Thursday, April 24, 2008

Mesin Kentut!

Menghiburkan anak kecil yang cacat penglihatan adalah salah satu cabaran bagi setiap badut hospital.

Saya akan hadapi cabaran sebegini di Tanjung Simpang Mengayau Sabah pada hari Ahad ini sempena meraikan sambutan hari jadi adik Elisha Thovuud, 10 tahun yang menghidap medullablastoma atau barah otak sejak berumur 7 tahun.

Terima kasih kepada Hilary Chaplain, sahabat saya di Seattle,WA yang berpengalaman luas dalam tugasnya sebagai 'clown doctor' Big Apple Circus Clown Care Unit kerana sudi melontarkan idea-idea & pandangan untuk tugasan saya kali ini.

Pastinya, 'fart machine' akan menjadi senjata utama untuk menggeletek adik Elisha kelak!

Dalam masa yang sama pesan Jeannie Lindhiem, " Being present!" akan sentiasa bernyanyi-nyanyi di dalam kepala saya kelak.

Err..ada siapa nak ganti tempat saya tak? Hehe........

p.s Entri berkenaan projek perpustakaan di Machang akan dikemaskini sekembalinya saya dari Sabah minggu depan.

Tuesday, April 22, 2008

Projek Perpustakaan:Derma Buku melalui ummikusayang.com

Anda jua boleh membeli buku di ummikusayang.com dan mendermanya untuk projek perpustakaan ini.Buku-buku yang diderma akan disimpan oleh pihak ummikusayang.com nanti sebelum saya datang ke sana untuk mengambilnya kelak.

Tarikh akhir untuk membelinya ialah 9 Mei 2008.Anda boleh beli buku secara online atau datang ke terus Ummiku Sayang Books & Boutique di USJ10,Subang Jaya.

Terima kasih banyak-banyak kepada elisataufik dan pihak ummikusayang.com kerana sudi membantu dalam hal ini.

Sunday, April 20, 2008

Daif

Saya 'balik kampung' ke Jerantut semalam.Tiba sahaja di rumah orang tua saya, terlihat beg plastik barang-barang dapur seperti gula,biskut,beras sudah ada di pintu rumah. Orang tua saya sedang bersiap untuk keluar. Mereka terus mengajak saya mengikuti mereka melawat rumah seorang ibu tunggal di Kg. Sungai Badak,Jerantut, 10 kilometer dari bandar Jerantut.

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah ibu tunggal itu, ibu saya bercerita lanjut tentangnya: Ada 7 anak. Menumpang rumah dan tanah milik orang (Cikgu Zizah, kawan bapa saya).Anak yang sulung berusia 20 tahun sudah berhenti sekolah dan terpaksa bekerja menyara keluarga. Suami meninggal dunia setahun lepas. Anak kedua, lelaki. Berusia 16 tahun. Sangat pemalu sampaikan tak keluar bilik bila dipanggil-panggil ibunya semalam.Anak yang sulung tiada di rumah. Kata ibunya, sedang bekerja membantu kawannya membuat kerja kontrak memasang pagar di kampung berdekatan.

5 anaknya yang lain masih bersekolah.Anak lelaki di dalam foto yang saya ambil semalam ini dalam Tingkatan 2. Tahun depan akan duduki peperiksaan PMR. 3 anak perempuannya dalam Darjah 5,Darjah 3 dan Darjah 1 masing-masing.

Hari ini, bapa saya mengupah anak sulungnya itu membersihkan dusun kami di Kg. Som tidak jauh dari situ. Sekurang-kurangnya, upah yang tidak seberapa itu dapat meringankan beban mereka.

Dalam perjalanan pulang, bapa saya tiba-tiba bersuara,

"Banyak dah tengok orang susah, tetapi yang ini buat saya tersentuh hati".

Kalau ada sesiapa nak bantu, saya alu-alukan. Hubungi saya di : adabi99@yahoo.com. Kalau nak bantu dari segi dana, biarlah kecil tetapi berterusan (sustainable).

Friday, April 18, 2008

Projek Perpustakaan Asrama Bakti Batu 25,Machang: Terima cek!











Hari ini saya menerima surat dan cek yang dihantar melalui kurier antarabangsa.Tuan dermawan yang baik hati itu menulis;

Usaha Bro Iskandar (dan rakan-rakan) membawa sumber ilmu kepada mereka yang memerlukan ini menyentuh perasaan saya.Semasa kecil dan waktu bersekolah rendah di Sek. Keb. Pangkal Kalong, Saya selalu tercari-cari buku-buku cerita dan buku-buku rujukan lain untuk dibaca.

Sesekali bila ada surat khabar lama dijumpai, saya membaca berulangkali. Jika ada buku-buku cerita lama daripada guru-guru yang membawa ke sekolah untuk kami meminjam - sayalah yang paling banyak meminjam dan paling cepat pula memulangkannya.

Dewan Pelajar yang dilanggan oleh sekolah menjadi hiburan saya.

Begitulah kesusahan anak-anak dari kampung yang serba kekurangan.Bila bangun pagi, lubang hidung hitam kerana asap pelita minyak yang digunakan untuk membaca. Tiada lampu neon untuk kami semasa itu.

Alhamdulillah, syukur...semua yang saya lalui memberi kesedaran kepada saya. Ianya juga membuat saya begitu mudah tersentuh bila mendengar ada yang memerlukan.

Saya doakan usaha murni Bro Iskandar (dan rakan-rakan) mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah!


Yang ikhlas,
Tuan Yang Dermawan




KUTIPAN DERMA & 'PLEDGE' TERKINI: RM4080.00
No Akaun Maybank: 162 188 016 529 (ISKANDAR SYAH ISMAIL)


Thursday, April 17, 2008

Hampir terlupa!

Dalam kesibukan mencari dana untuk projek perpustakaan ini, saya hampir terlupa menghantar permohonan rasmi untuk menyertai bengkel 'theatre clowning' Giovanni Fusetti di Colorado pada bulan Ogos sehingga Oktober 2008 ini. Nasib baik, Cik Liz Baron yang menguruskan pendaftaran bengkel tersebut memaklumkan tarikh tutup bengkel ialah pada hujung bulan Mei 2008 ini.

Lega!



Wednesday, April 16, 2008

Terkenang Syazwan & wishlist

Saya menelefon En Effendi bapa Syazwan kelmarin bertanyakan khabar si Syazwan.Dia sudah tidak boleh melihat lagi.Tumor di mata yang celik telah membesar dengan agresif. Doktor kata, matanya perlu dibuang;bimbang kalau dibiarkan ia akan merebak. Ibu bapanya belum bersedia untuk itu.

Saya masih ingat kenangan berhempas-pulas mencari dana untuk menghantarnya ke UK dan USA untuk mendapatkan rawatan terbaik pada penghujung 2006.Namun ia tidak menjadi kenyataan. Allah punya rancangan terbaik untuknya.

Syazwan mengingatkan saya kepada Elisha Thovuud, anak berusia 10 tahun di Sabah yang akan saya temui minggu depan.

Saya diberitahu, hasratnya untuk 'melihat' (walaupun secara zahirnya dia memang tidak boleh melihat lagi kerana buta disebabkan tumor di kepalanya) sendiri Tanjung Simpang Mengayau,Kudat, penghujung tanah paling utara di pulau Borneo, adalah satu daripada impiannya yang tercatat di dalam wishlistnya.

Sehingga kini dia sudah capai banyak impiannya itu.Antaranya, bertemu ratu cantik dan artis pujaannya.

Ia membuat saya berfikir. Mana wishlist saya kini? Dulu saya ada.Saya masih ingat saya conteng-conteng dalam buku skrap saya sekitar tahun 2000 dan buat gambar badut dan tulis ayat ini,

"I want to be a clown one day!"

Dalam masa 3 tahun saya capai impian saya itu.


Anda ada wishlist tak?


Merindu Buku

Tentunya menarik kalau puisi ini dibaca di rumah anak yatim berkenaan nanti setelah selesai urusan menyiapkan perpustakaan itu kelak.
Inilah denai jejak seni ke hati,
puncak fikir yang indah sekali.
Tanpa himpuna ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu itu.

Di sini diri sentiasa di taman
menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.

Kita wajar berpesta di kalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu;
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.

Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fikir yang sakti
nyaman dan manisnya sebuah simfoni.

Kita memupuk insan yang kaya budi
melalui tapisan himah berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.

Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah.
Kita merindu buku dan ghairah membaca
agar sentiasa canggih dan berhemah.

A.Samad Said
(Dipetik daripada Rindu Ibu:
101 Puisi Kanak-Kanak Menjelang Remaja)
KUTIPAN TERKINI PROJEK PERPUSTAKAAN ASRAMA BAKTI ANAK-ANAK YATIM BATU 25, MACHANG, KELANTAN: RM4080.00

Sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Pak Samad Said tarikan popular di gerai Wira Bukit.








Prof. Muhd Kamil Ibrahim mempromosi Travelog Haji di gerai PTS.







Ini hasil borong saat-saat terakhir di Pesta Buku Kuala Lumpur untuk Projek Perpustakaan di Machang.





Kutipan terkini: RM3780.00

Tuesday, April 15, 2008

Projek Perpustakaan Asrama Anak Yatim Batu 25, Machang: Kutipan 'Pledges' terkini

Sudah cecah RM3630.00!


Nota Kaki: Maklumat Akaun Maybank: 162 188 016 529 atas nama Iskandar Syah Ismail (K.P: 760107-06-5157)

Monday, April 14, 2008

Beli Buku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Ini ialah salah satu karya-karya Sasterawan Negara Usman Awang yang saya beli untuk projek perpustakaan di Machang.

Semalam saya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 untuk kali yang ke-lima.Kali ini memang sengaja datang saat-saat terakhir dengan harapan agar gerai-gerai buku memberikan diskaun hebat untuk pembelian buku sebelum mereka 'tutup kedai'

Alhamdulillah, mungkin kerana hanya saya seorang yang betul-betul memborong buku di gerai PTS di saat-saat akhir pesta lalu ia menarik perhatian pegawai-pegawai PTS dan mereka mengerumuni saya bertanya itu dan ini.Saya pun menerangkan kepada mereka tentang projek perpustakaan yang sedang diusahakan ini. Memang dah menjadi rezeki anak-anak yatim itu,pembelian saya itu diberikan diskaun paling hebat yang saya pernah dapat selama ini! Terima kasih PTS di atas keprihatinan kalian!

Terima kasih juga kepada Puan ANIS (Prof Amida Abdulhamid-salah seorang pemenang S.E.A Writer's Award) kerana memberikan buku memoir beliau yang saya ambil (beliau bayar kemudian!) di gerai Galeri Ilmu.
Nasib baik ada rakan-rakan grup Dewangga Sakti semalam membantu menjinjing buku ke kereta di parkir The Mall. Terima kasih banyak-banyak

Sunday, April 13, 2008

Projek Perpustakaan Asrama Bakti Anak Yatim Batu 25, Machang:Terkini!

Rumah Rahsia karya Pak Samad Said adalah salah satu daripada beberapa buku karyanya yang saya beli untuk projek perpustakaan kali ini. Saya mahu anak-anak itu melayan karya-karya penulis agung pula!
Terkini, siapa sangka pledges untuk membeli buku sudah cecah RM2500 dalam masa sehari sahaja!
Terima kasih juga kepada Puan Umi Kalthum Ngah yang sudi menderma buku-buku tulisan beliau. Terima kasih juga kepada Puan Nurazzah8 untuk sumbangan buku-buku sejarah pahlawan islami tulisan Pak Latip Talib.
Terima kasih Pakpayne di Dubai kerana sudi membantu usaha ini.

Friday, April 11, 2008

Projek Perpustakaan Asrama Bakti Anak-Anak Yatim, Batu 25, Machang:Respon Emel Pembaca


Saya terjumpa buku ini yang saya cari-cari sejak kecil lagi.Saya masih ingat lagi saya membacanya berulang-ulang kali di dalam perpustakaan Sekolah Kebangsaan Penjom, Kuala Lipis.

DBP akhirnya mencetak semula koleksi buku-buku ini setelah 33 tahun berlalu. Syabas DBP!(Namun begitu, saya dah tandatangan petisyen bebaskan hakcipta SALINA!)

Buku-buku edisi kedua (Siri 1 sampai 6) saya sudah beli untuk koleksi perpustakaan yang diusahakan kali ini.

Alhamdulillah saya baru sahaja mendapat khabar bahawa 'pledges' melalui usaha pengelola projek perpustakaan kali ini, Saudara Nasrun, sudah mencecah RM2500.

Dan saya ada menerima emel dari pembaca blog ini yang berminat untuk membantu dan inilah respon saya:

Waalaikumussalam,

Penghuni Rumah Anak Yatim di Machang itu semuanya terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan remaja lelaki. Daripada Darjah 1 sehingga Tingkatan 5.

Setakat ini "akujanji-nak-derma" sudah cecah RM2500. Target awal kami dalam RM6000. RM3000 untuk cat bangunan dan RM3000 lagi untuk beli buku. Berdasarkan pengalaman kami sebelum ini, RM3000 untuk buku hanya cukup untuk satu rak buku. Buku-buku kini agak mahal. Kalau tuan/puan ada sumber yang boleh bagi diskaun hebat untuk beli buku tolonglah usahakan.

Secara peribadi, saya anggarkan bajet dalam RM5000 atau lebih lagi bagus untuk beli buku cukup selesa untuk sebuah perpustakaan kecil.

Selain itu, buku terpakai pun diterima. Dulu, saya tak galakkan sebab ramai yang bagi buku dah lusuh dan berconteng. Kali ini saya fikir boleh didermakan untuk projek ini tetapi haruslah memikirkan tentang kualiti buku yang hendak diberikan. Pada saya kalau nak beri hadiah pada orang berilah yang baik. Takkanlah kita nak beri barang yang lusuh dan buruk. Saya kira tuan/puan boleh menangkap maksud saya ini.

Kalau nak kumpulkan buku terpakai, jenis buku pula, dicadangkan agar meliputi genre ensiklopedia (mahalnya kalau beli yang baru!), novel remaja, buku cerita kanak-kanak.

Oh ya! Harus berhati-hati, penghuni rumah anak yatim untuk projek kali ini, semuanya kanak-kanak & remaja lelaki, jadi buku-bukunya haruslah yang boleh menarik minat mereka. Kalau novelet cintan-cintun - hai peninglah saya nak saring!

Saya kira genre kepahlawanan, pengembaraan, biografi, pengetahuan am, karya-karya sasterawan negara, patriotisme amatlah sesuai untuk projek kali ini.

Harap maklumat ini dapat membantu. Emel saya kalau ada kemusykilan lagi.

Terima kasih.


salam,

Iskandar

Thursday, April 10, 2008

Last wish (2)

I got some details about the boy from Dr. Andika of UMS. His name is Elisha Thovuud.He got medullablastoma and because of that he suffers from blindness.

Dr Andika gave me some clue about him. He loves animated movie of Tarzan. That's a good start for to prepare routines specifically for him.

I asked my friend in Seattle, Hilary Chaplain for advice and she gaves me good tips based on her experience with Big Apple Circus Clown Care Unit.

Oh! Good news! My airfare to Kota Kinabalu is going to be sponsored by UMS! In return, I'll give theatre clowning + hospital clowning workshop for the students at Sekolah Pengajian Seni UMS.
Oh! I love this job!

Wednesday, April 09, 2008

Projek Perpustakaan Asrama Bakti Anak-Anak Yatim, Batu 25, Machang

Selepas rumah-rumah anak Yatim di Bota,Janda Baik dan Bukit Gantang, projek perpustakaan diteruskan lagi ke Kelantan. Giliran Asrama Bakti Anak-Anak Yatim, Batu 25, Machang,Kelantan pula akan memiliki sebuah perpustakaan mini untuk penghuninya.

Di samping itu, rumah anak yatim itu akan bertukar wajah apabila aktiviti mengecat bangunan asrama akan dilakukan oleh sukarelawan yang akan mengunjungi rumah berkenaan pada hujung minggu Cuti Wesak iaitu 17-19 Mei 2008.

Sila lah derma buku yang baik kondisinya dan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak & awal remaja (saya rasa terkilan sebelum ini kerana terpaksa menyaring buku-buku yang lusuh dan tidak sesuai).

Buku yang sesuai? Saya terima Ensiklopedia,buku cerita kanak-kanak bergambar (kulit keras kalau boleh), novel remaja, karya-karya Sasterawan Negara dan mana-mana anda fikirkan sesuai.

Namun, fokus utama projek perpustakaan masih lagi mengumpulkan dana untuk membeli buku dan kali ini ditambah pula dengan kos membeli cat. Saya agak RM3000 diperlukan untuk membeli buku dan RM3000 lagi dianggarkan untuk kos cat.

Sebelum projek ini bermula, saya sudah pun beli 'in advance' 3 novel kanak-kanak oleh Pak Samad Said yang siap diautograf beliau.Saya fikir kalau tiada orang nak menyumbang bakti kali ini, saya punggah buku-buku dari perpustakaan peribadi saya! Hahaha!

Berikut adalah maklumat akaun Maybank saya untuk menyumbang dana:

162188016529 (Iskandar Syah Ismail)

Sekali lagi, saya harapkan agar dapat memaklumkan kepada saya melalui emel ke adabi99@yahoo.com sekiranya anda berhasrat untuk membantu baik daripada segi buku mahupun dana.
Sebarkanlah maklumat ini kepada kawan-kawan.

Monday, April 07, 2008

Last wish











It is so moving to know that the last birthday wish of a boy who is dying of cancer is to see the northernmost tip of Borneo, Tanjung Simpang Mengayau in Kudat,Sabah.

It's good to hear many people come forward to help fulfilling his birthday wish on the 27th April 2008.

Despite being jobless, I am offering myself to be there as DR Bubbles and now looking for people to sponsor my flight to Kota Kinabalu for a meagre amount of RM350.00.

No worries of the lodging cost during my visit since that will be taken care of.And to fully utilise my presence in KK, I am planning to conduct hospital clowning workshop for UMS's students.

Do tell me if you know anybody who would like to help me out.

Sunday, April 06, 2008

Gurindam Minum Pagi

Hilang ibu,hilanglah kasih sayang,
Hilang ayah,hilanglah pendidikan,
Hilang adik-beradik,hilanglah kekuatan,
Hilang isteri,hilanglah segala-galanya.
Saya belajar gurindam lama ini dari seorang tua yang saya kenali semasa minum pagi tadi.

Saturday, April 05, 2008

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Saya rimas dengan ribuan orang berpusu-pusu mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Mungkin jarak diantara gerai agak sempit menyebabkan laluan sentiasa 'jam'.

Namun saya gembira kerana dapat bertemu Pak Samad Said dan anaknya Helmy serta Kak Shidah.Saya juga sempat memberikan CD keroncong yang telah 'dibakar' kepada Jiwarasa yang datang seawal pagi dari Ipoh.

Saya sempat singgah di gerai PTS dan dapat berbual pendek dengan Prof. Muhd Kamil Ibrahim sebelum 'terpotong' dek peminat-peminat Travelog Haji yang ingin berbual dengan beliau.Esok saya kira dapat berjumpa dengan beliau dan menyambung kembali butir perbualan yang agak 'signifikan' dengan halatuju hidup saya kini.

Pelajar

Saya akan menjadi 'pelajar' semula minggu depan. Setiap hari Sabtu selama 3 jam saya akan belajar menguasai Bahasa Sepanyol di Instituto Cervantes, Kuala Lumpur.

Hanya selepas membayar yuran baru saya tersedar,


"What have I done?".


Apa nak buat.Nasi sudah jadi bubur!

Tuesday, April 01, 2008

Pesta Buku Antarabangsa Bangkok

Saya bertuah kali ini kerana dapat mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Bangkok di Queen Sirikit Convention Centre semasa kelana saya di Thailand minggu lepas. Ini kunjungan kali kedua.
Kali pertama pada tahun 2003.Seronoknya waktu itu kerana terserempak dengan 2 pemenang anugerah SEA Writers Award dari Malaysia - Pak Muhamad Haji Salleh & Puan Khadijah Hashim.
Kali ini suasananya agak hambar. Penyertaan penerbit buku dari ASEAN hanya berlegar di sebuah rak buku di ruang pameran yang kosong. Penerbit antarabangsa dari lingkungan ASEAN hanyalah Jerman dan Taiwan.
Saya sempat juga 'mencapai' sebuah buku cerita kanak-kanak, " Just The Two of Us" oleh aktor Will Smith. Namun terkilan kerana tidak dapat membeli buku Anatomy of the Jakarta Coup, 1 October 1965 terbitan Yayasan Obor Indonesia kerana ianya hanyalah 'display copy' di rak. Ralatnya!
Ternampak juga Travelog Haji oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim di rak buku PTS di bahagian ASEAN.Saya tersenyum simpul dibuatnya kerana buku beliau sudah sampai di Bangkok!