Monday, December 31, 2007

Haworth & Si Kucing Thomas

Pekan Haworth, Bradford, UK. Di sinilah tempat saya selalu berkunjung untuk menenangkan fikiran sewaktu belajar di Bradford dahulu. Pekan ini terkenal dengan Bronte's Parsonage, kediaman adik-beradik Bronte yang menulis karya-karya agung seperti Wuthering's Heights dan Jane Eyre.

Untuk melawat Bronte's Parsonage, saya akan mendaki Main Street (di atas).Kunjungan saya selalu ditemani kucing hitam bernama Thomas yang gerak lakunya seolah-olah dialah datuk bandar pekan Haworth ini. Malah di Pejabat Pos Haworth yang terletak di puncak Main Street, ada satu kerusi khas untuk Thomas berlengkar. Kadang-kadang dia akan berehat di hadapan Bronte's Parsonage, mengawasi pelancong-pelancong yang lalu-lalang di situ.

Yang pastinya, Thomas punyai karakternya tersendiri. Jangan cuba untuk mendekatinya - anda akan dicakar! (Saya sendiri pernah kena!). Biarlah dia datang sendiri kepada anda. Seolah-olah ia memberitahu - hormati saya- kucing kehormat Haworth! Sepanjang lawatan saya ke Haworth, hanya sekali si Thomas berlengkar disebelah saya dihadapan Bronte's Parsonage dan membiarkan sahaja saya mengusap-usap bulunya yang hitam itu.

Kalau anda ke Bradford, Haworth hanya 4 batu jauhnya. Saya cadangkan anda naiklah bas dua tingkat dari Bradford melalui Thornton Road dan tempuhi pekan Keighley kalau tidak silap saya. Jangan lupa juga untuk ambil peluang menaiki keretapi wap Keighley Railways di kaki bukit pekan Haworth.

Hingga kini, Pilgrimage saya ke Haworth dan gelagat si kucing Thomas itu masih segar dalam ingatan saya!












Gambar 1: Main Street, Haworth ehsan Micheal Norris's Photography
Gambar 2: Bronte's Parsonage ehsan http://www.24hourmuseum.org.uk/

2 comments:

ManaL said...

Dear ooo dear ooo dear ooo dear....lovely, indeed....so serene its landscape, so inspiring, one of the best Yorkshire English heritages, no doubt at all!!!!

Though its best be visited during a bright spring or summer days, going there during winter time is much more awe-inspiring with snows literally icing those preserved old rooftops, old English graveyards, the aroma of hot tea and scones with some hints of rose and lavender adding to the titillating ambiance and foggy moors surrounding the area. Saujana mata memandang. U would leave feeling like u have just resurfaced out of your english literature textbook!

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

manal: yes i would recommend to visit during winter.Sayang tak sempat pi tgk wuthering heights punya location.malas nak berjalan kaki lagi!