Saturday, January 05, 2008

Projek Perpustakaan Mini Rumah Nur Zaharah,Janda Baik











Saya di Kedai Buku Koperasi DBP tengahari tadi setelah berpusing-pusing mencari jalan masuk namun tak jumpa.Jalan disekeliling DBP ditutup.Terpaksalah parkir di belakang Wisma Mirama.

Saya ke sana untuk membeli buku-buku untuk projek perpustakaan mini Rumah Badan Amal Nur Zaharah, Janda Baik,Pahang. Di dalam poket ada RM660.Sambil membelek-belek buku,saya fikir elok juga saya khabarkan kepada kawan-kawan melalui SMS mengenai projek ini. Hampir semua kawan-kawan saya SMS mengajak kalau-kalau mereka sudi untuk menyumbang buku.

Padan muka saya!Bertalu-talu SMS datang membalas sampai tak sempat nak membelek buku lagi lalu saya bertenggek di kaunter bayaran membalas SMS rakan-rakan yang rata-rata menyatakan ingin turut sama membantu.

Ada yang 'pledge' RM50, ada yang ingin derma RM100. Ada juga seorang rakan yang baru bertemu semula baru-baru ini selepas beberapa tahun memberitahu, dia suntuk wang ketika ini - isteri masuk hospital. Saya kata selesaikan dulu urusan yang utama. Yang penting, mahu dan ikhlas untuk bantu.

Namun, dalam banyak-banyak SMS, ada seorang kawan yang hampir buat saya sakit jantung (2 kali!).Dalam masa 2-3 minit sahaja, dia berjaya 'pujuk' bosnya untuk menderma.Katanya, "fundraising is fun!".Macam-macam.
Namun saya amat hargai usahanya itu kerana sudi war-warkan kepada orang lain untuk turut sama membantu. Begitu juga yang lain. Bukan nilai derma yang menjadi keutamaan tetapi 'the thoughts that counts'.

Bayangkan dalam masa sejam itu, kutipan sudah cecah lebih daripada RM3000! Saya dengan wajah berseri-seri menarik-narik buku-buku dari rak ke dalam troli.

Ayuh, kalau ada sesiapa lagi yang ingin bantu, silakan! Saya belum tetapkan deadlinenya lagi. Kalau dananya lebih, silap-silap kita boleh bina perpustakaan mini di rumah anak yatim yang lain pula.


Maklumat akaun untuk sumbangan: Maybank (162188016529) atas nama Iskandar Syah Ismail.

No Tel: 019-6925192 atau email adabi99@yahoo.com.






No comments: