Wednesday, June 17, 2009

Nilai 1000 ekor itik


Bayangkan bagaimana 1000 ekor itik boleh membela 60 orang anak yatim.

Ini idea yang sungguh mudah tetapi luar biasa.

Baru-baru ini, saya berkesempatan melawat Banda Aceh sebahagian daripada tugasan untuk meninjau potensi pembiayaan dana projek pembangunan semula Aceh selepas 5 tahun dilanda bencana Tsunami.

Kami sempat melawat sebuah asrama anak yatim di pinggir kota Banda Aceh dan bertemu dengan pengurus asrama berkenaan yang bernama Ustaz Sarwo Edhie (mengingatkan saya kepada seorang tokoh besar militer Indonesia).

" Kami tidak mahu diberi dana untuk biaya anak-anak yatim ini", tegasnya.

"Selama mana kami harus mengharap belas ihsan orang lain.Kami harus berdikari,pak".

"Berikan kami biaya untuk membeli 1000 ekor bebek (itik) telur", ujarnya.

Melihat kami terpinga-pinga, beliau menjawab persoalan di hati kami,

"Begini pak, dengan 1000 ekor itik yang boleh bertelur,kami boleh menjual telurnya ke pasar.Harga telur itik mahal di Aceh.Kami sudah membuat kira-kira dengan 1000 ekor itik,kami bisa membiayai sara hidup 60 orang anak-anak yatim Aceh!"

"Bagaimana dengan kos makanannya kelak?",kami bertanya lanjut.

"Oh,mudah sahaja pak.Itik-itik ini suka makan keong (siput babi). Petani-petani di sekitar tempat ini tentu suka sekali kalau siput-siput babi yang selama ini merosakkan tanaman mereka berjaya dihapuskan dengan adanya itik-itik ini", beliau memberikan jawapan.

Tanpa menunggu kami untuk terus menyoalnya, dia menerangkan,

"Lagipun,membela itik ini mudah.Tidak perlu ruang yang luas.Paya di sebelah asrama ini akan menjadi tempat mereka mencari makan.Lagipun itik-itik ini biasanya tahan penyakit".

Dia menambah,

"Anak-anak yang lasak ini pula suka menjaga itik-itik ini dan setiap petang mereka akan mencari siput di kebun-kebun untuk dijadikan makanan itik".

Saya kagum dengan mereka kerana menyelesaikan masalah yang kompleks dengan cara yang paling mudah dan murah.

8 comments:

Kama At-Tarawis said...

Ya Allah, terkedu saya baca entry ni. Semoga Allah swt beri rahmat kepada mereka yg mengusahakan penjagaan anak2 yatim ni... Saya dah involved dengan voluntary work dah bertahun, raising funds for causes like this, tapi ini kali pertama saya baca tentang betapa serious they want to stand on their own feet instead of waiting for handouts.. sejuk hati membacanya..

Umi Azuddin said...

MasyaAllah.
Berdaya usaha. Bagusnya!

Indah Cuma Seketika.... said...

salam....terus kesudahannya...apa mereka udah memiliki bebek 1000 ekor yang mereka maukan...kalau belum ....ada carakah untuk meyumbang dana tuk membeli bebek tersebut...

makasih sebelumnya...

Anonymous said...

yuk kita ke acheh, bisa bisa saja kita cuba membantu, lagi elok jika mereka mempunyai pemikiran sebegini, ngak mau disuap selalu tetapi lebih ingin berdikari, kalau di Acheh berapaa yea harga seekor bibiknya

jeansLusuh

Siti Khadijah said...

Wow what a brilliant idea. If you need donation to buy the itik please e-mail me at yfarina@gmail.com.

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan Dr.

Mengapakah link foto itik itu terputus apabila saya pautkan ke blog saya http://universitipts.com

Mula-mula ok, kemudian putus.

Beberapa kali saya ulang, begitu juga...

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Puan Ainon,

Cuba gantikan link itu dengan yang ini:

http://photos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs119.snc1/4745_85559618243_537923243_1943809_8283333_n.jpg

Anonymous said...

Saya teringat kisah Abdul Rahman bin Auf. Beliau ditawarkan harta dan isteri untuk membina kehidupan baru di Madinah tetapi menolak tawaran itu. Sebaliknya beliau bertanya di mana letaknya pasar Madinah agar beliau dapat berdikari dengan mengusahakan perniagaannya sendiri.

Haeqal Zulqarnain