Di sinilah saya benar-benar mengerti bahawa pendidikan itu adalah hak asasi semua orang tanpa mengira bangsa dan agama dan kerakyatan.
Bangunan ini bekas balai raya.Ibu-ibu yang menunggu di luar balai itu ada yang berjalan berbatu-batu jauhnya semata-mata mahu memastikan anak mereka mendapat hak belajar seperti orang lain.
Cat di dinding sekolah sudah kusam warnanya.Tingkap-tingkap sudah pecah.Kalau hujan,sudah pasti basah lantai di dalamnya.
Ini anak-anak yang dahagakan ilmu. Lapan puluh anak-anak semuanya duduk berhimpit-himpit di dalam setiap satu sesi.Ada tiga sesi persekolahan berlangsung setiap hari.
Anak-anak berumur 6 tahun akan berkongsi meja dengan anak-anak remaja berusia 14 tahun dan belajar ilmu yang sama.
Senyuman mereka senyuman anak-anak yang tidak mengerti mengapa mereka tidak bisa belajar di dalam kelas yang selesa atau belajar ilmu setara dengan umur mereka.
Ilmu kira-kira, membaca, menulis dan pengetahuan Islam ialah empat mata pelajaran utama mereka.
Tak usah ditanya samada keluarga mereka mampu membayar yuran persekolahan yang hanya memerlukan lebih kurang RM40 setiap bulan untuk menampung belanja makan,alatulis dan pemeriksaan kesihatan mereka.
Dosa mereka hanya satu. Mereka dilahirkan bukan sebagai rakyat negeri ini. Mereka dilahirkan sebagai warga Indonesia dan Filipina dan bertaraf pelarian dan PATI.
Inilah cerita pendek anak-anak di "Sekolah Antarabangsa" Kampung Nelayan, Likas,Sabah.
7 comments:
"Dosa mereka hanya satu. Mereka dilahirkan bukan sebagai rakyat negeri ini. Mereka dilahirkan sebagai warga Indonesia dan Filipina dan bertaraf pelarian dan PATI."
itulah masaalahnya kalu kita membezakan status,bahasa dan bangsa .. sedangkan dari gambo terangan kita dapat melihat sebahagian dari mereka memakai tudung .. sekiranya kita memikirkan mereka ini adalah saudara seIslam, sudah pasti anak2 ini tdk spt keadaan skrg .. jom kita bantu, DrBubles proj Feed The Fasting kita kesana ..
jeansLusuh kata : apa ada pd status,bangsa dan bahasa jika Agama Islam diletakkan di bawah sekali ..
Mereka mangsa keadaan. :(
Sebenarnya mereka ini di bawah bidang kuasa siapa, ya? PBB? Indonesia/Filipina? Negara tumpang?
Red tapes aside, pastinya badan-badan amal NGO memainkan peranan penting dalam usaha mengurangkan beban kepayahan mereka.
Nasib pelarian... lebih menghibakan, menjadi pelarian di negara sendiri (baca: Palestina) :(
this reminds me of the movie 'laskar pelangi'... kids wanting to learn even in their less than fortunate conditions. :D
Semoga usaha sdr diberkati Allah
Jeanlusuh: Program Feed the fasting nanti, memang kita akan ke sana.
Puan Umi: teringat cerita Man with No Country.
997: setuju!Anak-anak ini pada saya semuanya laskar pelangi.
Puan Martinelli: Amin!
Dosa kita.
Ya.Dosa kita.
Post a Comment