Sunday, April 20, 2008

Daif

Saya 'balik kampung' ke Jerantut semalam.Tiba sahaja di rumah orang tua saya, terlihat beg plastik barang-barang dapur seperti gula,biskut,beras sudah ada di pintu rumah. Orang tua saya sedang bersiap untuk keluar. Mereka terus mengajak saya mengikuti mereka melawat rumah seorang ibu tunggal di Kg. Sungai Badak,Jerantut, 10 kilometer dari bandar Jerantut.

Sepanjang perjalanan menuju ke rumah ibu tunggal itu, ibu saya bercerita lanjut tentangnya: Ada 7 anak. Menumpang rumah dan tanah milik orang (Cikgu Zizah, kawan bapa saya).Anak yang sulung berusia 20 tahun sudah berhenti sekolah dan terpaksa bekerja menyara keluarga. Suami meninggal dunia setahun lepas. Anak kedua, lelaki. Berusia 16 tahun. Sangat pemalu sampaikan tak keluar bilik bila dipanggil-panggil ibunya semalam.Anak yang sulung tiada di rumah. Kata ibunya, sedang bekerja membantu kawannya membuat kerja kontrak memasang pagar di kampung berdekatan.

5 anaknya yang lain masih bersekolah.Anak lelaki di dalam foto yang saya ambil semalam ini dalam Tingkatan 2. Tahun depan akan duduki peperiksaan PMR. 3 anak perempuannya dalam Darjah 5,Darjah 3 dan Darjah 1 masing-masing.

Hari ini, bapa saya mengupah anak sulungnya itu membersihkan dusun kami di Kg. Som tidak jauh dari situ. Sekurang-kurangnya, upah yang tidak seberapa itu dapat meringankan beban mereka.

Dalam perjalanan pulang, bapa saya tiba-tiba bersuara,

"Banyak dah tengok orang susah, tetapi yang ini buat saya tersentuh hati".

Kalau ada sesiapa nak bantu, saya alu-alukan. Hubungi saya di : adabi99@yahoo.com. Kalau nak bantu dari segi dana, biarlah kecil tetapi berterusan (sustainable).

5 comments:

NURAZZAH8 said...

salam, diharap tuan tidak kisah saya akan link blog tuan di blog saya.

Saya akan mengirimkan novel Pak Latip esok...maaf lewat kerana kesibukan masa

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Kak Nurazzah: No Problem.

Earthmom said...

Keep up the good work drbubbles!
Unfortunately I can't donate any books as they are heavy to bring back, but if you are doing a toybank/library in future , my kids have heaps (even left some in KL) I think some still in relatively good condition that I would like to give away as their stuff keep accummulating !..)
All the best!

Anonymous said...

Assalamuakum orang Jerantut. Apa khabar? Orang tua saya pun kat sana juga, Felda.

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

earthmom:thank you.

websutera:orang jerantut baik baik sahaja.Felda di mana? Padang Piol?