Saya rimas dengan ribuan orang berpusu-pusu mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Mungkin jarak diantara gerai agak sempit menyebabkan laluan sentiasa 'jam'.
Namun saya gembira kerana dapat bertemu Pak Samad Said dan anaknya Helmy serta Kak Shidah.Saya juga sempat memberikan CD keroncong yang telah 'dibakar' kepada Jiwarasa yang datang seawal pagi dari Ipoh.
Saya sempat singgah di gerai PTS dan dapat berbual pendek dengan Prof. Muhd Kamil Ibrahim sebelum 'terpotong' dek peminat-peminat Travelog Haji yang ingin berbual dengan beliau.Esok saya kira dapat berjumpa dengan beliau dan menyambung kembali butir perbualan yang agak 'signifikan' dengan halatuju hidup saya kini.
No comments:
Post a Comment