Thursday, December 24, 2009

Living creatively



Be brave enough to live creatively. The creative is the place where no one else has ever been.

You have to leave the city of your comfort and go into the wilderness of your intuition.

You can't get there by bus, only by hard work, risking, and by not quite knowing what you're doing.

What you'll discover will be wonderful:

Yourself.

~Alan Alda, Actor~

Tuesday, December 22, 2009

Idea Global, Aplikasi Lokal

(Saya sempat mengambil foto itik-itik untuk projek ini semasa di Kemboja)

Saya pernah menulis tentang bagaimana idea bagaimana 1000 ekor itik boleh membantu menyara hidup 60 orang anak yatim di Aceh di sini.

Alangkah gembiranya saya apabila mendapat tahu idea itu yang dikongsikan bersama rakan-rakan yang mencari-cari solusi kepada situasi kemiskinan di Kemboja telah dimanfaatkan sebaiknya oleh mereka.

Di Kemboja, idea membela itik digunakan untuk membantu ustaz-ustaz untuk mendapatkan sara hidup sehari-harian.

Oleh kerana para ustaz ini bekerja tidak bergaji, dengan membekalkan mereka 10 ekor itik telur dengan harga RM15 seekor,dapatlah keluarga mereka menyara kehidupan dengan menjual telur-telur itik di pasar.

Menurut kata orang-orang tempatan, telur-telur yang dijual itu boleh memberikan pendapatan sekitar RM5 sehari, cukup untuk menyediakan makanan sehari untuk sesebuah keluarga.

Sehingga kini, seramai 40 orang ustaz di kawasan Kampot, Kemboja telah menerima bantuan tersebut.

Idea membela itik yang diaplikasikan secara lokal untuk menyara hidup seorang ustaz di Kemboja atau seorang anak yatim di Aceh ternyata bersifat global!

Tuesday, December 08, 2009

Mencari dana

Alhamdulillah, sehingga kini usaha 'menggali' dana untuk menghadiri kursus "How to be a Stupid or The Clown's Intelligence" di London pada 18 - 29 Januari 2010 sedang giat dilakukan.

Sehingga kini, saya sudah mengumpul dana sebanyak RM1400.00 yang disumbangkan oleh rakan-rakan.

Saya sudah menghantar surat rayuan kepada YB Menteri Kebudayaan, Datuk Dr.Rais Yatim pada suatu pagi ketika saya dalam perjalanan bertolak ke Phnom Penh beberapa hari sebelum Hari Raya Qurban. Surat itu dihantar dengan tangan ke kediaman beliau yang terletak tidak jauh dari rumah saya.

Selain itu saya juga sudah menulis surat kepada Pengarah Urusan MAS untuk meminta penajaan tiket kapal terbang ke London.

Pengalaman mencari dana kali ini mengingatkan saya kepada kenangan duduk berjam-jam di internet cafe di Vientiane, Laos pada tahun 2002 menulis beratus-ratus emel untuk mencari dana untuk belajar kursus 'caring clowning' semasa Clown Camp di La Crosse, Wisconsin.

Teringat juga bagaimana pada suatu ketika, seorang rakan sejawat dari Malaysia yang bertugas di Vientiane mengatakan,

"I don't think you will be able to get U.S Visa at this point of time and you have to go back to Malaysia to apply for it."

Saya tidak mahu mempercayai kata-katanya dan berusaha. Alhamdulillah,visa yang sememangnya sukar diluluskan dari kerajaan Amerika terutama selepas peristiwa '11 September' berjaya diperolehi melalui bantuan sahabat-sahabat di Kedutaan Malaysia di Vientiane yang telah menghubungi kedutaan Amerika di Vientiane untuk membantu.

Dalam masa sehari sahaja visa itu diluluskan dan saya tidak perlu bersusah payah untuk pulang ke Malaysia untuk memohon visa di Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

Semoga usaha ini dipermudahkan Allah. Amin.

Monday, December 07, 2009

Memberi pancing



Menatap wajah-wajah anak-anak muda muslim di Kampot, Kemboja ini mengingatkan saya kepada pepatah Cina,

"Berikan seseorang seekor ikan, ia akan dapat makan sehari. Berikannya ilmu menangkap ikan, ia akan dapat makan selamanya."


Anak-anak muda ini tidak dapat menyambung pengajian di universiti tempatan di Kemboja kerana mereka tiada wang untuk membayar yuran pengajian.

Setiap tahun yuran yang perlu dibayar oleh mereka ialah sebanyak RM1200.00 (USD$350). Namun bagi mereka yang rata-rata datang dari keluarga miskin, jumlah itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicari.

Kebanyakan mereka terpaksa bekerja lima hari seminggu membanting tulang di sawah padi untuk menyara hidup keluarga mereka dan peluang untuk belajar hanya dapat dimanfaatkan pada waktu hujung minggu sahaja.

Bertemu dengan rakan-rakan yang turut sama ke Kemboja baru-baru ini, Tuan Yahya Yusof dan Tuan Badri semalam, saya dimaklumkan bahawa empat orang daripada mereka akan menyambung semula pengajian pada awal tahun 2010 apabila yuran satu semester sebanyak USD$100 sudah dibayar melalui dana sumbangan yang dikumpul oleh Tuan Yahya daripada rakan-rakan di Malaysia.

Berita baik yang diterima ialah, ketika ini pihak universiti di Kemboja sedang membuat promosi besar-besaran untuk menggalakkan anak-anak muda Kemboja memasuki universiti dengan mengurangkan jumlah yuran pengajian tahunan sebanyak USD$350 kepada USD$200 (RM700) sahaja.

Malah ia boleh dibayar secara ansuran. Namun promosi pengurangan kos yuran ini akan tamat pada hujung bulan Disember ini.

Ketika ini, masih ada lagi tujuh anak-anak muda muslim Kemboja di Kampot ini memerlukan bantuan kewangan untuk membayar yuran pengajian mereka. Manakala empat orang yang terdahulu mendapat bantuan kewangan bagi membayar yuran satu semester masih memerlukan USD$100 lagi untuk yuran semester kedua.

Kepada tuan-tuan yang dermawan yang ingin membantu anak-anak muda muslim ini mendapat peluang untuk menimba ilmu, bolehlah menghubungi saya melalui emel ini: adabi99@yahoo.com.

Sunday, December 06, 2009

Ikan Salai dan Janda Baik



Saya ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Saya baru sahaja pulang dari Indonesia dan Kemboja di atas urusan tugas. Insya Allah saya akan menulis tentang kelana ke Kemboja dan Indonesia dalam entri blog akan datang.

Pagi tadi semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Jerantut, saya singgah sebentar di sebuah gerai kecil di pekan Kuala Krau yang menjual ikan patin salai.

Saya suka idea penjual ini yang kreatif dalam menghasilkan produk jualan yang berlainan daripada biasa. Ikan patin, ayam dan daging disalai dan dijual dengan harga yang berpatutan. Aroma ikan yang disalai dengan api kayu itu mengingatkan saya kepada sebuah kota kecil di England yang terkenal dengan produk ikan salainya.

Whitby di timur wilayah Yorkshire pernah dikunjungi sekitar tahun 1999 dan kota kecil ini terkenal dengan kisah Dracula yang ditulis oleh Bram Stoker. Biara Whitby Abbey yang terkenal dek kisah Dracula itu masih utuh di atas bukit di kota Whitby.

Selain daripada itu, Whitby yang terletak di tepi lautan Atlantik ini juga terkenal dengan smoked kippers, ikan salai yang dijual oleh para nelayan sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Smoked kippers ini amat enak dimakan dengan roti dan mentega!



Berbalik kepada ikan salai di Kuala Krau ini, saya membeli beberapa ekor ikan patin salai dengan harga RM8.00 seekor. Ikan salai ini memang sedap dibuat gulai lemak cili api. Namun kerana dapur rumah saya memang jarang-jarang sekali berasap, saya hanya membelinya untuk dijadikan ole-ole untuk sahabat handai di Kuala Lumpur.


Saya meneruskan perjalanan dari Kuala Krau menuju ke Kuala Lumpur dan sempat singgah di Janda Baik, Pahang untuk menemui sahabat saya, Encik Yahya Yusof yang juga pengurus rumah anak yatim Badan Amal Nur Zaharah di Kg.Gemuroh, Janda Baik.

Ketika berada di sana, saya tertarik hati dengan aktiviti membuat lapangan badminton oleh anak-anak yatim yang dikelolakan oleh Tuan David. Tuan David ini merupakan seorang bekas pemain badminton negeri dan sejak bersara daripada FELDA, beliau kini menetap di Genting Highlands.

Beliau amat fasih berbahasa Melayu namun beliau sengaja menggunakan Bahasa Inggeris yang mudah dengan anak-anak itu semasa melakukan aktiviti membina lapangan badminton.

Katanya, " Saya ingin memupuk minat mereka di dalam aktiviti D-I-Y dan dalam masa yang sama mengajar mereka perkataan-perkataan baru dan mudah di dalam Bahasa Inggeris."



Kelihatan juga di suatu sudut, anak-anak yatim sedang menimbang sayur-sayuran organik untuk dijual. Ia merupakan salah satu projek Badan Amal Nur Zaharah untuk mendapatkan dana bagi menampung perbelanjaan pengurusan anak-anak yatim badan berkenaan.

Saya terkejut apabila diberitahu oleh Encik Yahya bahawa sayur kangkung organik dijual dengan harga RM10.00 sekilogram!

Selain daripada itu, projek ternakan kambing juga baru sahaja dilaksanakan untuk tujuan yang sama.

Alhamdulillah, sejak kali terakhir saya dan rakan-rakan ke sana sekitar tahun 2007 untuk mendirikan perpustakaan mini, Badan Amal Nur Zaharah semakin berkembang dengan baik berkat doa dan sokongan orang ramai.

Wednesday, November 18, 2009

Jika kita tidak bertanya, jawapannya pasti TIDAK!


(Angela de Castro)

Pagi-pagi ini, apabila membuka emel, saya benar-benar teruja.

Emel tersebut datang daripada sebuah sekolah ‘theatre clowning’, The Why Not Institute di London, United Kingdom yang mengumumkan pengasas The Why Not Institute, Angela de Castro, akan mengadakan kursus ‘How To Be A Stupid or The Clown’s Intelligence’ sempena The London International Mime & and Physical Theatre Festival, di London daripada 18 Januari sehingga 29 Januari 2010.

Saya teruja kerana sudah lama saya menunggu peluang untuk belajar dengan salah seorang badut wanita yang terkenal di seluruh dunia ini.

Di dalam dunia ‘theatre clowning’, sama seperti belajar ukiran tradisional melayu, ia bukan berteraskan institusi seperti universiti tetapi lebih kepada siapakah gurunya. Ia bukan untuk mendapatkan segulung ijazah tetapi lebih kepada mendapatkan pengalaman dan ‘wisdom’ guru yang mengajar seni itu.

Kerana itu, jika di Barat, ramai penggiat seni akan berlumba-lumba mencari guru terbaik untuk menambah ilmu di dada. Saya bertuah kerana telah dimurahkan rezeki oleh Allah dan diberi peluang untuk belajar seni ‘theatre clowning’ dari Avner Eisenberg dan Julie Goell di The Celebration Barn Theatre, Maine, USA empat tahun yang lalu.

Peluang untuk belajar dari Angela de Castro adalah satu peluang keemasan yang tidak dapat dilepaskan begitu sahaja! Sudah beberapa kali rancangan saya untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang seni teater yang unik ini tergendala dek kekangan kewangan dan masa. Dan kali ini, saya bertekad dalam masa sebulan yang singkat ini untuk mencari dana yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan kelana menimba ilmu yang amat berharga ini.

Saya serta-merta mencongak secara kasar perbelanjaan yang diperlukan untuk ke sana. Saya memerlukan sekitar £1800.00 atau RM10,500.00 bagi menampung kos tiket kapal terbang, yuran kursus selama dua minggu itu, penginapan yang termurah di London, pas Underground Travelcard dan belanja makan dan minum sehari-harian.

Mengapa saya bersusah payah selama ini untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya di dalam bidang ‘theatre clowning’ ini?

Saya berharap segala apa yang dipelajari dalam bidang ‘theatre clowning’ ini, saya dapat gunakan untuk mencapai impian saya untuk menubuhkan program ‘clown doctors’ yang pertama di Malaysia.

Semalam ketika membelek-belek majalah LIFE edisi Ogos 1990, saya terpempan apabila terjumpa sebuah artikel yang saya cari-cari selama ini tentang bagaimana pengasas Big Apple Circus Clown Care Unit, Micheal Christensen mengubah hidup Carmillo, seorang pesakit remaja yang kecil tubuhnya akibat penderitaan yang dialami sejak kecil melalui program ‘clown doctors’nya itu.

Ia seolah-olah memberi petunjuk kepada saya betapa tempoh ‘latihan’ yang saya lalui beberapa tahun ini sudah cukup untuk memberi pengalaman kepada saya untuk ‘kembali’ menggapai cita-cita saya itu.

Hari ini merupakan hari permulaan bagi saya. Soal gagal atau berjaya tidak di dalam usaha untuk mencapai impian saya untuk terus belajar daripada yang terbaik ini saya padamkan ‘lampu mentol’nya.

Apa yang penting ialah saya berusaha untuk mencari dana tersebut. Saya masih ingat kata-kata Jack Canfield,

“Jika kita tidak bertanya, jawapannya pasti tidak!” ( If you don’t ask, the answer is always be No!)

Saya pernah ‘bertanya’ dan mendapat berpuluh-puluh jawapan “Tidak” selama dua tahun semasa berusaha untuk belajar kursus ‘caring clowning’ di La Crosse, Wisconsin. Namun saya tetap ‘bertanya’ sehingga saya mendapatkan jawapan “Ya”.

Saya juga pernah ‘bertanya’ dan dijawab “Tidak” semasa ingin belajar dengan Avner Eisenberg di Maine dahulu. Namun saya tetap ‘bertanya’ dan ‘bertanya’ sehingga tercapai niat saya itu.

Maka, dengan pengalaman-pengalaman sebelum ini, ia menguatkan tekad saya untuk terus bertanya!

Nasihat




Ketika berkelana ke Terengganu dan Kelantan pada hujung minggu lalu, saya menerima nasihat-nasihat yang berguna untuk dijadikan panduan hidup.

Seorang usahawan yang telah berjaya setelah mengalami jatuh-bangun di dalam dunia perniagaan menasihati,

"Jika meminjam wang kepada kawan-kawan,halalkanlah.Hati tuan akan lebih tenang apabila berbuat demikian."

Seorang tua menasihati saya,

"Jangan tinggalkan solat berjemaah."


Apakah nasihat tuan-tuan yang ingin berikan kepada saya pada hari ini*?

Mohon bantuan tuan-tuan untuk berkongsi nasihat di dalam ruang komen di bawah agar bukan sahaja saya, malah orang lain akan turut beroleh manfaatnya.


*Nota: Terima kasih kepada Tuan Shamsuddin Kadir di atas cetusan ideanya.


Tuesday, November 17, 2009

From the heart




Occasionally in life there are those moments of unutterable fulfillment which cannot be completely explained by those symbols called words.

Their meanings can only be articulated by the inaudible language of heart.

~Martin Luther King, Jr.~

Wednesday, November 11, 2009

Gagal kerana tidak mencuba!



Ketika menghadiri bengkel Eccentric Performing di Maine empat tahun dahulu, salah satu latihan awal yang diajar oleh tuan Avner Eisenberg dan puan Julie Goell pada hari pertama bengkel ialah membuat satu persembahan di atas pentas berdasarkan kemahiran masing-masing. Para peserta diminta tampil ke pentas secara individu dan melakukan persembahan masing-masing dengan baik sekali.

“Anggaplah apa yang tuan-tuan akan lakukan ini merupakan persembahan terbaik tuan. Di dalam dunia theatre clowning, sang badut melakukan sesuatu perkara dengan penuh semangat dan hanya memikirkan yang terbaik semata-mata,” beliau menasihati kami.

“Bagaimana tuan-tuan menilai dan merasa tentang persembahan tuan-tuan itu nyata lebih penting, walaupun dalam realitinya persembahan tuan-tuan mungkin baik atau sebaliknya.” *

Namun setelah itu, fikiran saya buntu apabila melihat peserta-peserta lain tampil ke pentas mempersembahkan kemahiran mereka dengan pelbagai cara.

Ada yang menunjukkan kemahiran mereka bermain ‘juggling’ dengan pelbagai teknik yang menarik dan ada juga yang melakukan improvisasi silap mata yang amat memukau.

Saya tiada langsung kemahiran seperti mereka itu untuk ditunjukkan kepada khalayak.

Apabila tiba giliran saya, saya masih buntu memikirkan apa yang hendak dilakukan ketika melangkah kaki menuju ke belakang pentas. Saya mungkin boleh sahaja duduk kembali dan memohon ‘pelepasan’ daripada Avner dan Julie dengan memberi alasan mudah seperti gugup.

“Ah, nyanyi sahaja lagu Negaraku dengan penuh perasaan!” tiba-tiba idea gila muncul di kepala di dalam kepanikan itu.

“Silakan tuan Iskandar,” terdengar suara Avner dari auditorium.

Dengan menghela nafas panjang, saya melangkah keluar ke atas pentas dan melontarkan suara yang paling bersemangat di dalam dunia dan menyanyikan,

“Negaraku, tanah tumpahnya darahku….” sehinggalah ke bait terakhir,

“..Raja kita selamat bertakhta!”

Lega!

Avner tersenyum dan berkata,

“Bagus!”

Julie menambah,

“Tuan mempunyai suara yang sungguh merdu!”

Pengalaman menyanyikan lagu Negaraku semasa bengkel Eccentric Performing itu mengingatkan saya kepada sebuah filem fantasi-komedi yang dilakonkan oleh aktor Robert Downey, Jr., yang bertajuk Heart & Souls (1993).

Di dalam filem itu terdapat satu adegan dimana watak utama, Thomas Reilly yang dilakonkan oleh Robert Downey, Jr. dirasuk Harrison Winslow, watak roh seorang penyanyi yang berbakat tetapi tidak mempunyai keyakinan dan gugup untuk membuat persembahan di atas pentas.

Di dalam adegan itu, Thomas Reilly memaksa Harrison Winslow untuk mengatasi masalah kegugupannya itu dengan menyanyikan lagu kebangsaan Amerika, “The Star-Spangled Banner” di atas pentas sebelum konsert pemuzik blues terkenal di Amerika, B.B King akan dimulakan.

Saya suka skrip adegan tersebut yang berbunyi:


Harrison Winslow: Who came up with this ridiculous concept anyway? Resolve your entire life in one bold stroke? What if I fail? And I will. I’ll fail. I’m telling you. I always fail. Then my whole life will be a complete failure.

Thomas Reilly: No offense, Harrison. But you died a failure because you never tried.

Jika saya tidak tampil ke pentas menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat, kata-kata Thomas Reilly itu pasti akan menghantui saya sampai bila-bila.

Benarlah bahawa orang-orang yang gagal di dalam hidup mereka ialah kerana mereka tidak pernah mahu mencuba!

Nota:

* How you feel about your performance is what counts, not whether it is in reality good or bad. – Eccentric Performing Principle No. 8


Adegan itu boleh ditonton di sini.

Saturday, November 07, 2009

Kadir Nelson

Ketika melawat Bangkok dua tahun lepas,saya sempat menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Bangkok di Queen Sirikit Convention Centre.

Membelek-belek buku di rak pesta, saya terpandang buku ini,




Buku ini rupa-rupanya ditulis oleh aktor Will Smith yang terkenal dengan filem seperti In Pursuit of Happyness, Hitch dan Men in Black.Buku itu menceritakan tentang kasih sayang seorang bapa kepada anaknya. buku itu ditulis khas oleh Will Smith untuk anaknya sendiri.

Namun apa yang menarik perhatian saya ialah ilustrasi di dalam buku itu.

Cantik sekali!

Saya suka ilustrasi yang dilukiskan oleh Kadir Nelson, seorang pelukis buku kanak-kanak yang sering melukiskan ilustrasi buku kanak-kanak yang berkisar tentang perjuangan hak asasi dan kebebasan orang kulit hitam di Amerika.

Baru-baru ini juga saya ternampak buku ini di Kinokinuya KLCC yang turut mendapat sentuhan beliau:



Buku ini menceritakan tentang kisah benar bagaimana seorang hamba kulit hitam di Amerika melarikan diri dari perhambaan di Selatan pada kurun ke-19. Kadir Nelson melukiskan dengan cantik sekali ilustrasi di dalam buku itu. Melalui ilustrasinya yang kemas dan berwarna-warni, saya dapat merasakan betapa sukarnya perjalanan Henry untuk mengecap kebebasan.

Lukisan beliau mengingatkan saya kepada seorang lagi pelukis Amerika yang terkenal yang sering menggunakan subjek kehidupan rakyat Amerika sehari-harian, Norman Rockwell.

Untuk melihat karya-karya lukisan Kadir Nelson yang lain, ia boleh dicapai di sini.

Friday, November 06, 2009

The Power of Giving




Terpandang buku ini di Kinokinuya, KLCC malam semalam.

Wednesday, October 28, 2009

Kata Hati

Lambat-laun kita menerima kebenaran yang datang dari kata hati kita.

Friday, October 16, 2009

Seorang tua di kedai buku


Catatan 'idea' beliau yang sempat saya rakam senja tadi.


Saya selalu terserempak dengan beliau di kedai buku.

Senja tadi selepas pulang dari tempat kerja, saya menuju ke The Times Bookshop di Pavilion.

Saya ternampak beliau di antara rak-rak buku dan menyapanya.

Seperti kebiasaan beliau bertanya,

"Saya dengar kamu pergi ke luar negeri baru-baru ini?"

"Betul.Saya ke Padang pada minggu yang lalu", saya mengiyakan pertanyaannya itu.

Perbualan kami seterusnya berkisar tentang gempa di Sumatera Barat sebelum dia berkata,

"Kamu harus menulis pengalaman kamu itu."

Saya tersenyum. Sudah berkali-kali seingat saya beliau mengingati tentang hal ini tanpa jemu.

"Jangan difikirkan tentang sebuah buku. Tulis sahaja 'esei' dan bab pendek-pendek.Kemudian baru dirasionalkan bab-bab tersebut," terang beliau.

"Catat segala idea."

Beliau kemudian mengeluarkan buku nota kajang saiz A4 dari beg galasnya.

"Lihat, ini catatan saya pada hari ini."

Benar.Catatannya 'berterabur'.Tiada susunan yang logik.

"Ah.Saya ada satu idea lagi untuk kamu".

"Gunakan perakam suara untuk mencatatkan idea-idea kamu."

"Saya pernah gunakan ia semasa berkelana ke Jerman dan masih tersimpan baik".

Saya terus mendengar dengan tekun. Pada pertemuan kali ini, perbualan kami agak panjang dan beliau terus bercerita panjang lebar tentang proses penulisan yang dilakukan beliau selama ini.

"Ingat, menulis ini untung!"

"Penderitaan dan kesusahan yang dilalui oleh penulis dan kemudiannya diterjemahkan dalam penulisan amat bernilai kerana ia akan terus dapat dinikmati oleh pembaca".

Saya benar-benar teruja dengan nasihat-nasihat beliau dan terus menulis nota ini sebaik sahaja pulang ke rumah kerana takut terlupa apa yang dikatakan beliau.

Saya akan terus menulis.
Terima kasih Pak Samad* kerana sudi berkongsi ilmu!
*Nota: Pak Samad atau dikenali ramai sebagai Sasterawan Negara A.Samad Said

Friday, September 04, 2009

Sibuk

Maaf kerana sudah lama tidak 'update' blog.

Ini artikel yang dipetik daripada akhbar hari ini. Untuk menderma, dipersilakan melayari laman web www.irm.org.my atau telefon kami di talian 03- 8948 6334.




Thursday, August 27, 2009

Meringankan beban mereka di Bulan Ramadan



Bantuan makanan Ramadan anjuran Islamic Relief sudah bermula sejak sebelum Ramadan lagi. Semalam dan hari ini kami berada di Kedah. Minggu-minggu akan datang ini sememangnya sibuk sekali. Dari Kedah,kami akan ke Perak dan Johor pada minggu hadapan.Kami hanya akan menutup program ini di Sabah pada bulan Oktober kelak.

Sambutan daripada penderma amat menggalakkan.Alhamdulillah.Masih belum terlambat untuk mereka yang ingin turut sama membantu kerana program ini akan berlanjutan sehingga penghujung Syawal.

Sekiranya anda mempunyai rezeki lebih di bulan Ramadan ini dan ingin membantu, sumbangan ikhlas anda bolehlah disalurkan melalui akaun Maybank 5621 4270 8704 / CIMB 1259 0000 804 058 atau melayari laman web rasmi Islamic Relief Malaysia di www.irm.org.my atau hubungi kami di talian 03-8948 6334.

Sunday, August 09, 2009

Kegagalan

Maaf saudara kerana hanya baru sekarang saya dapat menulis tentang apa yang kita bualkan melalui Yahoo Messenger sebelum ini.

Apabila saudara meluahkan kegelisahan tentang apa yang saudara sedang lalui ini, ia mengingati kepada pengalaman peribadi menghadapi situasi yang mungkin sama.Apa yang penting ialah pengajaran yang boleh dikutip saudara daripada pengalaman yang saya pernah lalui itu. Mungkin juga ia akan memberi manfaat kepada orang lain. Saya tidak malu untuk berkongsi pengalaman itu dengan saudara dan rakan-rakan yang lain yang mungkin menghadapi dilema yang sama.

Saya pernah gagal semasa di universiti. Gagal dalam erti kata; saya pernah mengaku kalah.

Izinkan saya bercerita dari awal. Apabila tamat persekolahan menengah di STAR, Ipoh dan mendapat keputusan SPM yang agak baik walaupun tidak secemerlang pelajar lain, saya bertuah kerana ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia. Saya fikir itulah cita-cita hidup saya untuk menjadi seorang jurutera suatu hari nanti.

Ibu saya pernah bertanya,

“Betulkah kamu ingin jadi jurutera? Kenapa tidak mahu menjadi doktor?”

Saya tekad. Inilah yang saya mahukan – menjadi seorang jurutera kimia yang berjaya.

Mungkin kerana saya cemerlang dalam subjek Kimia semasa di STAR dan pernah menewaskan pelajar paling pintar pada waktu itu semasa ujian bulanan, maka hanya Kejuruteraan Kimialah yang saya nampak sebagai jalan ‘hidup’ saya kelak.

Nyata, saya naïf dalam membuat keputusan yang paling penting dalam hidup seorang remaja berusia 18 tahun.

Dan keputusan itulah yang telah menghantui saya selama beberapa tahun.

Saya tersenyum hari ini apabila membaca kata-kata David Foster, komposer dan produser muzik terkenal di dalam majalah SUCCESS edisi September 2009.

“Pelajaran nombor satu dalam mencapai kejayaan di dalam hidup ialah melakukan sesuatu pekerjaan yang kita benar-benar minati.Dan kita harus menjadi yang terbaik”.

Beliau menambah,

“Kebanyakan orang membuat sesuatu yang diajar kepada mereka – bukan sesuatu yang mereka suka atau minati,”

“Ia tidak masuk akal langsung. Pada umur 17 atau 18 tahun, kita dihantar ke kolej dan pada saat-saat penting itu,kita dikehendaki untuk membuat satu keputusan besar yang akan mengubah seluruh kehidupan kita.

Tidakkah itu sesuatu yang pelik? Saya bernasib baik kerana pada umur 10 tahun saya sudah tahu yang saya ingin menceburi bidang muzik. Saya tidak tahu sama ada saya akan berjaya atau tidak, tetapi saya tahu saya ingin melakukannya.”

Saya akan menulis lagi kepada saudara.

Thursday, August 06, 2009

Membantu orang lain di bulan Ramadan



Saya ketawa besar apabila seorang sahabat memberi komen,

"Mahalnya RM50!"

"Sebenarnya RM50 itu sudah murah benar, Prof.", terang saya.

Dengan bermodalkan RM50 itulah, kami di Islamic Relief membeli beras,gula,minyak masak,tepung,makanan di dalam tin,serbuk teh untuk setiap kotak yang akan diagih-agihkan kepada golongan miskin di seluruh Malaysia sepanjang bulan Ramadan dan Syawal setiap tahun.

Tahun ini, jumlah sumbangan minima masih RM50 sahaja. Kami sengaja menetapkan RM50 sahaja sejak tahun lepas kerana tidak mahu membebankan para penderma dengan menaikkan jumlah dana sumbangan selaras dengan perkembangan harga barangan yang sentiasa meningkat naik sejak akhir-akhir ini.

Jika dicongak, RM50 itu sebenarnya tidak mencukupi, namun kami percaya jika ada para dermawan korporat yang sudi menderma barangan lain seperti bekalan pukal botol kicap, makanan segera di dalam tin dan sebagainya, Insya Allah, ia akan cukup juga akhirnya.

Jika tahun lepas,kami berjaya mengagihkan bantuan makanan kepada lebih daripada 7700 penerima di seluruh negara, tahun ini pula, kami menetapkan sasaran seramai 10,000 orang penerima di seluruh Malaysia melalui program ini.
Elok juga, sekiranya tuan-tuan dan puan-puan yang mempunyai kenalan-kenalan di badan-badan korporat untuk mengwar-warkan usaha ini. Semoga terbuka hati mereka untuk membantu sama.

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin membantu secara sumbangan peribadi, bolehlah melayari www.irm.org.my untuk mendaftar atau menelefon 03-89486334 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sunday, August 02, 2009

Kisah anak kecil penjual suratkhabar

Pagi tadi, saya bertandang ke rumah adik saya di Bandar Baru Bangi untuk menemui orang tua saya yang bermalam di situ. Malam semalam adik saya mengadakan majlis tahlil di rumahnya.

Ketika menghampiri kawasan perumahannya, saya berhenti sebentar untuk membeli suratkhabar yang dijual di tepi jalan raya.

Seorang kanak-kanak perempuan India sedang sibuk menghulurkan suratkhabar kepada pemandu kereta yang turut berhenti di situ. Ada dua gerai menjual suratkhabar di situ. Satu lagi gerai berada di seberang jalan. Gerai di seberang dijaga oleh seorang wanita India dan beberapa orang anak-anaknya.

Saya terus menuju ke meja jualan dengan niat untuk memilih suratkhabar dengan tajuk-tajuk utama menarik. Akibatnya saya memilih kesemua suratkhabar selalu saya baca pada hujung minggu.

“Wah, banyaknya suratkhabar”, tegur si kanak-kanak perempuan itu apabila dia datang ke meja jualan setelah selesai melayan pemandu-pemandu kereta yang membeli suratkhabar secara ‘pandu lalu’ sebentar tadi.

Saya hanya tersenyum.

Dia terus mengambil mesin kira dan mengira jumlah bayaran untuk lima naskhah suratkhabar yang saya beli.

Dia menekan-nekan butang mesin kira beberapa kali. Lama.

“Lambatnya awak kira”, saya menegurnya bergurau.

“RM8.50”, katanya sambil tersenyum.

Sebenarnya saya sudah membuat pengiraan mental dan menjangkakan jumlah yang saya perlu bayar hanyalah RM7.50 sahaja.

Saya tersenyum.

Tiba-tiba seorang perempuan India menghampiri meja jualan itu dan bertanya,

“Encik,anak saya salah kirakah?”, rupa-rupanya perempuan India itu ibu kepada kanak-kanak perempuan India itu.

“Oh, tak mengapa. Saya rasa jumlah kesemua harganya hanya RM7.50 sahaja” setelah saya memeriksa harga setiap akhbar.

“Maafkan dia encik. Dia anak istimewa.” Saya terkejut mendengar kata ibunya.

“Dia ‘slow learner”, ibunya fasih berbahasa Melayu dan Inggeris rupa-rupanya.

“Di mana dia belajar sekarang?”, saya memulakan perbualan.

“Di Sekolah Jalan Reko, Kajang”,

“Semasa sekolah rendah, dia bersekolah di sekolah harian biasa”, ibunya meneruskan perbualan.

“Saya tidak sanggup untuk menghantarnya ke sekolah pendidikan khas”, dia berkongsi isi hatinya. Anak perempuannya itu hanya tersenyum berdiri di sebelahnya seolah-olah tidak mengerti.

“Berapa umurnya?”, saya mencelah bertanya.

“11 tahun. Tetapi dia faham sekadar pelajaran Darjah 1 atau 2 sahaja”, jawab ibunya.

Saya berpaling kepada anaknya dan bertanya,

“Siapa nama awak?”

“Ananthajothi”, lancar dia menjawab sambil tersenyum.

“Baiklah, Ananthajothi. Selamat berjaya!”, hanya itu sahaja yang keluar dari mulut saya.

Ananthajhoti terus tersenyum.

Senyuman manis dan jujur.

Cerita pagi tadi masih bermain-main di dalam fikiran saya hari ini. Saya akan terus mengingati seorang kanak-kanak perempuan India yang istimewa dan berjualan suratkhabar untuk membantu keluarga dan mempunyai senyuman yang paling manis di dunia!

Wednesday, July 22, 2009

Cerita kemanusiaan sepotong aiskrim V

Saya diberitahu tadi oleh rakan saya yang beliau sudah membeli peti sejuk untuk Hazim.

Hal sewa rumah yang tertunggak juga sudah diajukan kepada MBPJ dan khabarnya atas dasar kemanusiaan, tuntutan sewa yang tertunggak itu kini di bawah perhatian dan budibicara Datuk Bandar.Terima kasih kepada Tuan Mohd Shah kerana bersusah payah membantu menguruskan hal ini.

Hazim kini di rumah.Bergantung sepenuhnya dengan morfin kerana ubat yang biasa digunakannya terpaksa dihentikan kerana ada kesan sampingan.

Marilah kita berdoa untuk Hazim.

Wednesday, July 15, 2009

Travelog Kanchanaburi (1)










Saya mencari 'sesuatu' di Kanchanaburi, Thailand.

Walaupun saya tidak menjumpainya saya masih puas. Puas kerana akhirnya saya dapat menjejakkan kaki di Kanchanaburi yang terkenal dengan kisah Keretapi Maut yang saya baca semasa kanak-kanak.

Saya bertolak seawal jam 6.30 pagi dari Bangkok dengan menaiki bas ekspres dari Terminal Bas Selatan (Sathaani Sai Tai) Bangkok yang terletak di kawasan Thonburi. Kedudukan Thonburi agak jauh dari pusat bandar Bangkok. Untuk ke sana, saya terpaksa menaiki teksi dengan tambang sebanyak 100 Bhat (RM10) dari hotel murah tempat saya bermalam di Soi Kasemsan 1 berhampiran dengan Rumah Jim Thompson di tepi Sungai Chao Phraya.

Agak sukar untuk menggunakan pengangkutan awam sekiranya kita tidak fasih berbahasa Thai. Jarang-jarang dapat bertemu dengan orang Thai yang fasih berbahasa Inggeris.Sengaja saya berikan tip lebih kepada pemandu teksi yang ramah benar bercerita tentang durian Siam yang mahal walaupun saya hanya faham sebutir dua apa yang diterangkan beliau.

Perjalanan ke Kanchanaburi agak selesa di sebelah pagi kerana matahari belum lagi naik tinggi. Dalam perjalanan, ketika menghampiri Kanchanaburi, saya ternampak Stesen minyak PETRONAS. Kalau di sini kedai runcit di stesen PETRONAS dipanggil Kedai Mesra, di sana ia dipanggil Suria. Selang beberapa minit, saya ternampak pula Masjid Jamek Kanchanaburi yang terletak beberapa kilometer dari tempat yang saya tujui.

Setiba di stesen bas Kanchanaburi, saya menaiki pula Songtheaw, bas mini yang popular di Thailand dengan tambang 8 Bhat dengan harapan ia akan membawa saya ke tempat yang saya ingin tujui. Nasib baik ada penumpang wanita rakyat tempatan yang baik hati dan pandai berbahasa Inggeris memberikan sedikit maklumat berguna kepada saya.Beliaulah yang mencadangkan saya agar berhenti di Don Rak War Cemetery dan memulakan lawatan saya di situ.

Tuesday, July 14, 2009

Cerita kemanusiaan sepotong aiskrim IV


(Gambar disalin dari sini)

Syukur!

Dana untuk membayar bil elektrik dan sewa rumah Hazim sudah mencukupi.

Rakan sukarelawan saya dan sahabat saya, Encik Mohd Shah Awaluddin, (juga seorang bapa yang mempunyai anak yang melawan kanser), sekarang sedang berusaha menguruskan rayuan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk mendapatkan diskaun amal jariah bagi menjelaskan tuntutan sewa yang tertunggak itu.

Jika berjaya, lebihan dana itu bolehlah digunakan untuk membeli peti sejuk. Moga-moga usaha kecil ini dipermudahkanNya.

Terima kasih di atas bantuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Saturday, July 11, 2009

Gula Kabung II

Saya pernah menulis tentang gula kabung di sini.

Hari ini saya amat bertuah kerana berpeluang melihat sendiri bagaimana gula kabung diproses di Kampung Peruang di mukim Benta,Lipis,Pahang.



Nira kabung yang baru sahaja diambil daripada pokok kabung. Baru saya tahu nira kabung dan nira nipah tidak sama.Nira nipah diambil di pangkal perdu pokok nipah.Manakala nira kabung diambil di bahagian atas pokok.



Getah manggis muda dimasukkan di dalam botol untuk mengelakkan nira kabung yang terkumpul menjadi masam.



Parang penyadap kabung. Sentiasa diasah agar tajam dan dibasuh bersih agar apabila ia digunakan untuk menyadap - air nira kabung yang keluar tidak tercemar dengan kotoran.



Memasak air nira kabung



Gula kabung yang sudah siap berbalut. Harga di pasaran kini mencecah RM6.00.Jika dibeli borong di tempat membuatnya, harganya sekitar RM5.00 sekeping (10 keping).



Gula kabung sesuai digunakan sebagai pemanis masakan seperti onde-onde Buah Melaka,kuih Koci dan aneka bubur (kecuali bubur lambuk!).

Apabila jagung dari Kampung Binjai,Kuala Lipis bertemu buku dan ruas dengan gula kabung dari Kampung Peruang, Benta seperti gambar di atas - saya pasti kalau ibu mertua atau bapa mertua lalu di hadapan pun memang takkan nampak!

Friday, July 10, 2009

Cerita Kemanusiaan sepotong aiskrim III


Saya fikir cerita ini sudah tamat.

Petang tadi sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung,saya menerima panggilan telefon daripada rakan sukarelawan saya itu.

Beliau mengkhabarkan bahawa sewa rumah keluarga Hazim tertunggak sebanyak RM2480.

Minggu depan mereka terpaksa keluar dari rumah itu.Hazim baru sahaja pulang ke rumah dan akan kembali ke hospital pada 13hb Julai sehingga 15hb Julai ini.

Saya segera menghantar SMS kepada rakan-rakan terdekat.Jumlah itu sudah berkurangan sebanyak RM200.Tinggal lagi RM2280 untuk diselesaikan.

Sebagai langkah kecemasan,Dana yang dikumpul untuk membayar bil elektrik yang tertunggak itu terpaksa didahulukan untuk menjelaskan sebahagian daripada sewa rumah yang juga tertunggak itu.Hazim terpaksa melupakan dahulu aiskrim kegemarannya.

aiskrim,peti sejuk dan bil elektrik yang perlu dibayar tidak memberi apa-apa makna bagi Hazim,jika tempat mereka berteduh sudah tiada.

Sekali saya dengan rendah hati mengalu-alukan bantuan tuan-tuan dan puan-puan untuk membantu Hazim.

Saya boleh dihubungi melalui emel: adabi99@yahoo.com atau telefon: 019-2665157.

Undilah untuk bina lebih banyak Perpustakaan Rumah Anak Yatim!

Undian anda memberikan RM50,000 untuk Projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim!

Hanya tinggal sepuluh hari lagi, penyertaan Tuan Zamri Mohamad dalam Freedom2Talk telah diterima. Mohon undian rakan-rakan di FaceBook bagi membolehkan RM50,000 disumbangkan kepada rumah-rumah anak yatim agar mempunyai perpustakaan sendiri.

Setiap satu undi Tuan dan Puan memberi hadiah kegembiraan kepada mereka. Kini peranan kita pula menghadiahkan sebuah buku untuk setiap anak yatim. Sebuah buku dapat mencorak masa depan mereka.

Bagaimana caranya?

1. Layari Freedom to Talk. Klik di sini.
2. Klik pada vote, daftar dan login
3. Selepas login klik pada Candidate
4. Pilih ZAMRI MOHAMAD. Terdapat video dan web saya sertakan.
5. Klik pada vote.
6. Ajak rakan-rakan lagi untuk sama-sama mengundi.




Langkah satu layari www.freedom2talk.org klik pada vote (petak biru di bawah)



Selesai mendaftar, login dan klik pada Candidates, juga di bawah web. Kemudian klik nama ZAMRI MOHAMAD.



Klik Vote for Me di bawah foto beliau dalam Candidate Profile

(Disalin dari blog Tuan Zamri Mohamad: motivasimindamu.blogspot.com)

Wednesday, July 08, 2009

Cerita kemanusiaan sepotong aiskrim (II)


Alhamdulillah,dalam masa sehari semalam dana untuk membayar bil elektrik rumah keluarga Hazim telah berjaya dikumpulkan.Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan dan para dermawan yang prihatin.Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

Jika ada yang masih mahu membantu,dipersilakan.Moga dana tambahan ini kelak dapat membantu menyelesaikan sewa rumah mereka yang masih tertunggak.Buat masa ini Hazim boleh menikmati ais krim sepuas-puasnya.

Tuesday, July 07, 2009

Cerita kemanusiaan sepotong aiskrim



Nama anak itu Hazim. Usianya empat belas tahun. Anak sulung daripada empat adik-beradik. Sudah lama dia tidak ke sekolah.

Hazim suka makan aiskrim. Ais krim membuat badannya terasa sejuk. Badannya menjadi ‘panas’ kerana sudah terlalu banyak ubat ‘chemo’ ditelan dan disuntik ke dalam badannya.

Hazim menghidap Non-Hodgkin Lymphoma. Peringkat empat. Ini peringkat terakhir bagi pesakit-pesakit kanser seperti Hazim. Ubat-ubatan sekuat morfin digunakan untuk meredakan kesakitannya.

Ais krim dan Hazim bagaikan lirik lagu P.Ramlee; seperti irama dan lagu,sukar dipisahkan. Setiap kali petugas hospis berkunjung ke rumah membawa ais krim untuknya, dia akan menikmati ais krim itu cepat-cepat.Takut ianya cair.Oh,rumah mereka tiada peti sejuk.

Bil elektrik dan sewa rumah pula sudah tertunggak berbulan-bulan sejak Hazim dimasukkan ke hospital.Ibunya terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Hazim di hospital. Bapanya pula bekerja di pasar malam membantu rakannya berniaga. Bapanya juga tidak begitu baik kesihatannya.Beliau menghidap penyakit jantung.Tidak boleh bekerja kuat.

Keluarga Hazim juga bukan yang suka meminta-minta.Mereka rendah hati. Tidak diceritakan kesusahan mereka kepada orang luar. Tinggi pekerti keluarga ini.

Ada berita gembira untuk Hazim dan keluarganya. Seorang dermawan telah sudi mendermakan sebuah peti sejuk.

Jika ada peti sejuk, Hazim boleh menyimpan ais krim di dalamnya.Ais krim tidak akan cair lagi.

Tetapi kalau ada peti sejuk mestilah harus ada bekalan kuasa elektrik. Sepatutnya tiada kerana sudah dipotong bekalannya.Ada tetapi haram.Bapa Hazim pandai mendawai elektrik. Maka disambungnya bekalan elektrik ke rumah mereka secara ‘haram’. Dan membahayakan.

Seorang anak yang menunggu hari-hari ‘terakhirnya’, aiskrim kesukaannya, sebuah peti sejuk, bil-bil elektrik yang tertunggak berbulan-bulan dan bekalan elektrik yang haram dan berbahaya.

Ini persoalan ‘matematik’ yang mudah diselesaikan.

Hanya bil elektrik yang perlu dibayar bagi menyelesaikan masalah keluarga ini. Tidak perlu lagi bapa Hazim membahayakan diri membuat penyambungan dawai haram. Hazim juga boleh menyimpan aiskrim kesukaannya di dalam peti sejuk.

Berapa bilnya?

RM1060.00 - tertunggak berbulan-bulan lamanya.

Jika bil sebanyak ini boleh dibantu kita semua untuk menyelesaikannya, Hazim boleh menikmati ais krim sepuas-puasnya mungkin di hari-hari terakhirnya yang indah.

Hazim kini merosot kesihatannya dan terkini beliau sedang dirawat di hospital.

Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan ingin membantu, hubungi saya.

e-mail: adabi99@yahoo.com atau telefon 019-2665157.

Sunday, July 05, 2009

Projek Perpustakaan Darul Hikmah, Gopeng: Sukses!

Ini gambar bilik di Darul Hikmah sebelum ia dijadikan perpustakaan.




Alhamdulillah beberapa bulan selepas itu, perpustakaan di Darul Hikmah telah berjaya ditubuhkan pada 27 Jun lepas.Ikuti cerita bergambar penubuhan perpustakaan Darul Hikmah pada hari tersebut.


Shafuan dan Izwan,kakitangan IRM sedang melabel buku.


Nationwide telah sudi untuk menghantar buku-buku dan rak buku secara percuma.


Lori Nationwide yang dibawa oleh Tuan Syed selamat sampai di Darul Hikmah.


Sukarelawan IRM bekerjasama memunggah keluar kotak-kotak buku dan rak daripada lori.


Rak buku yang kukuh dan tidak begitu tinggi (5 meter)akan memudahkan anak-anak itu mencapai buku.



Mutiara kata yang dipamerkan di dinding perpustakaan.


Sukarelawan IRM sedang melakukan aktiviti kumpulan bersama anak-anak yatim Darul Hikmah.


Sukarelawan IRM, Pn. Nani Menon sedang menarik perhatian anak-anak itu sebelum mengajar mereka cara membaca buku dengan betul.


Sebahagian daripada sukarelawan IRM yang ikut sama ke Darul Hikmah.


Bergambar kenang-kenangan bersama pengasas Darul Hikmah,Hajah Embun.Perpustakaan itu dinamakan sebagai Perpustakaan Assaadah yang memberi maksud - Perpustakaan Kebahagiaan.

Nama itu juga signifikan untuk mengenang Allahyarhamah Puan Saadah Din,ahli lembaga Darul Hikmah yang meninggal dunia sebelum sempat melihat tertubuhnya perpustakaan yang diimpikan beliau untuk manfaat anak-anak Darul Hikmah.


Anak-anak Darul Hikmah mula menikmati perpustakaan mereka yang baru.


Sengaja dibiarkan ruang membaca kosong tanpa meja.Yang ada, bantal dan tikar agar mereka boleh berbaring santai sambil membaca.




Buku terbitan PTS seperti ini cukup popular dengan anak-anak Darul Hikmah


Dengan rasminya Perpustaakan Assaadah dibuka!

Friday, July 03, 2009

"The Best Advice I Ever Got"


(Photo: Time.com)

All you really own are ideas and the confidence to write them down.

"I've spent the last 18 years soliciting advice from people outside the movie business. Before that, I sought advice from people in the entertainment industry. So I've collected advice from close to 1,000 people over 30 years. Every month I create a new list of people to call. I call it my 'interesting people list.' I call, on average, five people a week--I'll personally call Eliot Spitzer or Isaac Asimov--and may end up meeting with one every two weeks. Ideally I like to meet these people in my office. And I ask them to tell me about their world. I meet these people to learn ultimately how to be a more efficient filmmaker.

"My whole career has been built on one piece of advice that came from two people: (MCA founder) Jules Stein and (former MCA chairman) Lew Wasserman. In 1975 I was a law clerk at Warner Bros. I'd spent about a year trying to get a meeting with these two men. Finally they let me in to see them.They both said, separately, 'In order for you to be in the entertainment business, you have to have leverage. Since you have none--no money, no pedigree, no valuable relationships--you must have creative leverage. That exists only in your mind. So you need to write--put what's in your mind on paper. Then you'll own a piece of paper. That's leverage.'

"With that advice, I wrote the story that became Splash, which was a fantasy that I had about meeting a mermaid. For years, I sent registered letters to myself--movie concepts and other ideas--so that I had my ideas officially on paper. I have about 1,000 letters in a vault.

To this day, I feel that my real power is only that--ideas and the confidence to write them down."

Brian Grazer, 53
Academy Award--winning movie and TV producer, Imagine Entertainment