Friday, April 18, 2008

Projek Perpustakaan Asrama Bakti Batu 25,Machang: Terima cek!











Hari ini saya menerima surat dan cek yang dihantar melalui kurier antarabangsa.Tuan dermawan yang baik hati itu menulis;

Usaha Bro Iskandar (dan rakan-rakan) membawa sumber ilmu kepada mereka yang memerlukan ini menyentuh perasaan saya.Semasa kecil dan waktu bersekolah rendah di Sek. Keb. Pangkal Kalong, Saya selalu tercari-cari buku-buku cerita dan buku-buku rujukan lain untuk dibaca.

Sesekali bila ada surat khabar lama dijumpai, saya membaca berulangkali. Jika ada buku-buku cerita lama daripada guru-guru yang membawa ke sekolah untuk kami meminjam - sayalah yang paling banyak meminjam dan paling cepat pula memulangkannya.

Dewan Pelajar yang dilanggan oleh sekolah menjadi hiburan saya.

Begitulah kesusahan anak-anak dari kampung yang serba kekurangan.Bila bangun pagi, lubang hidung hitam kerana asap pelita minyak yang digunakan untuk membaca. Tiada lampu neon untuk kami semasa itu.

Alhamdulillah, syukur...semua yang saya lalui memberi kesedaran kepada saya. Ianya juga membuat saya begitu mudah tersentuh bila mendengar ada yang memerlukan.

Saya doakan usaha murni Bro Iskandar (dan rakan-rakan) mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah!


Yang ikhlas,
Tuan Yang Dermawan




KUTIPAN DERMA & 'PLEDGE' TERKINI: RM4080.00
No Akaun Maybank: 162 188 016 529 (ISKANDAR SYAH ISMAIL)


12 comments:

emilayusof said...

Iskandar, I've put up a post about you! Come and see!

Mutawwifah Maisarah said...

hi there. come from emila's blog. i wish u n friends all the best.

Anonymous said...

its so wonderful what you are doing right now... you are one of the people that make this world a better place... :)

OOD said...

tuan dokter lah HERO REMAJA!! hehe... i am sure the remaja at the orphanages agree.

At least, this remaja believes it so!

Unknown said...

:-) dia sign surat tu sebagai "tuan yang dermawan" gitu ka....hehehe

bukan kut.

dia tu low profile jer...setahu saya.

pp

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Emila yusof: what a small world indeed! (referring to our email conversation today)

mangosteenskin: thanks for dropping by and your wishes.

tinn: thanks for dropping by. I just doing my bit and sharing the passion for books.

OOD:Hero Remaja? hehehe...perasan je kot..hehehe..but yes you are still a remaja!

Pakpayne: hehehe...dia memang low profile sebab tu saya address him as such out of respect of him.Saya banyak belajar dengan beliau tentang leadership issues and on human relationship and the best part dia suka share pengalamannya itu.

Suatu hari nanti saya nak jumpa dia dan pp.hehehehe.....

Dilip Mutum said...

Hi, Thanks for dropping by my blog. Regarding your query, the bubble machine is from a company called Early Learning centre (ELC) and costs £10/. It used to cost £16. http://www.elc.co.uk/toy-40274
However, they have a cheaper version at Tesco here.

Keep up the good work.

nadya.s said...

abgIS,

good job and all the best to u n friends. insyaAllah, one day..nad nak join juga. cuma skarang weekend penuh dgn groundevent TM.

nih menulis dr KBMall, kota Bharu.

saudara yg dermawan, murah hati dan berikan dalam bentuk wang,

abgIS dermawan jugak..berikan dalam betuk tenaga bakti dan kederat. semoga allah membalas jasa baik kalian dalam cara masing2 dan yg terbaik.

FiSHY@iKe said...

It's been a while since I've been here and there are so many things changed but your still the same Dr B! :D

By the way, send my regards to the "tuan yang dermawan". I pray for his good fortune ahead. Although I cant donate money like he did, I do hope I'll have the chance to help you with the project. The last time that I can't join you was really disappointing me.

Have a great day Dr, may Allah bless your good deeds. Salam...

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

adam dilip mutum: thanks for the info on bubble machine.

nadya: no problem.thanks for the support.

mueiz: ha..nak pi sana tak?17-19..make sure book your place awal-2 by the end of this month.

Sarah Mohd Shukor said...

bro, menangis sy baca isi surat ni...
tak dapat tahan rasa sebak sbb kecik2 dulu, walaupun taklah kaya-raya tapi taklah sampai susah hidup berpelita mcm tuan ni. terima kasih bro sbb kongsikan isi surat ni..

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Sarah,

Saya pun terkedu membaca surat beliau.