Sunday, April 13, 2008

Projek Perpustakaan Asrama Bakti Anak Yatim Batu 25, Machang:Terkini!

Rumah Rahsia karya Pak Samad Said adalah salah satu daripada beberapa buku karyanya yang saya beli untuk projek perpustakaan kali ini. Saya mahu anak-anak itu melayan karya-karya penulis agung pula!
Terkini, siapa sangka pledges untuk membeli buku sudah cecah RM2500 dalam masa sehari sahaja!
Terima kasih juga kepada Puan Umi Kalthum Ngah yang sudi menderma buku-buku tulisan beliau. Terima kasih juga kepada Puan Nurazzah8 untuk sumbangan buku-buku sejarah pahlawan islami tulisan Pak Latip Talib.
Terima kasih Pakpayne di Dubai kerana sudi membantu usaha ini.

10 comments:

M A Sabtu said...

drBubbles,

Tuan pilihlah judul-judul yang sesuai, bernilai RM250... sumbangan saya insyaAllah.

email No. a/c tuan. salam

OOD said...

saja... lama tak jengah sini. Sebok berpilis berparam bertepel kan...

ada projek ehhh?

akan diusahakan, insya-Allah.

emilayusof said...

Salam Iskandar! Saya rasa saya telah bertemu dengan anda di gerai WiraBukit semalam. Saya tidak perasan itu adalah anda. Saya tegur anda kerana membeli buku dengan banyaknya! Saya ada terdengar Kak Lina Usman memanggil awak Iskandar tapi tak sangka awak adalah Iskandar yang ini!

I salute you for all you have done for the kids! Can I write about you and your mission in my blog?

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Wsalam Pak Sabtu,

Terima kasih banyak-banyak untuk sumbangan tuan.

Secara peribadi, projek perpustakaan kali ini agak mudah kerana sasarannya ialah anak-anak lelaki.Maka, buku-buku yang dibeli banyak bertemakan kepahlawanan islam,motivasi & kerjaya serta sci-fi.

Namun dalam masa yang sama saya merasa bertanggungjawab untuk mengenalkan mereka dengan karya-karya agung sasterawan negara dan penulis mapan seperti A.Samad Said,Usman Awang dan lain-lain lagi.

Nanti saya emelkan no.a/c saya kepada tuan.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

OOD: nanti saya dan farouq pi tengok you.

Emila Yusof: Hey!Saya pun rasa nampak anda.Hahaha..patutlah rasa macam pernah nampak. Minta maaf sebab bila dah 'gelap mata' beli buku-buku tu semalam- sampai dah tak boleh fikir lagi.

You know what,semalam I saw your cards on the counter and said to myself - nak beli lah nanti and somehow terlupa bila dah borak dengan kak lina..Rupa-rupanya taukenya ada di dalam gerai Wira Bukit!

Seriously, I love your illustrations..and berangan-angan one day bila nak tulis buku cerita kanak-kanak about a boy named Kanush I met di Bam Iran (during that earthquake), I nak suruh you buat illustrationnya.Amacam?

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

emila yusof: sure you can writ about the project in your blog.No problem at all.Lagi ramai baca and help lagi bagus!

emilayusof said...

Iskandar! Saya amat berbangga kalau dapat illustrate untuk projek buku anda! Saya juga berangan untuk menulis dan meng'illustrate' buku saya sendiri. Sudah ada lakaran dan teks tapi belum ada masa untuk mewarna.

Kalau saya donate kad-kad atau blank book untuk anak-anak yatim, sudikah Iskandar menerimanya?

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Ok nanti kita borak lagi berkenaan projek tulis buku.

Boleh, saya terima cards & blank books untuk anak-anak yatim itu.

Anonymous said...

Saya doakan tuan dimurahkan rezeki oleh Allah. Semakin murah rezeki tuan, maka semakin banyaklah buku yang dapat tuan infakkan.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Ikatkata: Amin!