Ini ialah salah satu karya-karya Sasterawan Negara Usman Awang yang saya beli untuk projek perpustakaan di Machang.
Semalam saya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 untuk kali yang ke-lima.Kali ini memang sengaja datang saat-saat terakhir dengan harapan agar gerai-gerai buku memberikan diskaun hebat untuk pembelian buku sebelum mereka 'tutup kedai'
Alhamdulillah, mungkin kerana hanya saya seorang yang betul-betul memborong buku di gerai PTS di saat-saat akhir pesta lalu ia menarik perhatian pegawai-pegawai PTS dan mereka mengerumuni saya bertanya itu dan ini.Saya pun menerangkan kepada mereka tentang projek perpustakaan yang sedang diusahakan ini. Memang dah menjadi rezeki anak-anak yatim itu,pembelian saya itu diberikan diskaun paling hebat yang saya pernah dapat selama ini! Terima kasih PTS di atas keprihatinan kalian!
Terima kasih juga kepada Puan ANIS (Prof Amida Abdulhamid-salah seorang pemenang S.E.A Writer's Award) kerana memberikan buku memoir beliau yang saya ambil (beliau bayar kemudian!) di gerai Galeri Ilmu.
Nasib baik ada rakan-rakan grup Dewangga Sakti semalam membantu menjinjing buku ke kereta di parkir The Mall. Terima kasih banyak-banyak
10 comments:
En Is,
nanti aku upload gambar-gambar kau sdg berunding dgn jurujual dan cashier di PTS dan gerai Wira Bukit (Pak Samad dan UA Enterprise punya booth).
Malam tadi memang orang gila beli buku. Beruntung kami menjadi orang yang melihat suasana sedemikian.
Kalau ada anugerah utk org yg membeli dlm kadar yg banyak (iaitu melebihi RM1 ribu),maka anugerah itu layak diberikan kpd Drbubbles.
oh ya! member aku tanya betulkah kau ada title Dr? ha ha !Nampaknya ada org percaya kau benar-benar Dr!Apa lagi? Dptkan title Dr tu! Dr ayam pun ok juga.
nanti kita buat malam derma buku dan muzik.
Jangan lupa ambil gambar kesemua buku-buku tu.Lambakkan atas badan kau dan ambil gambar.Ala-ala dpt duit sejuta!
untuk pengetahuan dewangga sakti dan kekawan laman bloq ini .. sy dah kenal DrBubbles nie almost 6 years .. memang dia xder title Dr tapi terus terang Is nie lebih Dr dari Dr .. dia boleh buat org ketawa dikala duka dan paling best muka dia memang memang muka Dr Kelakar .. cuma dia jer kekadang jiwa luka .. kuah kuah kuah asam pedas jng marah Bro .. nti nak ke machang jgn lupo allo-allo aku nanti x berpetrol kete ko ...
niezam
tuan dokter,
sini tempat mintak mc ke?
kepala saya pusing.....
Zoy: Hehe..aku pun seriau tengok staff PTS kerumun aku masa nak bayar.
"Apa hal depa ni?" aku dalam hati cakap.
Nasib baik dapat diskaun terhebat abad ini daripada depa. Agaknya terkejut tengok 'tauke' berselipar jepun beli buku cash selamba aje..
haha..gambar dah ambik.Total buy last nite RM1750 beb...
nizam: duit minyak pergi balik tau!
OOD: MC? boleh boleh ..tunggu lepas pukul 5!hehehe
Barang siapa yang menjaga anak yatim, mereka nanti duduk dengan Nabi Muhammad (bacalah salam buat beliau, anggota keluarga beliau, dan sahabat-sahabat beliau). Moga-moga Tuan dokter adalah salah seorang daripada mereka. Amiiin!
It's up in my blog already! :)
p/s What's the update in terms of pledges and real contribution now?
Puan Ainon:Amin!
Ryzah:I'll update shortly.
Dr.
I salute you
Iskandar, tk atas support membeli buku dn mewawarkn buku usman awang terbitan ua enterprises. Saya baru berjinak2 membaca blogs. Dulu saya sibuk sangat antara buat research dn menyiapkn buku ua untk diterbit. Saya sedang menyiapkn buku ketiga dn empat sekarang. Tetapi, kehangatan sambutan diBook Fair mash terasa. Tk skali lagi atas support dn tunggu buku2 ua yang baru...insyaallah. Salam, Lyna UA.
Post a Comment