Saya bertuah kali ini kerana dapat mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Bangkok di Queen Sirikit Convention Centre semasa kelana saya di Thailand minggu lepas. Ini kunjungan kali kedua.
Kali pertama pada tahun 2003.Seronoknya waktu itu kerana terserempak dengan 2 pemenang anugerah SEA Writers Award dari Malaysia - Pak Muhamad Haji Salleh & Puan Khadijah Hashim.
Kali ini suasananya agak hambar. Penyertaan penerbit buku dari ASEAN hanya berlegar di sebuah rak buku di ruang pameran yang kosong. Penerbit antarabangsa dari lingkungan ASEAN hanyalah Jerman dan Taiwan.
Saya sempat juga 'mencapai' sebuah buku cerita kanak-kanak, " Just The Two of Us" oleh aktor Will Smith. Namun terkilan kerana tidak dapat membeli buku Anatomy of the Jakarta Coup, 1 October 1965 terbitan Yayasan Obor Indonesia kerana ianya hanyalah 'display copy' di rak. Ralatnya!
Ternampak juga Travelog Haji oleh Prof Muhd Kamil Ibrahim di rak buku PTS di bahagian ASEAN.Saya tersenyum simpul dibuatnya kerana buku beliau sudah sampai di Bangkok!
2 comments:
i think im in love..
mute : i think i should. btw.,mana aku letak CD copy tuh eh? dah Q org nak pinjam nih..
abg IS: sorryyyy sgt, been busy, pack giiller,schedule. tak sempat kemana pun, hotel - stadium - mamak - hotel. nih baru sampai KL, singgah ofc to check email jap ( still bercutian) tak tido since.. monday kul 8am. nak balik umah by noon..nak tido sampai esok pagi. qada'
Waaaa...
Cemburunya!! Ke Pesta Buku rupanya. Sangka saya ada orang merajuk membawa hati yang luka... hehe
Bila kita nak mulakna projek kembara buku kita? Pesta Buku Jakarta dah terlepas...
Post a Comment