Tuesday, June 09, 2009

Projek Perpustakaan Darul Hikmah, Gopeng : Terkini

Ketika ini, saya agak sibuk dengan urusan pembelian buku,rak buku dan kelengkapan perpustakaan yang lain untuk projek perpustakaan di Darul Hikmah,Gopeng.

Mengikut perancangannya, kami akan ke sana untuk menubuhkan perpustakaan pada 27 Jun 2009 mengikut program tentatif berikut:

Tarikh : 27 Jun 2009 (Sabtu)

Program:

7.30 pagi - Bertolak ke Gopeng dari Kuala Lumpur

10.30 pagi - Tiba di Darul Hikmah,Gopeng dan terus menyiapkan ruang perpustakaan
serta menyusun buku.

12.00 tengahari - Rehat,makan tengahari dan solat Zohor

2.30 petang - Majlis Penyerahan Perpustakaan

4.30 petang - Pulang ke Kuala Lumpur


Kalau ada sesiapa yang ingin turut sama menubuhkan perpustakaan ini bolehlah berkonvoi kereta ke sana pada hari tersebut.Mohon maklumkan nama anda kepada saya seberapa segera.

Kami juga mungkin perlukan sukarelawan yang arif fotografi untuk mengambil foto semasa program berkenaan. Kalau ada yang berminat untuk membantu, mohon hubungi saya: iskandar@irm.org.my.

5 comments:

nadya.s said...

abg is,

kalau nad takder any event minggu tu, i let u know..almaklom la skarang.. weekend ada je halnya.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Memang benar-benar nak ajak Nad sekali pergi.27th tu kita day trip aje.Balik hari yang sama.At least Sunday ada di KL - boleh selesai urusan lain.

Umi Azuddin said...

Alahai terkilannya tak dapat join 27 haribulan tu :((

I was sooo looking forward to it *sigh*

Tak pe lah, harap-harap boleh join next project in Perak, insyaAllah.

Semoga segala usaha IRM dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Hazyr said...

:(

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Puan Umi:

Amin!

Insya Allah projek seterusnya akan dilaksanakan di kawasan berdekatan.

Ryzah: Sorry..join us after your trip.