Sunday, June 14, 2009

MASKARA bersama Dewangga Sakti

Kumpulan Dewangga Sakti di Showcase MASKARA

Hujung minggu lepas saya sempat menikmati persembahan kumpulan muzik Dewangga Sakti (DS) sempena Showcase Maskara bertempat di Rumah PENA. Saya sudah beberapa kali tidak berkesempatan untuk menghadiri persembahan mereka kerana kesibukan dan Sabtu lepas,tercapailah hajat saya untuk mendengar kembali alunan biola Norman dan petikan gambus si Zul dan mainan alat muzik ahli kumpulan DS yang lain.

Lagu-lagu seperti Kaparinyo dan Lemak Manis terus terngiang-ngiang walaupun sudah seminggu berlalu.

5 comments:

KNizam said...

wahhhhhh mmg saktilah !

Anonymous said...

Sopan santun, anak melayu
senyum terukir, senyum terukir bila disapa
Salam pantun, ku kirim rindu
rindu mengalir, rindu mengalir di dalam kata

Lemak manis ala amboi amboi
Santan kelapa ala amboi amboi
Ku pandanglah manis ala amboi amboi
Anak siapa

indah bahasa lagunya
yang manis tu akulerr
jeansLusuh

Syamsulfaiz said...

Lagu Lemak Manis tu memang sempoi kan. Salute bro Roslan Madun punya lenggok suara.

drbubbles said...

Knizam: Super Sakti!

Jeanlusuh: Bila nak dapat laptop baru ni?

Syamsulfaiz: Sempoi habis!

Anonymous said...

ntahlah .. kapal yg bawak dari oversea kena culik dgn lanun Pirate of Caribbean agaknya .. hangin satu badan ..

jeansLusuh