Saya menelefon En Effendi bapa Syazwan kelmarin bertanyakan khabar si Syazwan.Dia sudah tidak boleh melihat lagi.Tumor di mata yang celik telah membesar dengan agresif. Doktor kata, matanya perlu dibuang;bimbang kalau dibiarkan ia akan merebak. Ibu bapanya belum bersedia untuk itu.
Saya masih ingat kenangan berhempas-pulas mencari dana untuk menghantarnya ke UK dan USA untuk mendapatkan rawatan terbaik pada penghujung 2006.Namun ia tidak menjadi kenyataan. Allah punya rancangan terbaik untuknya.
Syazwan mengingatkan saya kepada Elisha Thovuud, anak berusia 10 tahun di Sabah yang akan saya temui minggu depan.
Saya diberitahu, hasratnya untuk 'melihat' (walaupun secara zahirnya dia memang tidak boleh melihat lagi kerana buta disebabkan tumor di kepalanya) sendiri Tanjung Simpang Mengayau,Kudat, penghujung tanah paling utara di pulau Borneo, adalah satu daripada impiannya yang tercatat di dalam wishlistnya.
Sehingga kini dia sudah capai banyak impiannya itu.Antaranya, bertemu ratu cantik dan artis pujaannya.
Saya diberitahu, hasratnya untuk 'melihat' (walaupun secara zahirnya dia memang tidak boleh melihat lagi kerana buta disebabkan tumor di kepalanya) sendiri Tanjung Simpang Mengayau,Kudat, penghujung tanah paling utara di pulau Borneo, adalah satu daripada impiannya yang tercatat di dalam wishlistnya.
Sehingga kini dia sudah capai banyak impiannya itu.Antaranya, bertemu ratu cantik dan artis pujaannya.
Ia membuat saya berfikir. Mana wishlist saya kini? Dulu saya ada.Saya masih ingat saya conteng-conteng dalam buku skrap saya sekitar tahun 2000 dan buat gambar badut dan tulis ayat ini,
"I want to be a clown one day!"
Dalam masa 3 tahun saya capai impian saya itu.
Anda ada wishlist tak?
4 comments:
Hey
My friend Baizura from Bernama nak mai NYC, cover muhyiddin this May 19, so you can send it to her lah kat Bernama.
Thanks again!
Baizura Basri
Economic News Service
Bernama
Wisma Bernama
28 Jalan 1/65a Off Jalan Tun Razak
50700 Kuala Lumpur
Tel:-03 26939933
Anything you nak fm NYC?
Ada wishlist, tapi now that I've read about the kids' plight, rasa macam silly lak my wishlist..
Salam
Saya pun lama tak mai sini.Wishlist?Pergghh...berkilometer panjangnya!Tapi semuanya bersifat duniawi je.Hahaha!
Seriously bila dah ada seorang puteri yang autisme dan sebuah married life yg 'sangat mencabar', you just wih that everything will turn out well.
Oh,wishlist saya untuk selalu masuk suratkhbar ,yg dibuat sekitar tahun 93,94 dah tercapai sekarang.
Nani: OK nanti I hantaq buku tu kat baizura.
elisataufik: go for it!tick the one you have achieve. I am ticking one wish in the list I wrote (even before I wanted to be a clown) - to learn foreign language other than english.
rai: perhaps as we get older and wiser,we just look for a simpler wish.you and your daughter, reminds me of en hassan suyut and his son wazif.he talked about anugerah.
Post a Comment