.Esok saya akan ke MPH Clearance Sale di Kelana Jaya untuk mencari buku-buku dengan harga diskaun!