Friday, April 11, 2008

Projek Perpustakaan Asrama Bakti Anak-Anak Yatim, Batu 25, Machang:Respon Emel Pembaca


Saya terjumpa buku ini yang saya cari-cari sejak kecil lagi.Saya masih ingat lagi saya membacanya berulang-ulang kali di dalam perpustakaan Sekolah Kebangsaan Penjom, Kuala Lipis.

DBP akhirnya mencetak semula koleksi buku-buku ini setelah 33 tahun berlalu. Syabas DBP!(Namun begitu, saya dah tandatangan petisyen bebaskan hakcipta SALINA!)

Buku-buku edisi kedua (Siri 1 sampai 6) saya sudah beli untuk koleksi perpustakaan yang diusahakan kali ini.

Alhamdulillah saya baru sahaja mendapat khabar bahawa 'pledges' melalui usaha pengelola projek perpustakaan kali ini, Saudara Nasrun, sudah mencecah RM2500.

Dan saya ada menerima emel dari pembaca blog ini yang berminat untuk membantu dan inilah respon saya:

Waalaikumussalam,

Penghuni Rumah Anak Yatim di Machang itu semuanya terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan remaja lelaki. Daripada Darjah 1 sehingga Tingkatan 5.

Setakat ini "akujanji-nak-derma" sudah cecah RM2500. Target awal kami dalam RM6000. RM3000 untuk cat bangunan dan RM3000 lagi untuk beli buku. Berdasarkan pengalaman kami sebelum ini, RM3000 untuk buku hanya cukup untuk satu rak buku. Buku-buku kini agak mahal. Kalau tuan/puan ada sumber yang boleh bagi diskaun hebat untuk beli buku tolonglah usahakan.

Secara peribadi, saya anggarkan bajet dalam RM5000 atau lebih lagi bagus untuk beli buku cukup selesa untuk sebuah perpustakaan kecil.

Selain itu, buku terpakai pun diterima. Dulu, saya tak galakkan sebab ramai yang bagi buku dah lusuh dan berconteng. Kali ini saya fikir boleh didermakan untuk projek ini tetapi haruslah memikirkan tentang kualiti buku yang hendak diberikan. Pada saya kalau nak beri hadiah pada orang berilah yang baik. Takkanlah kita nak beri barang yang lusuh dan buruk. Saya kira tuan/puan boleh menangkap maksud saya ini.

Kalau nak kumpulkan buku terpakai, jenis buku pula, dicadangkan agar meliputi genre ensiklopedia (mahalnya kalau beli yang baru!), novel remaja, buku cerita kanak-kanak.

Oh ya! Harus berhati-hati, penghuni rumah anak yatim untuk projek kali ini, semuanya kanak-kanak & remaja lelaki, jadi buku-bukunya haruslah yang boleh menarik minat mereka. Kalau novelet cintan-cintun - hai peninglah saya nak saring!

Saya kira genre kepahlawanan, pengembaraan, biografi, pengetahuan am, karya-karya sasterawan negara, patriotisme amatlah sesuai untuk projek kali ini.

Harap maklumat ini dapat membantu. Emel saya kalau ada kemusykilan lagi.

Terima kasih.


salam,

Iskandar

4 comments:

Umi Kalthum Ngah said...

Assalamualaikum warahamtullah,

Saudara Dr. Bubbles..

Saya boleh sahaja membantu. Saya akan carikan setiap karya saya untuk disumbangkan ke perpustakaan itu..

Sila berikan alamat saudara supaya dapat saya poskan (ke alamat emel umikalth@yahoo.co.uk)

Wasalam,

Prof. Madya Dr. Umi Kalthum Ngah
USM Kampus Kejuruteraan
Nibong Tebal
Seberang Perai Selatan

(Ex-TKCian, Isteri kepada sahabat lama PakPayne - juga STARian MCE 1975)

Unknown said...

dr bubbles....:-)

sungguh murni usha ini...saya sokong!!

I pledge support.

Pls send me your mailing address for me to post my contribution.

Terharu bila ada usaha membantu mereka yg memerlukan....

ps: Umi's husband was my batch....from Penang...jika nak tahu siap, emel me. hehehe


pakpayne

NURAZZAH8 said...

salam,
dalam simpanan saya ada beberapa buah novel sejarah Islami karya Pak Latip Talib, penulis prolifik PTS. Semuanya novel baru, saya nak pulangkan semula kpd Pak Latip (baki yg tidak terjual-setelah Pak Latip dtg menghantar sendiri ke pejabat saya menghantar pesanan rakan2) tapi beliau tidak mahu saya pulangkan semula, Beliau mahu saya dermakan kpd sekolah2 agama...
olah itu saya rasa sgt sesuai kiranya saya dpt mengirim novel Islami tersebut ke asrama bakti anak2 yatim ini...
boleh bagi alamat pos ke emel saya: nurazzah8@yahoo.com

Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

Puan Umi Kalthum: Wsalam.Terima kasih.Saya sudah emelkan maklumat yang diminta.

Pakpayne: Terima kasih bro ariffin kerana sudi membantu.Saya sudah email maklumat yang diminta.

Nurazzah8: Puan, saya sudah email kan alamat saya. Sesuai sangat kalau buku-buku kepahlawanan islami ini untuk tatapan penghuni rumah anak yatim ini yang rata-ratanya lelaki.Terima kasih.