Thursday, January 03, 2008

Remembered: The History of the Commonwealth War Graves Commission












Ketika membelek-belek buku di Times The Bookshop, saya tidak dapat menahan nafsu untuk membeli Remembered: The History of the Commonwealth War Graves Commission. Harganya ialah RM197.90. Walaupun buku ini ialah paling mahal yang saya pernah bayar tapi saya cukup puas hati!

Lautan bunga poppies di kulit buku mengingatkan saya kepada puisi terkenal zaman perang besar (The Great War) seperti In Flanders Fields oleh John McCrae dan juga karya-karya puisi seorang lagi penyair zaman tersebut iaitu Wilfred Owens.

Buku ini berkisar tentang sejarah dan latar belakang tanah perkuburan dan tugu kenangan yang dikelolakan oleh Commonwealth War Graves Commission di seluruh dunia termasuk Malaysia. Setakat ini, saya sudah melawat Commonwealth War Graves (CWR) di Taiping, Perak dan sejak itu saya sentiasa menyimpan impian untuk melawat semua CWR di dunia terutamanya di Somme,Belgium dan Normandy,France.

Ada sesiapa nak ikut?

5 comments:

pugly said...

*angkat tangan*

Kita suruh Jules cover travelling expenses, nak? Dia kan ada company sendiri :-P

Unknown said...

drbubbles,
hi there. erm, rm197.90? boley tahan jugak. mau kopak dompet hahaha. But good books, deserves it eh?

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

pugly: hehe..good idea!

akmal: orang tukar handphone RM700 - RM1000 selamba aje kan?hehehe..adakah anda salah satu daripada mereka?

Orang kita berkira bila nak invest untuk beli buku.nak buat macamana.ni tgh idam buku pengembaraan ibnu battuta terbitan IKIM.Harganya RM250!

Anonymous said...

GULP!! RM197.90?? Dua ratus lah tuh...

Tsk tsk tsk... (shaking my head left and right)

But I understand... if you are bitten by the bug of reading, you couldnt care less about the money (read: esp when you dont have enough)

Every month I would look at my credit card statement and usually it's something like this:-

Kinokuniya 200
Petronas Setiawangsa 100
MPH BV 80
Times KLCC 170
MPH
MPH
MPH
Times
Kino
Petronas


And it goes on like that for years. Sigh.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Elviza: Gulp!hehe..i told the cashier.."ok ok pejam mata and swipe that card quickly before I change my mind!".

Hehehe..my statement is quite similar. Kalau boleh collect points dari all these bookstores dah kaya dah!