Wednesday, April 16, 2008

Merindu Buku

Tentunya menarik kalau puisi ini dibaca di rumah anak yatim berkenaan nanti setelah selesai urusan menyiapkan perpustakaan itu kelak.
Inilah denai jejak seni ke hati,
puncak fikir yang indah sekali.
Tanpa himpuna ilmu di kalbu buku
kita tak sempat sampai ke mercu itu.

Di sini diri sentiasa di taman
menikmati unggas dan puspa menawan;
di sinilah vista buku saraf seni,
meranum akal mematang peribadi.

Kita wajar berpesta di kalbu buku
menghayati nikmatnya seindah syahdu;
dalam tenang waktu khusyuk di pustaka
lebih cepat kita terasuh dewasa.

Buku adalah denyut nadi utama
penting bagi minda waras manusia;
dan buku juga gema fikir yang sakti
nyaman dan manisnya sebuah simfoni.

Kita memupuk insan yang kaya budi
melalui tapisan himah berseni;
dan buku memang tasik aneka ilmu
yang perlu diselami sejujur kalbu.

Buku mengasuh diri sasa bersuara;
membaca menjadi jambatan bertuah.
Kita merindu buku dan ghairah membaca
agar sentiasa canggih dan berhemah.

A.Samad Said
(Dipetik daripada Rindu Ibu:
101 Puisi Kanak-Kanak Menjelang Remaja)
KUTIPAN TERKINI PROJEK PERPUSTAKAAN ASRAMA BAKTI ANAK-ANAK YATIM BATU 25, MACHANG, KELANTAN: RM4080.00

2 comments:

Berisman said...

Tahniah-well done for book donation:-)

drbubbles said...

Pak adib: TQ