Thursday, March 31, 2011

RM3000 & Durian Gugur!

Alhamdulillah. Dana bagi menubuhkan perpustakaan di Teratak Rahmat, Perlis sudah mencapai RM3000. Masih banyak lagi dana yang diperlukan namun saya yakin ia akan dapat dicapai kelak. Insya Allah. 

Siang tadi, Pak Manaf, pengasas Rumah Anak Yatim dan Miskin Nurhidayah di Kg.Cheh menelefon saya. Orang tua itu saya kenali rapat sejak saya dan kawan-kawan bertandang ke sana bagi menubuhkan perpustakaan di rumah itu pada tahun 2008. (lihat foto-foto di dalam entri ini).

Tiap-tiap tahun selepas itu, saya sering ke sana sama ada atas tugas rasmi atau sekadar melawat beliau dan keluarganya.

Rupa-rupanya beliau menelefon semata-mata kerana mahu mengundang saya dan kawan-kawan kembali ke sana bagi menikmati durian yang sedang meluruh di kawasan Bukit Gantang.

"Tidur sahaja di rumah saya nanti," katanya.

"Sekarang, baru sedikit durian gugur. Minggu depan banyak lagi durian akan gugur."

"Baiklah, nanti saya khabarkan kepada kawan-kawan."

Hmm... undangan yang sangat-sangat menarik bagi penggemar durian!


Blogger pencinta buku, Tuan Jiwarasa dan Pak Manaf
 ketika kami menubuhkan perpustakaan di Rumah Nurhidayah
pada tahun 2008.


Cuba 'menjual' buku Travelog Haji kepada sahabat saya,
saudara Nasrun.


Anak-anak di Rumah Nurhidayah sedang khusyuk membaca.

Puas! Pada tahun 2010,
saya kembali ke sana dengan lebih banyak buku!


Bagi tuan dan puan yang ingin menyumbang dana bagi menjayakan projek perpustakaan di Teratak Rahmat, Perlis, tuan dan puan boleh menyalurkan sumbangan dana kepada akaun Maybank di bawah ini.

MBB: 162188016529 - Iskandar Syah Ismail.
(Slip bank-in boleh dikirimkan kepada saya melalui emel: adabi99@gmail.com)

Terima kasih!


DR Bubbles
drbubbles.blogspot.com











Wednesday, March 30, 2011

The right path


When you look at the image, you know this is the right path all along.

Photo's caption: Michael Christensen aka DR Stubs, the founder of Big Apple Clown Care Unit and Carmillo, patient turned clown. (Photo credit: LIFE Magazine, August 1990.)



Sunday, March 27, 2011

Projek Perpustakaan Teratak Rahmat: Ruang Kosong & Dana terkumpul

Ruang Kosong

Inilah ruang di dalam dewan pengajian Persatuan al-Islah yang dicadangkan untuk dijadikan ruang perpustakaan Teratak Rahmat. Luasnya 20 kaki persegi. Ia sangat sesuai.


Ruang ini mengingatkan saya kepada ruang kosong di rumah-rumah anak yatim yang pernah saya kunjungi dahulu bagi melihat keperluan perpustakaan di situ.

Berdasarkan pengalaman lalu, ruang kosong ini menggambarkan kesungguhan pengurusan rumah-rumah anak yatim yang mahu melihat anak-anak yatim bersahabat dengan buku.

Saya masih ingat kata-kata Hj. Jamal Din, pengurus rumah anak yatim Darul Hikmah di Gopeng,

"Kami memang sengaja membiarkan bilik yang luas ini kosong semata-semata kerana pada suatu hari nanti, ia akan dijadikan ruang perpustakaan."

Ustaz Yuzrim dari rumah anak yatim An-Nur Maisarah, Chemor pernah bercerita,

"Apabila anak-anak yatim di rumah ini mendapat tahu bahawa ada dermawan mahu menubuhkan perpustakaan di sini, mereka begitu teruja. Mereka beramai-ramai tanpa disuruh-suruh mengosongkan dan mengemas stor di tepi pejabat ini untuk dijadikan ruang perpustakaan."

AJK Biro Pendidikan Teratak Rahmat yang juga sahabat sekuliah kelas terjemahan di Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Tuan Hazman Hassan pula memberitahu,

"Jika tuan dan kawan-kawan membantu mencari dana bagi membeli buku, kami pula akan menyediakan bilik perpustakaan dengan mendirikan dinding ber'plywood' di ruang itu."

Menurut Tuan Hazman lagi di dalam dewan ini, terdapat sebuah bilik yang dijadikan sebagai stor menyimpan buku-buku agama dan ilmiah. buku-buku ini kebanyakannya buku-buku ilmiah dan agama kepunyaan peribadi beliau.

Justeru, walaupun kuantitinya banyak, namun buku-buku ini tidak sesuai untuk bacaan mereka. Meskipun begitu, anak-anak yatim gemar berlegar-legar di dalam ruang ini untuk membaca.


Seorang penghuni Teratak Rahmat tekun membaca buku. Kebanyakan buku di sini dalam genre ilmiah dan agama dan hanya sesuai untuk bacaan dewasa.

Buku-bukunya tebal, namun ia tidak sesuai untuk bacaan mereka.

anak-anak yatim perempuan di Teratak Rahmat.

Sebahagian daripada anak-anak yatim di Teratak Rahmat. Jumlah penghuni di sini ialah 32 orang. Ada 17 orang penghuni lelaki dan 15 perempuan.

Ruang kosong, dan anak-anak yang menyukai buku membuatkan saya benar-benar teruja!


Dana terkumpul

Alhamdulillah, sehingga kini dana terkumpul bagi menubuhkan perpustakaan di Teratak Rahmat sudah mencapai RM2200.

Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah menderma. Semoga Allah memurahkan rezeki tuan-tuan. Amin!

Bagi tuan-tuan mahu menyumbang dana bagi menjayakan projek ini, sumbangan dana boleh disalurkan kepada akaun Maybank saya:

MBB: 162188016529 - Iskandar Syah Ismail.

Slip bank-in boleh dikirimkan kepada saya melalui emel: adabi99@gmail.com.

Terima kasih!




DR Bubbles


Friday, March 25, 2011

Anak yatim, tembikai dan sambal udang petai

Beberapa minggu yang lalu, seorang rakan blogger menghubungi saya. Sahabat beliau, Puan D, seorang saudara baru, berhajat untuk menjamu makan anak-anak yatim. Bagi menyampaikan hajat beliau, saya mencadangkan supaya beliau menjamu anak-anak yatim dan fakir di Janda Baik pada hari semalam, 24 Mac 2011.

Pada hari Khamis, malam Jumaat, sudah menjadi kebiasaan di rumah Puan Ainon Mohd. dan Prof. Abdullah Hassan di Janda Baik, anak-anak yatim dan fakir bersama-sama bersolat jemaah Maghrib dan Isyak, bertahlil dan kemudiannya menjamu selera di rumah mereka.

Kali pertama saya menghadiri majlis itu pada bulan Ramadan tahun lepas. Ia suatu pengalaman yang menarik!

Pada mulanya, sukar mempercayai apabila Puan Ainon memberitahu, " Bagi menjamu anak-anak yatim ini pada malam Jumaat, bajet RM120 sudah mencukupi."

Bagi menjamu anak yatim dan fakir ini, menu a tidak memerlukan makanan yang mewah-mewah seperti nasi biryani dan sebagainya. Makanan yang mereka suka makan ialah nasi berlaukkan sambal tumis udang dan petai, dan buah tembikai. Ia sudah memadai.

Pagi semalam, awal-awal lagi saya sudah keluar ke bandar mencari buah tembikai dan petai. Makanan itu sukar didapati di Janda Baik. Saya segera menuju ke Pasar Chowkit untuk membeli petai. Buah tembikai sudah dibeli di pasar raya berhampiran rumah.

Harga petai memang mahal! Seikat dengan 3 papan petai harganya RM5. Saya menawar-nawar harga dengan penjual. Beliau memberikan harga RM4.50 seikat, jika dibeli dengan kuantiti yang banyak. Saya bersetuju dan membeli 12 ikat petai kesemuanya. Sambil menunggu beliau membungkus petai, saya meninjau-ninjau sayur-sayuran di gerainya. Saya benar-benar tertarik hati melihat pelbagai sayuran yang belum pernah saya lihat sebelum ini.


Limau Pagar.

Jerangau.

Serai wangi.


Daun Salam (Bay Leaves)

Sedang asyik melihat daun-daun yang unik itu, tiba-tiba penjual sayur itu menghulurkan beberapa not RM. Beliau berkata, " Saya mahu bersedekah untuk anak-anak yatim."

Saya menjawab, " Semoga Allah memurahkan rezeki tuan! Amin!"

Saya bertolak ke Janda Baik selepas Asar, petang semalam. Tiba sahaja di sana sekitar jam 5.30 petang, saya segera membantu Cik Kam dan Cikgu Dol di dapur.


Selepas selesai tugas membantu mereka di dapur, saya meluangkan masa merendam kaki di dalam sungai di hadapan Sakinah Lodge, tidak jauh dari rumah Puan Ainon.

Malam tadi, selepas solat maghrib, saya berpeluang buat pertama kali mendengar kuliah bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Junaidi. Kami belajar tentang pengertian Tauhid di dalam hidup. Saya banyak belajar daripada beliau malam tadi.

Sebahagian daripada anak-anak yatim dan fakir yang menghadiri majlis.

Selepas solat Isyak, Ustaz Junaidi memimpin bacaan doa. Kami sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan hidup Puan D sekeluarga. Semoga Allah memberikan kekuatan dan ketabahan kepada beliau ketika menghadapi segala ujian Allah. Amin!


Ah, si Kurap pun ada!

Pucuk Gajus dan ulam-ulaman yang dipetik dari kebun oleh Cikgu Dol.

Tembikai. Licin!

Sambal tumis udang dan petai. Juga habis licin!

Sambal tumis udang dan petai termasuk dalam makanan kawalan!

Sebahagian daripada anak-anak yatim pada majlis malam tadi.

Sempat menambah sambal!

Anak-anak perempuan duduk dan makan di suatu sudut.

Anak-anak lelaki bersila dan makan di suatu sudut yang lain.

Saya suka membaca komen Puan Ainon Mohd. di dalam Facebook beliau,

"Moga-moga doa yang dibacakan untuk Puan D dikabulkan. Mudah-mudahan kehidupan barunya dalam Islam memberikan beliau rezeki dan kebahagiaan yang melimpah ruah. Amin!"

Saya mengaminkan doa beliau dan menulis,

"Beliau seorang yang sangat bertuah!"

Wednesday, March 16, 2011

Projek Perpustakaan DR Bubbles di Teratak Rahmat, Perlis




Apabila saya menyemak kembali entri-entri di blog ini saya memulakan usaha menubuhkan perpustakaan di rumah anak yatim Bait al-Amin, Parit, Perak pada bulan Ogos 2007. Entrinya boleh dibaca di sini.

Diusahakan secara peribadi dengan kerjasama teman-teman, kami berjaya menubuhkan lima buah perpustakaan rumah anak yatim di Rumah Nurhidayah di Taiping, Rumah Nur Zaharah di Janda Baik, Asrama Anak Yatim di Machang, dan di Rumah Rukaiyah, Bangi.

Ketika saya bertugas di Islamic Relief Malaysia dan terus mengelolakan projek ini di bawah panji Islamic Relief, Alhamdulillah sebanyak 14 buah perpustakaan berjaya ditubuhkan melalui sumbangan korporat dan awam. Saya bersyukur!

Apabila saya meletak jawatan di Islamic Relief baru-baru ini, saya tidak berniat untuk meneruskan usaha ini lagi dan menganggap ianya sebagai salah satu legasi hidup saya. Tibalah masa bagi saya menumpukan perhatian kepada usaha-usaha saya yang lain dan sekadar berkongsi pengalaman ini dengan mereka yang berminat.

Justeru, baru-baru ini saya sempat berkongsi pengalaman dengan para sukarelawan dari Yayasan SALAM Malaysia yang berminat mengusahakan inisiatif penubuhan perpustakaan di rumah kebajikan. Alhamdulillah, ketika ini, terdapat dua inisiatif penubuhan perpustakaan yang sedang diusahakan oleh para sukarelawan itu.

Misalnya, sukarelawan SALAM Pahang kini sedang mengumpul dana bagi menubuhkan sebuah perpustakaan mini di Rumah Anak Yatim Curahan Kasih Sayang (RACKSI). Terbaru, sukarelawan SALAM di Selangor sedang mengusahakan projek perpustakaan komuniti Orang Asli di Serendah.

Namun baru-baru ini, saya menyedari bahawa usaha yang murni ini tidak harus berhenti begitu sahaja. Masih banyak rumah anak yatim yang tidak mempunyai perpustakaan. Saya masih mengingati visi projek ini,

"Semoga semua rumah anak yatim mesti mempunyai sebuah perpustakaan!"


Justeru, saya kini sedang mengumpul dana sebanyak RM30,000 bagi menubuhkan perpustakaan di Teratak Rahmat, sebuah pusat jagaan anak yatim dan miskin yang diusahakan oleh para sukarelawan di Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah, KM. 1.2, Mata Ayer, Perlis. Blog Teratak Rahmat boleh dilayari di sini.

Jika tuan/puan mahu menyumbang dana bagi membeli buku-buku dan rak buku bagi menjayakan projek ini, sumbangan dana boleh disalurkan kepada akaun Maybank saya:

MBB: 162188016529 -Iskandar Syah Ismail.

Slip bank-in boleh dikirimkan kepada saya melalui emel: adabi99@gmail.com.

Terima kasih.


DR Bubbles, 'the library maker'.
Blog: drbubbles.blogspot.com

Tuesday, March 15, 2011

Kata Anna Quindlen

Saya ketawa kecil apabila membaca kata-kata kolumnis New York Times dan penulis, Anna Quindlen,

"I would be most content if my children grew up to be the kind of people who think decorating consists mostly of building enough bookshelves."

dan kembali tersenyum apabila beliau menyatakan,

"Books are the plane, and the train, and the road. They are the destination, and the journey. They are home.


I have stopped asking why...

I have stopped asking why they can't help a boy to save his eyes,

I have stopped asking why there is no books for the kids to read,

I have stopped asking why they can't afford to send their boys to a good school,

I have stopped asking why the systems does not work,

I have stopped asking why because it much easier for me to make things happened or change it.

Friday, March 11, 2011

Menterjemah!




Buku ini mengubah hidup saya.

Dan hari ini saya diberi kepercayaan untuk menterjemahnya ke dalam Bahasa Melayu.

Alhamdulillah.


Thursday, March 10, 2011

Kembali menubuhkan Kutub Khanah: Sukarnya untuk memilih!

Foto: Sumbangan buku pertama pada tahun 2007 untuk anak-anak yatim Bait Al-Amin, Parit, Perak.

Menubuhkan perpustakaan di rumah-rumah anak yatim bukan tugas yang mudah terutamanya ketika mengenal pasti rumah yang sesuai dan layak untuk itu.

Saya pernah dikritik kerana memilih sebuah rumah yatim yang dikatakan sudah mewah infrastrukturnya. Ia hampir membuatkan saya berputus asa.

Besarnya bangunan rumah anak yatim itu bukan kriteria pengukur utama. Kita harus melihat dari sudut yang berbeza.

Bayangkan jika kita menetapkan syarat pemilihan rumah anak yatim untuk projek perpustakaan bahawa kita harus mencari rumah anak yatim yang benar-benar miskin sahaja.

Jika ditanya dari hati ke hati dengan pihak pengurusan rumah anak yatim seperti itu, perpustakaan jauh berada di bawah dalam senarai keutamaan mereka. Apa yang mereka mahukan adalah bantuan kewangan, makanan, dan kebiasaannya, mereka mahukan dana untuk membina bangunan yang kukuh dan selesa bagi anak-anak yatim itu berlindung.

Mungkin benar pendapat bahawa manusia perlukan makanan, tempat tinggal yang selesa sebelum berfikir mahukan sebuah rak buku di dalam rumah.

Apa yang pentingnya, kita perlu bertanya dahulu kepada pengurusan rumah anak yatim, apakah keperluan mereka yang sebenarnya.

Pernah sekali, kami bertanya pada pengurusan sebuah rumah anak yatim di Kelantan sama ada mereka memerlukan perpustakaan untuk kegunaan anak-anak yatim. Jawab beliau, " Kami perlukan cat untuk dinding asrama kami."

Kami tidak mengendahkan saranan beliau itu. Akhirnya kami sedar walaupun pahit kenyataannya, mereka belum bersedia untuk menerima sebuah perpustakaan, walau yang kecil sekalipun.

Pernah juga saya bertanya kepada pengurus rumah anak yatim di pinggir ibu kota. Jawab beliau, " Ruang kami kecil sahaja. Kami rasa ia tidak sesuai." Saya amat menghormati pandangan beliau itu. Beliau ikhlas memberitahu apa yang mereka benar-benar perlukan.

Pada pandangan saya, rumah anak yatim yang benar-benar memerlukan perpustakaan boleh dilihat dari minat dan kesungguhan mereka. Tidak kiralah sama ada rumah anak yatim itu besar dan mewah atau kecil dan daif.

Saya masih tersenyum setiap kali mengingati cerita bagaimana anak-anak yatim di Yayasan An-Nur Maisarah, Chemor, Perak mengambil inisiatif membersihkan bilik stor untuk dijadikan perpustakaan mereka.

Saya juga gembira apabila melihat rumah anak yatim Darul Hikmah di Gopeng, Perak menyiapkan ruang perpustakaan yang terbengkalai sejak sekian lama, menjadi ruang yang sungguh selesa, apabila kami bertandang membawa buku-buku dan rak bagi menubuhkan perpustakaan mereka.

Malah saya berasa sungguh terharu apabila pengurus rumah itu memberitahu, "Perpustakaan ini bukan sahaja untuk keperluan anak-anak rumah ini, namun juga dibuka untuk anak-anak kampung di sini."

Melihat anak-anak yatim itu berebut-rebut memilih buku yang sedang dikeluarkan daripada kotak setiap kali kami menubuhkan perpustakaan adalah momen yang sukar dilupakan.

Hati saya berkata,

"Ah, pedulikanlah semua pengkritik. Saya buat semua ini bukan untuk memuaskan hati mereka!"

Dalam masa yang sama, saya merenung jauh ke dalam hati, betapa ruginya anak yatim yang keluar daripada rumah anak yatim apabila mencecah umur 18 tahun, akan terus miskin ilmu pengetahuannya dalam menempuh alam dewasa. Dan kita pula mampu mengubahnya.

Justeru, perpustakaan itu penting bagi setiap anak yatim tidak kira sama ada mereka tinggal di rumah anak yatim yang besar bangunannya ataupun tidak.

Mari kita meraikan hak mereka sebagai pembaca!

Wednesday, March 09, 2011

Kembali membina kutub khanah




Kata seorang sahabat baik, "Usahakan kembali projek perpustakaan. That's your passion."

Saya tergamam. Sungguh benar kata-katanya itu.

Esok pagi saya memulakan tugas itu kembali dengan menghubungi rumah anak yatim.

Friday, March 04, 2011

The joy of solitude


"I should be able to live exactly as I chose, ­obedient to no necessities but those imposed by wind and night and cold, and to no man's laws but my own." ~ Richard Byrd~.

Photo credit: Murdo Mcleod, The Guardian




Tuesday, March 01, 2011

Demokrasi di Hulu Vermont!



Saya tidak pernah ke Vermont, sebuah negeri di wilayah New England yang terletak di timur laut Amerika Syarikat.

Negeri yang paling dekat dengan Vermont yang saya pernah jejaki ialah Maine. Maine berjiran dengan Vermont.

Ruangan jenaka, 'Laughter is the best medicine' di dalam majalah Reader's Digest yang saya pernah baca semasa kecil dahulu banyak merujuk kepada kisah-kisah kebijaksanaan penduduk desa di Vermont. Sering saya ketawa terkekek-kekek apabila membaca anekdot kepintaran bersahaja orang-orang hulu desa dari Vermont ketika berinteraksi dengan orang-orang dari kota.

Kepintaran bersahaja mereka itu bisa membuatkan orang-orang kota yang angkuh dan ego itu terdiam.

Saya bernasib baik kerana dapat bertemu dengan orang Vermont semasa belajar clowning di Maine, 6 tahun yang lalu. Rakan sekuliah, Brent McCoy, penjugel hebat yang boleh menjugel 3 sehingga 5 kon sekaligus, berasal dari sana.

Brent sedang menjugel diabolo.


Beliau bercerita tentang keunikan tanah tumpah darahnya, Vermont, di Facebook sebentar tadi.

Menurutnya, setiap tahun, orang-orang di Vermont akan berkumpul di dewan perbandaran dan berpeluang untuk mendengar isu-isu politik tempatan diperbahaskan oleh ahli politik tempatan.

Yang menariknya, mereka hanya perlu mengangkat tangan dan menyatakan, Aye! jika bersetuju bagi menyatakan sokongan dan Neh! jika membantah.

Demokrasi di hulu Vermont rupa-rupanya semudah itu!



Kredit foto pemandangan Vermont: www.concierge.com