Wednesday, April 09, 2008

Projek Perpustakaan Asrama Bakti Anak-Anak Yatim, Batu 25, Machang

Selepas rumah-rumah anak Yatim di Bota,Janda Baik dan Bukit Gantang, projek perpustakaan diteruskan lagi ke Kelantan. Giliran Asrama Bakti Anak-Anak Yatim, Batu 25, Machang,Kelantan pula akan memiliki sebuah perpustakaan mini untuk penghuninya.

Di samping itu, rumah anak yatim itu akan bertukar wajah apabila aktiviti mengecat bangunan asrama akan dilakukan oleh sukarelawan yang akan mengunjungi rumah berkenaan pada hujung minggu Cuti Wesak iaitu 17-19 Mei 2008.

Sila lah derma buku yang baik kondisinya dan sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak & awal remaja (saya rasa terkilan sebelum ini kerana terpaksa menyaring buku-buku yang lusuh dan tidak sesuai).

Buku yang sesuai? Saya terima Ensiklopedia,buku cerita kanak-kanak bergambar (kulit keras kalau boleh), novel remaja, karya-karya Sasterawan Negara dan mana-mana anda fikirkan sesuai.

Namun, fokus utama projek perpustakaan masih lagi mengumpulkan dana untuk membeli buku dan kali ini ditambah pula dengan kos membeli cat. Saya agak RM3000 diperlukan untuk membeli buku dan RM3000 lagi dianggarkan untuk kos cat.

Sebelum projek ini bermula, saya sudah pun beli 'in advance' 3 novel kanak-kanak oleh Pak Samad Said yang siap diautograf beliau.Saya fikir kalau tiada orang nak menyumbang bakti kali ini, saya punggah buku-buku dari perpustakaan peribadi saya! Hahaha!

Berikut adalah maklumat akaun Maybank saya untuk menyumbang dana:

162188016529 (Iskandar Syah Ismail)

Sekali lagi, saya harapkan agar dapat memaklumkan kepada saya melalui emel ke adabi99@yahoo.com sekiranya anda berhasrat untuk membantu baik daripada segi buku mahupun dana.
Sebarkanlah maklumat ini kepada kawan-kawan.

1 comment:

elisataufik said...

errr.. buku english tak nak ke?
I know some folks who sells islamic books in english:
www.ummikusayang.com
Maybe you can approach them, they'll be more than happy to bantu sedikit sebanyak.