Wednesday, June 24, 2009

Saya dan perpustakaan


Perpustakaan SK Penjom.

Saya dan perpustakaan amat akrab.

Semasa saya kecil, perpustakaan di Sekolah Kebangsaan Penjom di mana bapa saya bertugas sebagai guru besar (jawatan yang tidak besar gajinya pada waktu itu) merupakan 'stor kanjus' saya setiap petang.Kerani sekolah, Pak Zabaruddin yang pandai menari Zapin itu sudah faham benar apabila saya datang ke pejabat sekolah selepas waktu sekolah,beliau akan memberikan kunci perpustakaan.Saya akan memulangkannya dengan menyusupkan kunci di bawah pintu pejabatnya apabila sudah selesai menggunakan perpustakaan.

Di dalam perpustakaan itulah, saya khayal ‘mengembara’ ke serata dunia dengan membaca buku-buku Enid Blyton, Thomas The Tank Engine, Ensiklopedia dan himpunan buku-buku Penguin Books.

Mengingati zaman kanak-kanak yang indah itu juga, saya pasti tidak sabar menunggu ketibaan hari Sabtu.Hari itu istimewa kerana kebiasaannya hari inilah peluang bagi kami sekeluarga keluar dari Kg.Penjom untuk menikmati buku di kutub khanah desa di bandar Kuala Lipis, Pahang.

Sementara menunggu ibu bapa saya membeli barang-barang di pasar, kami ditinggalkan mereka di bangunan kayu usia berpuluh tahun itu bersebelahan dengan Kuil Hindu,dan dengan penuh gembira kami membaca buku dan memilih buku-buku untuk dipinjam selama dua minggu.


Perpustakaan JB Priestley,University of Bradford. (Gambar disalin dari sini)

Cinta saya kepada perpustakaan terbawa-bawa sehingga dewasa.Saya masih ingat meneroka rak-rak buku di J.B.Priestley Library di University of Bradford mencari karya puisi Pablo Neruda di tingkat dua sedangkan saya seharusnya berada di tingkat satu di rak-rak buku kejuruteraan!

5 comments:

akuatik said...

sama la kita...buku yang perlu dibaca bertimbun-timbun..buku lain jugak yang menarik hati huhuhuhu

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Atikah,

Saya sudah cukup benci melihat kitab Coulson Richardson sampaikan tak mahu tengok bila ternampak di kedai buku.Fobia!

awit said...

r u a librarian at star? I can't remember. Dulu slalu misuse library mostly for tidor la coz library jer a place that sume orang boleh access and ada air con

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Awit: saya dulu bukan librarian.Dulu saya pun sama.Ini agaknya "taubat" saya..hehe

Anonymous said...

dr bubbles, saya sekarang guru PSS di sk penjom, sy ingin sekali menaikkan nama PSS dan SK Penjom..bantu lah saya..teacher zurahana